Thursday, April 5, 2012

Pengantin Baru Eeda & Adrian


Last week merupakan hari bersejarah seorang lagi closed family kami yang bernama faridah telah diijabkabul dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Adrian. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan segala persiapan dibuat sepenuhnya oleh beliau sendiri. bahkan baju sanding beliau pun dia jahit manik sendiri okay...keles...baju dia sekali tengok macam baju sanding mizz nina okay...tak percaya nanti u`olls tengok okay...

Untuk bahagian hiasan pelamin, semestinya dia telah berikan tugasan itu kepada saya....hehehhe....iaitu The House of Red Gincu Team untuk memasang dan mencantikkan pelamin sandingnya.tema pun dia tak tahu nak buat macam mana. Just serahkan semua pada saya. So dari situ saya telah hasilkan sebuah pelamin yang dinamakan Cinta 2 Hati!!!Kenapa???sebab cinta berlainan bangsa dan agama akhirnya mereka disatukan di jinjang pelamin yang cukup indah ini.
Tahniah...

Untuk busana nikah, eeda mengenakan busana yang ditempah khas dan dijahit manik olehnya sendiri, simple tudung dan juga veil pun dijahit sendiri. sempoi...Untuk suaminya pulak, sepasang baju melayu putih , bersampin dan bersongkok. lengkap dan cukup sempurna..


Untuk make up pulak, disiapkan oleh Jumie Samsudin...Tak perlu nak saya ceritakan lebih lanjut lagi tentang itu. mungkin banyak yang dah tahu...sama juga untuk sesi sanding...make up by Jumie Samsudin...


Untuk hand bouquet pulak daripada Red Gincu Juga. Pilihan warna juga dibuat oleh saya sendiri. Bagi sama tema dengan pelamin dier. Sebab actually nak bubuh warna apa pun tak kisah sebab dia pakai baju putih. So no worries ler..Tapi pilihan 2 warna tue memang menyerikan lagi si pengantin yang memegangnya.:)


Ini pulak sesi sanding selepas majlis akad nikah berlansung. semua berjalan dalam 1 hari yang sama. Simple jer tapi nampak berseri dan secocok kedua mempelai tue. Hair do by Lan chanttek :;)


apapun kami semua nak wish selamat pengantin baru buat eeda & adrian. Selamat menjalani bahtera perkahwinan yang baru dibina.. So pas nie kena kerja keras pulak untuk wedding adik yang comel nie :)


Bride To Be,
~sue~

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels