Friday, April 12, 2019

Talak HAKAM paling digeruni KAUM ADAM


Assalammualaikum semua,


Topik hari nie memang lain dari yang sebelum sebelum nie...Topik entry kali nie saya nak sharing sangat sebab topik nie antara perkara yang hampir saya nak lakukan dan saya cuba memahami konsep HAKAM nie sejak saya dan bekas suami telah nekad untuk berpisah. Tak ramai wanita tahu tentang adakah TALAK HAKAM.  Sebabnya ramai mengetahui bahawa kuasa talak di tangan suami. Hanya suami yang boleh lafazkan talak kepada isteri. So bila isteri rasa dianayai mereka akan berkata semua nie tak adil untuk para isteri.Apakah hak seorang isteri???

Sebagai sorang wanita/ isteri, kita perlu tahu jugak jenis-jenis talak yang ada. Tapi selalunya talak yang ada ialah 3 jenis yang selama ini diketahui umum iaitu Talak soreh, Talak Kinayah, dan Talak Taklik. Namun begitu, isteri juga boleh menuntut perceraian daripada suami iaitu sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik. Tape sebenarnya ada satu lagi kaedah oleh isteri yang jarang diketahui iaitu Talak Hakam. Cam pelikkan?? sebab talak jenis nie memang tak semua wanita tahu tentang hal ini. Jom kita ketahui tentang TALAK HAKAM.

Bagaimanakah Hakam berlaku?

Apabila suami tidak mahu menceraikan isteri, mahkamah akan melantik suatu jawatankuasa pendamai. Jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada seorang pegawai agama, seorang wakil suami, dan seorang wakil isteri.Keutamaan diberikan kepada saudara atau ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.Penubuhan jawatankuasa pendamai ini adalah untuk mencapai perdamaian di antara suami dan isteri. Mereka diberi tempoh selama enam bulan dari tarikh jawatankuasa dibentuk.Oleh itu, dalam tempoh tersebut, suami dan isteri diberi peluang untuk memberikan pendapat termasuk memanggil wakil untuk siasatan dan pandangan.Dalam tempoh 6 bulan tersebut juga boleh menjadi lebih lama jika mahkamah memutuskan adanya keperluan untuk melanjutkan tempoh perdamaian.Bergantung pada kes tersebutlah...Jika selepas tempoh perdamaian itu, suami dan isteri bersetuju untuk berdamai, maka permohonan perceraian boleh ditarik balik. Tapi, jika suami dan isteri enggan berdamai atau suami tidak mahu melafazkan cerai, maka kes akan dirujuk kepada hakam.

Siapakah Hakam?

Sebelum itu, kita perlu tahu apa maksud ‘hakam’. Hakam ertinya seorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (syiqaq)antara suami dan isteri. Hakam diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 di bawah akta yang sama.Hakam terdiri daripada saudara karib suami dan isteri yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pihak suami dan pihak isteri.Hakam mestilah lelaki beragama Islam, berakal, mukalaf, adil dan amanah, serta mempunyai pengetahuan asas dalam hal kekeluargaan dan Hukum Syarak. Hakam dilantik apabila mahkamah berpuas hati, perkelahian (syiqaq) sentiasa berlaku dalam tempoh perkahwinan walaupun selepas usaha perdamaian dilakukan pada peringkat jawatankuasa pendamai. Pemilihan Hakam adalah penting. Sebagai contoh, Hakam mestilah tidak bersifat berat sebelah dan tidak mempunyai kepentingan peribadi. Oleh itu, Hakam mestilah seorang yang jujur, adil, bersabar, dan berusaha untuk menyelesaikan pertelingkahan suami dan isteri. Jika suami dan isteri gagal mengemukakan Hakam masing-masing, Mahkamah akan melantik seorang Hakam dari kalangan anggota Panel Hakam atau mana-mana Pegawai Syariah atau Pegawai Hal Ehwal Islam atau Pegawai Majlis yang mahir dalam bidang kekeluargaan dan Hukum Syarak.

Apakah Fungsi Hakam?

Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan perkelahian antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk. Hakam mesti mempunyai kuasa penuh daripada prinsipal di mana Hakam juga boleh melafazkan talak atau khuluk di hadapan Mahkamah bagi pihak suami.Hakam bagi isteri pula mempunyai kuasa untuk menerima lafaz khuluk di hadapan Mahkamh.Namun, jika hakam berpendapat pasangan itu patut bercerai tapi tidak dapat memerintahkan perceraian atas sebab lain seperti Hakam tidak mendapat kuasa penuh daripada prinsipal atau menarik diri, maka Mahkamah boleh melantik Hakam yang lain untuk proses yang sama.Jika Hakam suami enggan melafazakan cerai dan meminta perceraian secara tebus talak dan Hakam isteri bersetuju, mahkamah boleh mengarahkan perceraian secara tebus talak.Prosiding tidak diteruskan jika pihak suami gagal menghadirkan diri ke mahkamah dan tidak melantik Hakam. Pada masa itu, perceraian akan diteruskan melalui proses fasakh atau taklik.

Berapa Lamakah Prosiding Hakam?

Prosiding hakam mengambil masa lebih kurang enam bulan hingga setahun dengan syarat kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.Tapiia juga bergantung terhadap kes tersebut, kalau kedua-dua pihak bagi kerjasama maka kes nie akan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. 


Sebab itu apabila si isteri telah memutuskan untuk bercerai secara HAKAM, maka ia akan menjadi sebuah mimpi yang cukup menakutkan apabila secara automatiknya hilanglah kuasa Talak pada suami. Tapi bukan semudah itu tau. Banyak prosuder yang perlu diikut. Tapi pesanan saya buat kaum wanita/ isteri yang dah rasa betul betul tak boleh nak teruskan, nak selamatkan rumah tangga anda, pilihlh cara yang terbaik. Dapatkan khidmat nasihat pihak yang lebih berpengalaman. Jangan hanya dengar daripada pihak luar. Kerana kadang kala keputusan yang kita buat itu akan memakan diri kita sendiri..

Tanya hati, tanya diri sendiri adakah keputusan anda ini benar dan tepat. Hanya anda sahaja yang mengetahuinya....Semoga entry kali nie buatkan anda semua tahu dan fungsi HAKAM ini dengan lebih terperinci.






No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels