Pages

Tuesday, December 31, 2019

2019 Full Of Sadness And Happinest



Assalammualaikum & hye

Tahun 2019 membawa pelbagai erti dan cabaran dalam hidup aku actually. Tahun yang cukup bermakna dan mencabar actually. Banyak sangat suka duka yang aku tempoh..Ada yang happy ada yang sedih ada yang tak best dan ada yang tak pernah jangka nak berlaku dalam hidup aku. So lets start with January 2019


Januari 2019

The moment of Januari 2019 aku telah membuat keputusan untuk berpisah dengan bekas suami aku setelah pelbagai cara dilakukan untuk mempertahankan rumah tangga tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku... Yes aku bercerai dengan talak 1 pada hari sambutan kelahiran aku yang ke 32... Memang macam tak seronok tapi bagi aku, aku sangat sangat happy da bersyukur dengan apa yang berlaku. Bagi aku sendiri ia adalah 1 permulaan hidup  baru aku...... dan sejak itu aku memikul dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal menjaga dan membesarkan anak anak dengan sendirinya...  # proudtobecallassinglemother dan bestnya tahun 2019 aku dapat potong 3 kek terus wei .. This are the biggest besday present Ever.......


Geng Office yang selalu bagi aku semangat masa aku tengah down....tq guys


.
.
.
.
.
.
So bermulalah kehidupan aku bersama 2 ketoi budak yang banyak akai bie... Semunya jadi triple ...penat wei... Dalam tempoh fasa 8 bulan yang pertama memang aku sangat sangat stress..Orang cakap dugaan jadi ibu tunggal tu lain. Pandangan orang, cemuhan orang, reaksi orang dan juga kegatalan lelaki lelaki yang cuba ambil kesempatan.Fuhhhhh mental dan fizikal hang kena kuat.....
Sampailah 1 day tu aku rasa give benda nie dan aku sedar dengan apa yang aku buat. Memang sungguh..Hingga 1 day aku tersedar akan kesusahan dri aku nie buatkan orang disekeliling aku nie ada yang meluat dan cakap aku macam macam



SEPTEMBER 2019


Untill 1 day rsanya lepas berkali kali aku tergerak hati nak ubah hidup aku dan anak anak aku... Dan mungkin juga allah permudahkan urusan aku. Aku buat keputusan untuk tambah pendapatan untuk aku dan anak anak dengan memulakan bisnes aku yang baru iaitu KUNTOOM OFFICIAL..
Suprise Delivery Services yang aku buat.Dari awal dulu ramai kawan kawan aku cakap suruh aku buat sebab aku ada talent..aku creative dan insyaallah boleh buat duit. ..Mula aku pun takut jugak sebab yerlah kan banyak sangat yang buat takut tak mampu nak buat dan tak berjaya.  But akhirnya pada  September 2019 aku dengan rasminya memperkenalkan Kuntoom Official kepada orang ramai

Alhamdulillah sehingga disember 2019, kira dah hampir 4 bulan nie dah hampir 100 bouquet yang telah berjaya aku hasilkan..Wow memang tak sangka kan....sesuatu permulaan yang baru untuk tahun 2019 nie. kita doakan yang baik baik ja...semoga bisnes yang aku buat nie mampu setaraf nama The House Of Red Gincu suatu ketika dulu.....im gonna fight for that...Fot my kids and for my family

Follow Instagram Official
KUNTOOM_OFFICIAL



.
.
.
.

DISEMBER 2019


Tapi dalam kesibukan aku cari duit aku pulak digemparkan dengan 1 berita yang cukup berat untuk aku tanggung dan hadapi seorang diri bila pada 20 Disember 2019 hasil daripada keputusan X-Ray aku, doktor sahkan aku kena SlipDisc. Ya allah memang aku nangis jugak bila dengar berita tu. Mana tak nya dahlah aku sorang lepas tu nak besarkan anak anak aku seorang diri . Nak tanggung sakit tu lagi. Cam mana...actually dah detect lama dah cuma aku yang tak p buat x-ray dan lepas balik dari sesi photoshoot minggu sebelum tu..memang sakit dan terus aku buat keputusan untuk kesana....So nanti 16 Januari 2020 aku jumpa dengan pakar untuk check lebih details..harapan tak ada yang lebih serious....
.
.
..
Tapi memang betul tahun 2019 nie adalah tahun paling banyak aku menangis....tahun paling banyak aku stress..tahun paling banyak aku diuji..Sebab apa??? DIA tahu aku mampu lalui dan hadap semua nie sebab itu dia turunkan semua ujian ini untuk aku sebab dia nak ajar aku untuk jadi seorang yang lebih kuat dan lebih bersabar. 
.
.
dan paling utama tahun nie kita dah belajar banyak dan kena jadi more independent okay...
See you guys in 2020 dan aku harap tahun 2020 bagi sinar kehidupan yang lebih baik untuk aku dan anak anak

HAPPY NEW YEAR 2020 GUYSSSSS





Photoshoot Obsess Cosmetic




Assalammualaikum  & Hye

rasanya sempat lagi kot ibu nak story dengan ampa semua pasai experience ibu photoshoot dengan team NNADIVA iaitu team agent Obsess Cosmetics kan... Meh lah kita cerita sikit...simpan sini buat kenangan masa depan kan. Tapi kalau ikutkan memang ibu plan tak turun pun untuk sesi photoshoot nie sebab fikirkan costing ibu nak ke sana sebab asalkanya nak turun minggu Christmas bawa zarif dan zill jalan jalan. Tapi disebabkan masalah kewangan yang tak dapat dielakkan ibu terus buat keputusan untuk melaburkan diri untuk step foward untuk mulakan langkah jadi agent dengan sesi photoshoot nie.

Orang tanya " hang p sana buat apa? ambik gambar untuk apa? berapa depa bayar? semua soalan tu dok mai tanya sampai ibu jadi ...teettttttt ibu tak mau jawab so ibu decide untuk cerita kat blog. So kalau ampa yang baca tu ampa dapatlah jawapan.





Cam nie ceritanya....Ibu actually dah join macam macam bisnes, dari dulu sampai sekarang dan paling obvious ialah buat shaklee. dalam shaklee tu ibu ada buat photoshoot, video dan macam macam lagi. So bila ibu dah buat investment time untuk semua tu baru customer nampak yang kita nie sungguh buat bisnes tu., Nampak kita nie memang agent yang betul betul bukan sekadar dalam media sosial dok jual barang ja. Customer nampak semua tu tau. So sebab tu ambil keputusan untuk tinggalkan anak anak ibu dan bawa diri ke Shah Alam untuk join sesi photoshoot sebab ada sekali dengan FOUNDER OBSESS COSMETICS okay...Ampa ingat senang ka???? so inilah peluang yang memang susah untuk kita nak dapat tau... jarang sekali.

So ibu naik bas hari jumaat tu dan sampai sana lebih kurang jam 2pagi..serious memang dah lama kita tak jalan so sampai KL tu jadi cam ciwi sikit sebab memang semua jadi lain. Turun kat TBS.Wow memang canggih dah..Rasa cam ibu nie dah terlalu lama terperap dan tak tau apa jadi. So bila ada kat tempat orang tu still rasa takut dan gelabah jugak. huhuh..So dalam 10 minit tu Erine pun sampailah ambik ibu dan terus balik umah...

Esok tu pulak adalah misi mencari shawl dan juga Inner sebab kat Penang memang ibu tak sempat nak ambil.mana tak nya dengan nak ambik budak budak nak uruskan lagi delivery bagai....seharian jugaklah mencari..Nasib jumpa paling gila bila si Erine tu bawak ke kedai MUAZZZZZ...... kedai borong tudung..Teroi rasa nak jadi Tauke Shawl..hahahhaha...nasib bawak cash sikit ja..So rembat 2 helai shawl..sehalai baru rm6.90..ko rasa????


So stop the story cari barang...kita jumpterus cerita ke hari photoshoot. Nak dijadikan cerita pagi tu sepatunya kena ada kat studio jam 9.00 tapi bayangkan 8.20pagi ibu baru terjaga...habis jerit 1 rumah..weiii bangunnnnn aku lambat dah......pakat kena hamput ja dengan ibu..cepat cepat bangun siap...hahhahahah..maka siap siap dan lepas 1 jam sampailah ibu di studio kat Setia Alam, Shah Alam..Wow memang best dan impian ibu selama nie nak shoot tercapai jugak...happy tu tak tau nak cakap. Dengan team yang best happening....memang enjoylah....




So tema kami ialah putih+ pink+ lilac = obsess cosmetics theme githewwww
nasib masa kat muaz tu beli shawl semua sama kaler.... dan of cause ibu prepare 2 baju. 1 baju pakai tutu skirt yang last minit jugak beli...dan 2nd outfit ialah pakai 1 sut in White....nampak cam pelik tapi lepak dah pakai..memang ohh myyy goddddd nice wei....

okaylah tak mau cerita banyak..ampa tengok ja a few picture yang ibu share okay...mostly  masa kmi semua shoot nie pakai makeup Obsess Cosmetic tau :) 











.
.
.
.
.
.
dan paling best dapat berjumpa dengan Founder dan Leaser Obsess Cosmetic secara peribadi beb..

With Jia Leader Obsess Cosmetic

The one and only.....Hafizatulatikah Founder Obsess Cosmetic


.
.
.
.


nak tengok hasil photoshoot..tunggu next postlah.....byeeeee.......






Senarai Persiapan Barang Sekolah | ZarifZillSchoolJourney





Back to school

Seriously sebagai parents yang baru pertama kali nak buat persiapan untuk anak anak masuk tahun 1, Sebaik-baiknya ampa siapkan 2 3 bulan sebelum bermulanya sesi persekolahan baru sebab nak ampa taklah rasa beban nak keluakan duit seketoi cam tu.Pengajaran jugak untuk ibu. Planning nak siapkan awal tapi tak jugak.huhuhuh. So masa nak sediakan senarai barang mana nak beli memang agak perit jugaklah sebab nak siapkan sorang diri, nak kira bajet takut salah pulak kan. So ibu pun google dan alhamdulillah dapat jugak rujukan dan sedikit sebanyak ibu dapat juga buat bajet sendiri..


Memandangkan Zarif dan zill tak sama.Maka list depa memang lain dan tak sama.So meh nak share sikit a few detials yang mungkin membantu parents diluar sana.



Pakaian Seragam Tahun 1

  • Seluar Sekolah x 3 pasang
  • Baju putih x 3
  • Stokin x 1 set ( dalam ada 3 pasang )
  • Kasut hitam x 1 sepasang
  • Singlet x 3
  • baju sukan - refer cikgu or sekolah 
  • Lencana Sekolah - refer sekolah
  • Tagged Nama - refer sekolah
  • BELT - TAK PERLU TAKUT NANTI TAK SEMPAT BUKA TERKUCIL DAH ;)






Alat tulis

  • 1 kotak pencil 2B ( beli ja kat kedai Eco )
  • Gunting
  • Gam
  • Pemadam 
  • Pembaris
  • Pencil Warna
  • Shapener
  • Pencil Case
  • File Kosong  ( untuk letak surat atau kertas yang cikgu bagi )
  • Tempah Sticker Nama Anak

Tips Untuk ibu ibu yang mana anak dia punya nama tudiaaaaaa macam retis punya panjang..So ampa boleh try alternatif trend zaman mak mak lani order Sticker Nama Anak..Senanggggggggggggggg...
.
.
.
.
.
Sticker yang ibu order nie jenis tahan kalau kena air, So tak basah dan dia lekat elok ja.Senangkan...klu ampa nak order boleh try Contact 
Pn. Hasweeta Hasnan
013-330 0344





Actually dari dulu lagi ibu dah try macam macam kaedah untuk tagging nama anak. Tapi rasanya kali nie lebih kemas dan teratur....So ampa boleh pilih nak yang Transparent atau putih...100pcs ..harga kena tanya owner...

.
.
.
.

So alhamdulillah segala persiapan barang sekolah anak dah pun satle. Walaupun kewangan tak mengizinkan ibu akan tetap bagi yang terbaik untuk anak anak ibu
.
Macam beg sekolah kali nie ibu beli Brand Swan atas sebab review dari banyak parents yang ada pengalaman. Mulanya nak cari beg tarik tapi macam menyusahkan sebab kelas dia pun tak tinggi sangat.So last ibu pilih yang selesa dan under bajet dan tahan lama....


So ibu harap entry yang simple nie mampu membantu ibu ibu kat luar sana untuk sediakan persiapan barang sekolah anak anak pada masa akan datang....

Love you 
X0X0



Monday, December 23, 2019

Table Deco Dan Styling | kuntoom official | Suprise Delivery Penang



Assalammaualaikum & hye semua

Hari nie dah tinggal kurang dari 12 hari ja nak sambut tahun 2020.Wow cepatkan dan alhamdulillah permulaan Kuntoom Official dah pun hampir 3 bulan usianya dan Yess makin dikenali ramai...Pie mana mesti orang panggil cik kuntoom ja...githewwww... Okaylah ..just nak sharing ja dengan ampa semua yang baca blog ibu nie... Mungkin masih lagi tak tahu yang kuntoom official nie bukan sekadar buat Chocolate Bouquet tapi kuntoom ada juga sediakan perkhidmatan Table Deco & Styling tau....harga yang ibu tawarkan memang cukup cukup berbaloi dan puas hati...Yang penting nak customer happy.Itu  ja:)




.
.
.
Pakej yang team kuntoom sediakan bermula dari RM80 sehingga rm150.Ini kita paling paling basic lah.. Tapi klu nak add itu ini boleh p sampai Rm250++ ikut permintaan pelanggan.
Tema, warna semua boleh pilih tak kisah..Team kuntoom akan cuba tunaikan.


.
.
.
Tapi sebaiknya nak order janganlah last minit sangat tau...Orderlah paling busuk time pun sehari sebelum.Klu tak jenuh nak arrange time. But dont worry no hidden charge tau :)

Centerpiece Fresh Flower

Full Pakej  ada kek, Deco dan Flower Bouquet 




okaylah kalau ampa rasa nak team kuntoom buat deco cam nie..Boleh ja contact di wasap
011-56454377
atau follow instagram kami di 
@kuntoom_official

Tuesday, December 17, 2019

Kisah Abang Zarif Berkhatan


Assalammualaikum dan Hye semua

Ampa nak tau tak anak ibu dah besar dah.....yeah alhamdulillah....dah 3 minggu rasanya Abang Zarif dah selesai menjalani proses berkhatan....Dan alhamdulillah juga ibu dapat menjaga dengan penuh suka duka..Serious cabaran pengalaman pertama jaga anak berkhatan bagi seorang ibu tunggal macam saya nie. Kalau tanya rakan rakan lain mostly suami depa jaga. so nak kisah apa..Ibu tunggal nie kan special dialah ibu dialah ayah kan....So hari nie ibu nak cerita pengalaman ibu jaga zarif sepanjang dia sedang pantang berkahatan



Sejak dia umur 5 tahun lagi dok fkir nak sunat dia kat mana?? berapa kos dia?? okay ka tak??? cam mana nak buat dan sebagainya. Sampailah abang zarif umur 6 tahun dia dah mula bertanya bila abang nak sunat bila abang nak sunat. Soalan tu memang kerap bertanya dan bila ibu tanya berkali kali yes memang betoi dia nak sunat. Lepas tu ibu pun nekad nak sunat dia cuti sekolah nanti. Ada yang pertikai awainya nak sunat dia. Tak takut ka?? bagilah besar sikit... Deyyy aka...ikutkan lagi kecik lagi bagus tau dah...So ibu tak pikir pun pandangan orang sebab itu anak kita dan kita tahu apa yang okay dan apa yang tak okay..betoi tak??? So lepas bertahun jugak cari jawapan dan akhirnya ramai cakap kata sunat di Klinik Salahudin okay dan ubat ubat dia bagus.....Maka masa bulan Oktober 2019 ibu call untuk tanya kos sunat berapa...

Harga : RM250 ( umur 6 tahun --maybe dia caj ikut umur)
Deposit : RM20

Klinik nie memang ramai sebab rata-rata orang Penang akan bersunat diklinik nie sebab jahitan dia kemas dan cepat baik. Sebab itu ibu pilih..



time tengah tunggu turn....so kena pakai kain siap siap.Kain nie nenek beli khas untk budak budak lah...tak payah beli banyak..Beli 2 helai pun okay dah sebab dia akan pakai dalam 2 3 hari ja.Lepas tu dia akan prefer untuk separuh bogel..huhuhuh


Ikutkan si adik nie nak ja ikut abang dier masuk dalam tapi ibu tak bagi takut nanti dia pulak seriau nak sunat next year. So ibu layan ja budak nie ajar dia susun kasut abang. Nanti abang nak keluar blik senang. So dia pun buat ja....



.
.
.
Dan selepas beberapa minit diam terus si abang tu......Yang bestnya kat klinik nie tiap budak yang selesai bersunat, Doktor akan bagi duit upah dan coklat :) comeykan... Kenapa secara peribadinya ibu rekemen buat parents kat luar sana untuk ke klinik nie.

  1.  Pembantu klinik bagi penerangan yang cukup jelas dari segi pemberian ubat, cara nak makan, cara nak jaga, cara nak basuh. Apa pantang larang dia, tips dan macam macam lagi
  2. Jahitan kemas
  3. Klinik nie ja rasanya dia ada bagi 1 ubat serbuk yang mana ubat tu akan bantu untuk stop kan darah pada kelilling anu tersebut. Memang bagus gila dan ubat itu membantu mempercepatkan proses pengeringan luka. 
  4. Selain tu segala ubat gatal, ubat demam dan tahan sakit semua dia bekalkan. So tak perlu risau..ikut ja apa yang dipesan.



.
.
.

Persiapan Dirumah

As a single mother dan pengalaman pertama anak bersunat memang sangat sangat  kekok tau tak...Sampaikan tempat untuk abang zarif pun ibu tak sempat nak buat. balik dari klinik baru ibu teringat nak buat..Hahah memang lawak sungguh. so apa lagi kita guna ja kaki buaian ...tengah tu pakai ja tali dan inilah hasilnya....So ampa tengoklah sendiri moment moment yang ibu sempat ambil gambar sepanjang abang zarif berkhatan


Day 1 : selepas berkhatan

Kesian kat abang..Dia nak temankan sampai terlena


Malam tu memang ibu just lap ja badan bagi rasa fresh..biawkan dia naked terus....lagi senang kena angin lebih cepat kering...

Day 2 : dah request nak duduk depan pintu supaya boleh sembang dan tengok kawan kawan main

Day 2 baru abang zarif buang air kecil. Dia memang rasa takut sebab dia cakap sakit. So ibu memang tak push sangat. Tapi sekali dia kencing memang banyak ( sorry jika gambar nie menjijikkan) 




nak jugak abah dia mai.....so ibu call nasib dia nak cuci klu tak memang ibu nak pegang dia langsung tak bagi....

After 7 hari..Dia beranikan diri nak pakai seluar. Tapi ibu suruh pakai seluar yang jenis lembut.



Alhamdulillah kurang dari 14 hari dah baik dah luka dan dah tak berdarah. Actually tak susahpun nak jaga budak budak dalam pantang nie. Makanan pun ibu buat biasa ja..mula mula ibu tak bagi benda yang gatal macam makanan seafood, no ais, no candy, no air gas, no telur..Tapi protein macam ayam , ikan semua ibu bagi sebab bila kita mengalami luka, memang badan kita perlukan protein untuk membantu membaik pulih luka dengan cepat. Lagipun Abang Zarif nie memang jenis tak mkn seafood memang senanglah...ibu just bagi ikan dan ayam ja....

Dan buat semua parents diluar sana yang belum ada pengalaman nak jaga anak berkhatan nie. Hope entry kali nie sedikit sebanyak dapat bantu ampa okay...

.
.
.
.
terima kasih sebab sudi baca blog ibu
-XoXo- 


Monday, December 16, 2019

The Biggest Bouquet EVER | Kuntoom Official




Assalammualaikum dan Hye semua...

Holla dari kuntoom _official...Again and again hari nie ibu nak share 1 lagi kerja gila yang ibu sendiri rasa ibu tak mampu buat tapi setelah mencabar diri akhirnya ibu berjaya laksanakan tugasan yang cukup mencabar ini dengan membuat sebuah #moneybouquet sebesar nie..memang dibuat gila sungguh tak pernah tengok besar nie...last sekali ibu dapat jugak buat....

kalau nak diikutkan kisahnya Customer nie nak buat RM200 ja tapi lepas tak sampai beberapa jam dia add lagi rm100 so jadilah rm300 dalam penukaran nilai RM1..ampa bayangkan 300 keping rm1 nak kena lilit dia dan siapkan gubahan dalam masa 3 hari. kerja apakah ini..dahlah tak pernah dibuat orang..hahhaha...selalu buat design lain.kali nie nak buat bentuk lain..tidakkkkkkkkkkkkkkkkk....memang tak ada experience kot nak buat benda nie.tapi ibu cakap diri ibu untuk buat.....


Banyak kali juga tercabut nie....buat cara 1...salah...pecah ...buat cara ke-2..salah....pecah lagi...kali ke 3..sampailah kali ke 6..baru menjadi...Ya Allah memang mencabar sungguh buat bentuk nie... its not easy tau...kena buat dengan penuh kesabaran dan tak boleh rush.Silap cucuk ja bleh rebah....and after kali ke 6 buat..akhirnya berjaya jugak ibu siapkan bouquet duit paling besar yang pernah ibu buat...



.
.
.
.

Dan hasilnya bila customer tu ambil sendiri..dia pun terkejut sebab besar sangat...dan tak sangka ibu buat sebesar nie..huhuhu..But for sure customer was so happy bila ambil bouquet tu. Nak hadiahkan buat ibu tersayang.....But ibu still kena belajar lagi more technic on this :)




So kalau ampa nak suprisekan someone yang ampa sayang. Boleh follow Official Instagram ibu iaitu Kuntoom_Official 




Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...