Tuesday, December 17, 2019

Kisah Abang Zarif Berkhatan


Assalammualaikum dan Hye semua

Ampa nak tau tak anak ibu dah besar dah.....yeah alhamdulillah....dah 3 minggu rasanya Abang Zarif dah selesai menjalani proses berkhatan....Dan alhamdulillah juga ibu dapat menjaga dengan penuh suka duka..Serious cabaran pengalaman pertama jaga anak berkhatan bagi seorang ibu tunggal macam saya nie. Kalau tanya rakan rakan lain mostly suami depa jaga. so nak kisah apa..Ibu tunggal nie kan special dialah ibu dialah ayah kan....So hari nie ibu nak cerita pengalaman ibu jaga zarif sepanjang dia sedang pantang berkahatan



Sejak dia umur 5 tahun lagi dok fkir nak sunat dia kat mana?? berapa kos dia?? okay ka tak??? cam mana nak buat dan sebagainya. Sampailah abang zarif umur 6 tahun dia dah mula bertanya bila abang nak sunat bila abang nak sunat. Soalan tu memang kerap bertanya dan bila ibu tanya berkali kali yes memang betoi dia nak sunat. Lepas tu ibu pun nekad nak sunat dia cuti sekolah nanti. Ada yang pertikai awainya nak sunat dia. Tak takut ka?? bagilah besar sikit... Deyyy aka...ikutkan lagi kecik lagi bagus tau dah...So ibu tak pikir pun pandangan orang sebab itu anak kita dan kita tahu apa yang okay dan apa yang tak okay..betoi tak??? So lepas bertahun jugak cari jawapan dan akhirnya ramai cakap kata sunat di Klinik Salahudin okay dan ubat ubat dia bagus.....Maka masa bulan Oktober 2019 ibu call untuk tanya kos sunat berapa...

Harga : RM250 ( umur 6 tahun --maybe dia caj ikut umur)
Deposit : RM20

Klinik nie memang ramai sebab rata-rata orang Penang akan bersunat diklinik nie sebab jahitan dia kemas dan cepat baik. Sebab itu ibu pilih..



time tengah tunggu turn....so kena pakai kain siap siap.Kain nie nenek beli khas untk budak budak lah...tak payah beli banyak..Beli 2 helai pun okay dah sebab dia akan pakai dalam 2 3 hari ja.Lepas tu dia akan prefer untuk separuh bogel..huhuhuh


Ikutkan si adik nie nak ja ikut abang dier masuk dalam tapi ibu tak bagi takut nanti dia pulak seriau nak sunat next year. So ibu layan ja budak nie ajar dia susun kasut abang. Nanti abang nak keluar blik senang. So dia pun buat ja....



.
.
.
Dan selepas beberapa minit diam terus si abang tu......Yang bestnya kat klinik nie tiap budak yang selesai bersunat, Doktor akan bagi duit upah dan coklat :) comeykan... Kenapa secara peribadinya ibu rekemen buat parents kat luar sana untuk ke klinik nie.

  1.  Pembantu klinik bagi penerangan yang cukup jelas dari segi pemberian ubat, cara nak makan, cara nak jaga, cara nak basuh. Apa pantang larang dia, tips dan macam macam lagi
  2. Jahitan kemas
  3. Klinik nie ja rasanya dia ada bagi 1 ubat serbuk yang mana ubat tu akan bantu untuk stop kan darah pada kelilling anu tersebut. Memang bagus gila dan ubat itu membantu mempercepatkan proses pengeringan luka. 
  4. Selain tu segala ubat gatal, ubat demam dan tahan sakit semua dia bekalkan. So tak perlu risau..ikut ja apa yang dipesan.



.
.
.

Persiapan Dirumah

As a single mother dan pengalaman pertama anak bersunat memang sangat sangat  kekok tau tak...Sampaikan tempat untuk abang zarif pun ibu tak sempat nak buat. balik dari klinik baru ibu teringat nak buat..Hahah memang lawak sungguh. so apa lagi kita guna ja kaki buaian ...tengah tu pakai ja tali dan inilah hasilnya....So ampa tengoklah sendiri moment moment yang ibu sempat ambil gambar sepanjang abang zarif berkhatan


Day 1 : selepas berkhatan

Kesian kat abang..Dia nak temankan sampai terlena


Malam tu memang ibu just lap ja badan bagi rasa fresh..biawkan dia naked terus....lagi senang kena angin lebih cepat kering...

Day 2 : dah request nak duduk depan pintu supaya boleh sembang dan tengok kawan kawan main

Day 2 baru abang zarif buang air kecil. Dia memang rasa takut sebab dia cakap sakit. So ibu memang tak push sangat. Tapi sekali dia kencing memang banyak ( sorry jika gambar nie menjijikkan) 




nak jugak abah dia mai.....so ibu call nasib dia nak cuci klu tak memang ibu nak pegang dia langsung tak bagi....

After 7 hari..Dia beranikan diri nak pakai seluar. Tapi ibu suruh pakai seluar yang jenis lembut.



Alhamdulillah kurang dari 14 hari dah baik dah luka dan dah tak berdarah. Actually tak susahpun nak jaga budak budak dalam pantang nie. Makanan pun ibu buat biasa ja..mula mula ibu tak bagi benda yang gatal macam makanan seafood, no ais, no candy, no air gas, no telur..Tapi protein macam ayam , ikan semua ibu bagi sebab bila kita mengalami luka, memang badan kita perlukan protein untuk membantu membaik pulih luka dengan cepat. Lagipun Abang Zarif nie memang jenis tak mkn seafood memang senanglah...ibu just bagi ikan dan ayam ja....

Dan buat semua parents diluar sana yang belum ada pengalaman nak jaga anak berkhatan nie. Hope entry kali nie sedikit sebanyak dapat bantu ampa okay...

.
.
.
.
terima kasih sebab sudi baca blog ibu
-XoXo- 


1 comment:

  1. terima kasih berkongsi ilmu puan...lega sket hati membacanya...sbb anak saya pun akan bersunat nanti

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels