Friday, June 14, 2019

Produk Review | Artistry Insentive Skincare Vitamin C by Amway


Assalammualaikum guys,,


Selalu orang akan tanya, perlu ka kita pakai serum kat muka?? tak nipis ka kulit muka tu dok pakai banyak sangat skincare..!!!! soalan cam nie kekadang nak bagi penampaq pun ada jugak. Tapi sebagai seorang businesswomen kita kena jadi bijak laksana nak sekolahkan netizen yang rendah IQ nie..

Sebenarnya ramai wanita kat luar sana yang tak tau serum sebenarnya lebih penting kalau nak dibandingkan dengan moisturizer dan tak semua wanita menggunakan serum sebab rata rata di pasaran memang serum dijual dengan harga yang cukup mahal. 

Memperkenalkan penyelesaian penjagaan kulit intensif yang termaju dari segi saintifik Rawatan Vitamin C + HA Termaju PENJAGAAN KULIT INTENSIF. Dengan membebaskan serbuk vitamin C yang tulen dan segar ke dalam Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan cecair dengan Ekstrak Ceri Aserola, anda mempunyai kuasa muktamad untuk membantu menguatkan sistem sokongan kulit, memaksimumkan kandungan lembapan dan memberikan penampilan kulit lebih berisi. 
.
.
.
.
TARAAAAAA..inilah serum yang saya pakai sekarang nie...tengok botol dia pun cam dah jatuh cinta kan...secara jujurnya saya memang tak pernah pakai serum kat muka. Lama kelamaan memang nampak macam kusam dan tak fresh look. Usia muda tapi nampak cam makcik makcik dah...Meh nak share sikit pasai serum nie..



Ciri-ciri

Rawatan Vitamin C + HA Termaju menangani tiga faktor utama garis ekspresi – Pergerakan, Kegebuan dan Antioksidan dengan dua teknologi hebat:

  • Kompleks Vita-C
  • Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan

  • Ia diilhamkan oleh rawatan suntikan pengisi pakar dermatologi.


    Artistry 7D Intensive Solution 

    Manfaatnya :


  • Terbukti secara klinikal dalam mengurangkan dengan ketara semua garis ekpresi utama termasuk kedutan pada sudut mata, garis senyum, kedutan di dahi/garis kerisauan, garis kening/garis kerutan dan garis 11.
  • Mengembalikan semula penampilan pejal dan penuh pada kulit untuk tampak gebu dan muda.
  • Membantu mencegah penampilan garis yang disebabkan oleh serangan persekitaran dengan perlindungan antioksidan yang hebat.
  • Ia mempunyai penutup pengaktifan pertama jenama ARTISTRY yang mengekalkan ketulenan dan kuasa Vitamin C 100% tulen hingga ke saat pelanggan memulakan rawatan.


  • Kalau ampa nak tau serum nie dia lain sikit tau. Dalam 1 kotak tu ada disediakan 1 penutup berasingan yang mana ada terkandungnya Vitamin C Tulen... So sebelum nak pakai ampa kena follow instruction dia untuk mix kan adunan kedalam botol tu...

    UNTUK MENGAKTIFKAN PRODUK
    Sebelum menggunakan produk, anda mestilah mengaktifkannya seperti berikut:
    1. Tanggalkan penitis daripada botol serum dan gantikan dengan penutup pengaktifan. Untuk memudahkan anda, kartonnya telah direka untuk meletakkan penitis semasa beberapa langkah berikutnya.
    2. Tekan butang di atas Penutup dengan kuat untuk mengeluarkan serbuk Vitamin C Tulen 100% ke dalam serum.
    3. Goncang dengan kuat selama 30 saat hingga serbuk betul-betul larut.
    4. Gantikan penutup pengaktifan dengan penitis.
    UNTUK MENYAPU PRODUK SELEPAS PENGAKTIFAN AWAL
    1. Setiap pagi dan malam selepas membersih dan menyegarkan kulit anda, letakkan 4-5 titik rawatan diaktifkan ke tapak tangan anda kemudian sapu pada muka dengan hujung jari.
    2. Sapu menyeluruh dengan memberi tumpuan pada garis ekspresi yang ketara sambil mengelak daripada terkena mata. Susuli dengan pekatan dan pelembap penjagaan kulit harian.




    Kompleks Vita-C:

    Menggabungkan Vitamin C Tulen 100% dalam penutup pengaktifan dan ekstrak ceri aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum, Kompleks Vita-C menawarkan:
  • Manfaat antipenuaan berganda
  • Perlindungan antioksidan yang berkuasa
  • Inovasi pembungkusan paling berkesan

  • Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF ini termasuk pekatan Vitamin C yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Ia bukan sekadar Vitamin C. Kompleks Vita-C ialah adunan pintar Vitamin C Tulen 100% yang ditempatkan di dalam penutup pengaktifan inovatif kami, ditambah dengan Vitamin C diperkuat fitonutrien kami yang terdapat dalam Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum itu.


    AMBIL PERHATIAN!!!! Masa untuk Botol Baru
    Apabila Rawatan Vitamin C + HA Termaju yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya dan sudah tiba masanya untuk memesan botol baru. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.

    Siapa yang boleh gunakan produk serum nie?? Produk ini disasarkan untuk wanita berusia 22-50+ yang kulit mukanya hilang kepadatan dan kegebuan serta berminat untuk mengurangkan garis ekspresi yang ketara dan menyerlahkan penampilan yang lebih muda. gitew...so lepas nie confirmlah kulit tu elok jaaaaa

    Setakat nie dah hampir 2 minggu pakai serum nie memang rasa beza..Terutama kulit memang rasa lebih fresh dan tak kusam. Permukaan kulit lebih licin dan lembut. Kedutan pada muka pun nampak beza sikit...Tapi kita kena tunggu habis 1 botol tu baru kita boleh nampak keberkesanan dia cam mana...

    Kalau anda berminat nak dapatkan Serum nie boleh terus Follow Official Instagram saya
    @amwaypenangsempoi atau terus Wasap saya di 0195434377 untuk dapatkan dengan harga tawaran yang cukup berbaloi...Nak join kutu Serum pun boleh ja :)


    No comments:

    Post a Comment

    Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

     Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

    Labels