Friday, April 26, 2019

NUR 2 | Kisah Realiti Yang Pernah Wujud


Apa ampa rasa lepas tengok cerita NUR 2?? Ada tak rasa terkesan ka?? Rasa eleh biasa ja cerita nie?? atau tak ada apa apa perasaan??? Semua tu pendapat orang yang mana kita sendiri tak boleh nak mengjangka.Ada yang suka dan ada yang langsung tak layan Drama Melayu..

Masa cerita Nur 1 aku dah termissed a few episode yang mula mula semua tu.So ada benda yang aku tak follow sangat. Tapi bila dah terbaca komen orang kata cerita tu cma best maka aku pun tengok jugak cerita tu dan terjebak dengan sambungan NUR2... Apa yang aku nak cakap kat sini...Dengan rasa syukurnya aku personally nak say thanks to Pengarah Drama nie iaitu  Shahrulezad Mohameddin yang telah menjadikan kisah drama nie sangat sangat terkesan.Bukan mungkin pada diri aku sendiri tapi masyarakat kat luar sana. Jalan cerita dia memang WINNNNNNNNNNNNNNNN...aku suka..sebab hakikatnya apa yang berlaku dalam cerita nie memang benar berlaku..Memang ada terjadi cuma mungkin kita nie dok ada dalam kelompok yang agak selesa membuatkan kita semua tak pernah tau wujudnya golongan-golongan macam dalam watak nie....terkesan jugak..dan cerita nie pun ada sedikit sebanyak sebijik berlaku pada diri aku sendiri....


Ini pengarah dia  Shahrulezad Mohameddin...muka cam Noh Hujan pun ada...


Baiklah uolls, entry kali nie bukan aku nak cerita pada sinopsis drama Nur nie tapi nak sharing apa yang aku rasa nak kata tentang watak dalam drama nie....

Antara 7 watak utama dalam cerita nie ialah Ayah Aji, Mak, Adam,Ustaz Hamidi,Nur, Ecah dan adik Adam yang mana aku pun lupa nama dia..hahhaha. Setiap watak depa nie memang memainkan peranan yang sangat susah.. Kita dok tengok senang kan nak berlakon tapi hakikatnya kalau kita sediri duduk depan camera dan rakam muka kita memang tak tentu boleh nak hafal skrip dengan mudah dan lancar sekali dengan memek muka kan. Tapi depa nie semua memang menjiwai watak tu cukup baik sampai aku sendiri boleh menangis...



Ustaz Adam (Syafiq Kyle

Deni toksah dok cakaplah, memang dia berlakon pun bagus jugak. Tapi kisah jadi Ustaz nie memang kena dengan muka dia yang ala ala baik nie. dahlah muka pun elok..Cam mana pompuan lorong tak suka...tastee nyahhhhh....dah siap kena goda bagai...Tapi aku tak sure babak part dalam kereta tu betoi ka dia kena tokak **** hahahaha... Tapi hakikatnya betoi, sebaik baik manusia tak kisahlah jika iman kita tinggi, bila syaitan tu dah ada dekat macam macam boleh jadi. Kita tak boleh nak kata kat luaq sana semuanya baik baik tapi ada jugak yang tak baik....(oopsssss takut salah ckaap)...Tapi Adam memang seorang ustaz yang sangat baik dan kalau ampa kat luar sana yang dapat macam laki nie. Jagalah bebaik noh....hahhahahahhahahha..jangan dok catas cantas okay....



Nur (Amyra Rosli
Sebaik-baik nama Nur adalah sebaik-baiknya watak seorang wanita yang memang menjadi antara ciri ciri wanita idaman setiap lelaki. dengan cakap lembut, taat pada suami, memang kena dengan dia.Banyak pengajaran yang kita boleh nak belajar dari watak dia...hormat suami, tak susahkan suami , tak membelakangi suami dan ada banyak lagi yang rasanya kita boleh nak follow. Cuma paling win bila dia nampak laki dia terlanjang atas katil dengan pompuan lain Walupun kita tau Juita tu perangkap... Pergghhh adakah kalau benda tu jadi real dan adakah kita boleh terima?? Rasanya tak kot wei...Sure kita ngamok kot...hahhahahah....Tapi dalam Drama nie nak tunjuk yang betapa hebatnya seorang wanita yang sentiasa sabar dan menempuh segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan dia. Ingat senang ka daripada seorang perempuan lorong nak mulakan hidup baru dalam keluarga yang elok...Susah beb tapi  Nur harunginya dengan kuat dan tabah...Inilah antara contoh yang boleh jugak kita nak ikut. Sebab tu wanita nie sangat unik dan istimewa...Lakonan dia memang aku LOVEEEEE




Azar Azmi sebagai Juita
kalau ikutkan pelakon nie tak berapa popular pun. Tapi bila ada 1 drama TV3 kot 7 dia berlakon tu aku suka kat dia tapi pehtu dia menyepi...Chup Chup dia muncul dalam  NUr2. Ya rabbi menjadi sungguh lakonan dia. Kalau ampa yang ada kawan jenis macam nie hati hatilah..Jangan sampai sebab kawan hang nak fight ngan laki hang.. Bukan tak ada.memang ada tapi mungkin kawan ampa nie jenis jahat kot lain... Apapun paling win bila dia pulak dituduh Rogol Ustaz Adam..hahahhahahah...COnfirm lepas nie job banyak pompuan cantik ooiiii......




Azhan Rani sebagai Syed Hamadi dan 
Noorkhiriah sebagai Aisyah

Lakonan depa 2 nie memang sangat hebat. Tiap kali aku tengok kisah Ecah dalam Nur 2 nie terus aku teringat kisah lampau aku. Ada jugak sipi sipi wei apa yang jadi kat Ecah tu ...menangeh jugak aku...terkesan dengan lakonan depa dan aku imagine kan diri aku dalam hidup Ecah. Tapi Ecah tu lagi taat..Sampai kena teruk tu pun dia boleh terima lagi...Aku dah half way ja kau dah give up dan aku dah tak mampu nak harung....bukan nak cerita pasai aku..tapi nak cerita pada depa 2 nie....But Hamidi memang terang terangan dia gunakan KUASA VEKTOR lelaki/suami terhadap isteri dia..menyerap wei dia penaya bini dia...bukan tak ada kat dunia nie..adalah...fuhhhh memang depa 2 nie berjaya buatkan semua orang BENCI kat depa..hahhahah....sempoi dan memang patut pun Azhan Rani tu menang Award pada DFKL2019 yang lepas.....



Atiq Azman sebagai Amirul

Yang nie kira pakej lengkap...elok dan elok...sekian...



Hope dah tak ada kisah sambungan NUR3...
satg banyak banyak tak best dan cerita dia jadi serrr...macam sinetron...hahahhh...Tapi secara jujurnya aku suka jalan cerita dia, semua lengkap dan sangat terkesan dengan lakonan setiap barisan para pelakon dan Tahniah obuat Pengarah Shahrulezad Mohameddin..CONFIRM TAHUN DEPAN MENANG LAGI...........




No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels