Tuesday, August 6, 2019

Zarif Zakwan 6th Birthday Celebration



Happy Birthday To You..
Happy Birthday To You..
Happy Birthday To Abang Zarif...
Happy Birthday to You....


Yeaaahhhhhhhhhhh alhamdulillah akhirnya satle dah besday abang zarif yang ibu plan nak buat kat sekolah. Sebab nak buat yang besar besar memang ibu tak mampu sayang...Komitment ibu memang terlalu banyak dengan keadaan keluarga kita. Tapi alhamdulillah dia memahami..Paling penting ibu dapat bagi dia potong kek VENUM...seperti yang ampa semua tau tahun nie adalah tahun pertama abang zarif celebrate besday tanpa abah dan ibu bersama sebab kami berpisah..So masa hari kejadian actaully abah dia dah ambil dan potong kek bersama dengan dia dan kali ni dengan ibu pulak..Untung dapat celebrate 2 kali....
.
.
okay okay dah tak mau cerita panjang...Masa 2 3 hari sebelum tu abang zarif ada cakap nak potong kek kat sekolah nak abah dan ibu sekali...bila dengar tu aku cam tak mau bagi sebab aku tak mau jumpa abah depa..Sebab aku tau bila jumpa mesti ada benda yang dia akan kata kat aku bagi sakit hati..So batter kita elakkan berjumpa.Tapi pk sebab anak...aku pun takpalah  hantaq SMS kat dia suruh p...tapi masa hari kejadian dia tak mai...bila aku sms dia salahkan aku...sebab tak cakap kat mana dan bagi alasan tah apa apa..Siishhhhh buat sakit hati ja wei....klu betoi dia pk anak dia akan buat apa ja..betoi tak...
.
.
.
PREPARATION FOR ABANG ZARIF

Goodies kali nie memang simple ja aku buat..beli plastik rabit nie dan isi keropok dan gula gula ja...habuan bagi budak budak seronok kan...Biar isi biasa biasa tapi kita nampak peperation tu nampak gempak...aku just goreng spegatti aglio olio ja pun...nak buat benda lain memang bajet tak banyak..serious aku cakap...dok ingat tak cukup duit nak buat tapi aku always doa moga allah permudahkan urusan aku cari duit dan yes,,,dapat...aku happy tu tak tau nak cakap cam mana....

Goodies untuk kawna kawan kelas



.
.
.
Inilah Kek venom yang dia nak sangat potong...Setiap tahun aku akan tanya dia nanti best abang zarif nak potong kek apa..Dan setiap tahun alhamdulillah ada ja kek yang aku tunaikan permintaan dia....6 tahun 6 jenis kek..nanti kita try godek godek kot kot ada picture dia...boleh kita share......
.
.

.
.
Ibu minta maaf tau sebab ibu terpaksa pisahkan anak anak ibu dengan abah... Tapi ibu janji ibu tak akan pisahkan hubungan anak anak ibu dengan abah....cuma ibu doa anak anak ibu faham kenapa ibu pilih pilihan ini untuk ibu dan anak anak ibu...But abang zarif dan adik qayyim still ada abah kan :)
.
.

.
.
.
muka happy tu tak tau nak cakap...nampak dia seronok walaupun sambut kecil kecilan tu..Masa bangun pagi gerak dia cakap hari nie p sekolah nak potong kek pun dia senang nak gerak. siap tanya mana kek dia..Bila ibu explnd nanti ibu mai..ibu p ambil kek dulu baru dia paham...bila nampak ibu dan Adik Qayyim masuk kelas dia...Abang zarif punya excited tu tak tau nak cakap.....so ampa tengoklah gambaq nie dia happy cam mana.......


Bersama cikgu kelas

Bersama kengkawan yang lahir pada bulan Julai


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels