Wednesday, February 13, 2013

5 TIPS Penting Ke Butik Pengantin

Hello dan & Happt Chinese New Years buat semua pembaca...

okaylah kali nie SS baru berkesempatan nak update 1 entry khas buat B2B yang tengha buat survey pakej perkahwinan mereka. Tips nie SS nak kongsi memandangkan SS ada banyak pengalaman tentang bab nie. Bukan nak bangga diri, tapi itulah hakikatnya sebab SS ada butik sendiri dan SS terima macam-macam perangai dan juga telatah para pengantin yang datang ke butik Ss.

SS bukan nak jatuhkan maruah mereka, tapi SS hanya nak berkongsi. Sebab ada diantara B2B di luar sana yang memang tak tahu tentang cara yang sebenar nak handle atau nak selesaikan majlis perkahwinan mereka. Jom kali nie SS nak share dengan u`olls semua....



1.WEDDING CHECKLIST 
Ini adalah 1st step yang setiap B2B kena buat...kalau mungkin yang tak tahu apa dia..Just link dengan Entry yang SS pernah publish Wedding Checklist....Kenapa pentingnya checklist nie...??? Wajib kena ada ker??
"YES MEMANG WAJIB"
Sebabnya dalam checklist nie memang dia ada senarai perancangan yang teratur dari kiraan 12 bulan sebelum tarikh majlis sehingga 1 hari sebelum menjelang hari bahagia..Alhamdulillah bila SS follow semua list tue...OK...good sangat sebab tak ada benda yang SS tertinggal..semua dah siap dengan seelokknya. Lagipun dalam list nie juga dia akan bgtau dari bulan ke bulan apa yang B2B kena buat. But For me, paling penting ialah perancangan majlis 1 tahun adalah waktu yang cukup ideal..Kalau 6 bulan tue memang agak kelam kabut sikit...But try follow checklist nie, sure u guys akan berjaya nak handle ur majlis walaupun seorang diri.


2.TENTUKAN BAJET ANDA
Bila bercakap pasal bajet nie, memang ada yang faham dan ada juga tidak faham. Once anda tahu kbajet majlis anda, baru senang untuk anda berurusan dengan semua pihak. Jika anda bajet ciput tapi nak wedding off the year...Jangan haraplah orang nak layan. So kalau anda sediakan bajet memang cukup mudah untuk anda berurusan dengan pihak tertentu...Jangan pulak letak bajet yang telalu rendah sehinggakan pihak urusan tidak dapat nak berikan services yang sesuai....Kang nanti dapat yang buruk baru nak kata macam-macam...Letaklah bajet yang bersesuaian..Jangan pulak terlalu BERBAJET sampaikan hasil yang anda perolehi itu memang menyedihkan...Yang penting UTAMAKAN KUALITI DARI KUANTITI


3.BUAT PILIHAN YANG TEPAT
Sebelum anda berjumpa dengan perunding perkahwinan atau ke butik pengantin, lebih elok jika anda sendiri buat survey dalam internet..Cari apa yang anda ingin, apa design yang berkenan dah adakah ia sesuai dengan diri anda.ITU PENTING, Kalau boleh print jer gambar yang anda minat untuk memudahkan anda buat rujukan nanti. Tapi jangan pulak ambil sample yang pelik-pelik sampai perunding tue pening nak pk benda nie..hehhehehe. Cari jer apa apa info, jika anda kurang pasti boleh ditanya pada perunding untuk dapatkan kepastian. Jangan pulak nanti bila dah sampai kedai pengantin soalan yang akan ditanya oleh perunding ialah, dah ada pilihan tema majlis dan warna?? haaaa..baru ternganga dan tersengih-sengih dan ia akan merugikan masa anda untuk baru buat pilihan dan perbincangan. Percayalah...persediaaan awal akan membantu anda save ur time... :)


4.JANGAN BAWA ROMBINGAN BAS KE BUTIK
Ha....ini topik paling hot sekali...Meh sini SS nak nasihatkan pada semua B2B...Firstly bila u`olls nak ke butik pengantin, tak perlu nak bawa rombongan ke butik untuk buat perbincangan sebab ia akan MEMBURUKKAN KEADAAN ANDA...Serious..Ini paling penting bagi SS..Yelah yang nak kawin is anda bukan mereka..So anda sendiri tentukan tema majlis, design baju, nak pakai apa, bila, design dan sebagainya. Bila 1 atau 2 idea itu dah cukup. Nie kalau dah bawak segala makcik, kakak,sepupu, anak menakan, pakcik, semua kaum kerabat, maka majlis anda akan jadi caca merba...Sorang nak warna pini, sorang nak oren, sorang nak purple..ha kalau cantum tak ka pelik...Cukuplah sekarang anda membawa bakal suami dan juga seorang teman yang tahu dan juga pakar dalam bab ini, dan ditambah pulak dengan idea daripada perunding perkahwinan. Sebab benda macam nie pernah jadi pada beberapa pelanggan SS sendiri. Memang sedih tengok. Si pengantin nak lain tapi dapat lain...


5.DAPATKAN PENGESAHAN
Lepas anda dah siap berbincangan dan memilih butik yang anda berkenan, jangan lupa untuk dapat pengesahan sepeti, resit dan sebagainya...Ini adalah sebagai butik anda dan juga pihak butik tidak terlepas sebarang butiran semasa majlis ada  berlansung. So lepas tue, tak adalah masalah nanti. Jangan pulak takut untuk bertanyakan kepada pihak terlibat berkaitan pakej yang anda ambil untuk memudahkan urusan anda nanti..


So inilah antara 5 Tips penting yang SS rasa WAJIB dititik beratkan oleh setiap B2B diluar sana. Memang nak kawin nie perlukan perancangan yang cukup teliti dari pelbagai sudut. Hopefully entry kali nie sedikit sebanyak dapat membantu anda menyelesaikan majlis dengan sebaik mungkin. Jika anda ada sebarang tips lagi.,jangan malu dan segan untuk berkongsi bersama...sangat dialu-alukan..

With Luv,
~sue~


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels