Monday, March 25, 2019

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL | MOVIE TIME






KERIS SIAMANG TUNGGAL

Kali nie cerita UPIN IPIN by Les`copaque memang best kalau nak dibandingkan dengan cerita yang sebelum sebelum nie. Macam last 2 years pasai cerita UPIN IPIN JENG JENG JENG tu...Tak berapa nak syok dan ramai cakap jalan cerita tu sangat membosankan. Tapi kali nie memang best...serious memang best. Cerita kali nie ia menggabungkan beberapa cerita dongeng rakyat lama iaitu Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Mat Jenin, Nujum Pak Belalang, dan beberapa lagi watak cerita dongeng negeri Inderaloka .
 Kisah ini menceritakan pengembaraan Upin Ipin dan rakan rakan ke sebuah kerajaan dongeng yang bernama Inderaloka selepas mereka terjumpa sebilah keris saksi kepunyaan Atuk di stok. Lepas Si UPIN IPIN terbaca tulisan jawi pada kepala keris tersebut. Dalam cerita nie, ada jugak depa selitkan pengajaran , cerita sedih sampai kita pun boleh nangis...best....Nak cerita lebih tak syoklah..Kalau nak tau apakah kesudahannya cerita nie, ampa kena bawak anak anak ampa p tengok. 


WATAK WATAK DALAM CERITA UPIN IPIN

RAJA BERSIUNG
Dia nielah watak Utama dalam cerita kali nie, pemerintah Inderaloka. Watak dia memang win dengan effect dia dengan tongkat sakti dia....pehtu ada pulak angkatan tentera reriang dia boleh bertukar jadi manusia.Memang sempoi weii.......Tapi dalam kehebatan menjadi Raja rupanya dia nie takut kat Keris Siamang Tunggal sebabnya Keris itulah yang hanya mampu untuk membunuh Raja Bersiung nie. Sebab tu bila dia tau keris tu muncul dia jadi gelabah ....Tapi Adakah Keris tu mampu membunuh Raja Bersiung?? ampa tunggu dan lihat sendiri...


NAKHODA RAGAM

Watak nie aku pun tak sure dalam cerita dongeng apa wujudnya cerita nie...Tapi sebenarnya watak nakhoda nie adalah antara watak utama dalam cerita nie. Kerja dia asyik nak menyanyi ja..Pehtu sora dia pun macam Jamal Abdillah...Hahhaha.sedap jugak.....NAntilah nak try cari cerita Nakhoda Ragam tu atau cerita tu hanya wujud dalam cerita nie ja...ermmmmmm



BELALANG


Ini cerita P.Ramlee, kenapa boleh masuk dalam cerita nie??? ermmm sebabnya aku teka ja...Bapak dia kan Ahli Nujum Negara. So Bapak dia sebenarnya yang menjaga dan menyembunyikan Keris Siamang Tunggal tu daripada dijumpai oleh Rakyat jelata. Best jugak dia masukkan watak budak nie sebab budak nie kira cam boboi lah dia pandai lawan dan bijak..huhuhu..budak budak memang suka


 BAWANG MERAH

Seperti kita tahu, cerita pasai kes adik beradik perempuan yang diberi nama Bawang Putih Bawang Merah. Tapi kali nie si Merah terperangkap dalam sebuah gua dan Putih pulak kena kurung dalam Penjara. Sebab apa itu ampa tengok sendiri..kat sini pun cam sedih jugak....aku cerita sipi sipi ja tau...Yang pastinya bila si Merah nanyi lagu atas buai tu....sora dia memang sedap dan of cause kredit dekat Ernie Zakrie...memang power dan merdu suara dia....



 MAT JENIN

Siapa tak kenal Mat Jenin yang memang kuat berangan...dia punya berangan sampai ampa tengok cerita nie pun tak tau siapa sebenarnya Mat Jenin dalam cerita nie.... Rupanya diakhir cerita Mat Jeninlah Hero dalam cerita nie..dialah pewaris sebenar Inderaloka....huhuhuhuhu kenapa dia jadi Hero ampa p tengok sendiri okay...




Okaylah aku pun dah cerita sikit sikit pasai watak watak yang ada. Tapi secara keseluruhan cerita kali nie aku bagi 10/10 star wei...Bukan nak kata ..Effect dalam cerita nie, kualiti gambar doa jalan cerita dia tak membosankan. Zarif dan Zill punya punya suka dan siap gelak sakan bila time ada part lawak. Cerita dia pun tak heavy untuk budak budak nak layan. Susunan lagu, sound effect dia memang sempoi.. Boleh katanya kombinasi semua watak watak dalam cerita nie memang bagus dan Tahniah buat team LES`COPAQUE memang best cerita nie. Buat parents kat luar sana yang rasa takut rakut nak bawak anak ampa p tengok wayang cerita UPIN IPIN nie.. bawaklah sebab depa akan behave ja dan make sure ampa bancuh susu siap siap dan bawak bantai busuk depa...sebab itulah yang aku buat kat anak anak aku so depa behave ja siap gelak sakan.....



KAMI DAH TENGOK AMPA BILA LAGI??????


2 comments:

  1. Lagu pun best.. Plot jalan cerita pun menarik..

    ReplyDelete
  2. betul...memang terbaik kalau nak di bandingkan dengan yang lama punya cerita

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels