Monday, March 25, 2019

Tangani Masalah Kewangan bersama AKPK



Hello guys,

Apa itu AKPK?? Pernah ampa tau dan pernah berurusan dengan Pihak AKPK nie??? Yang mana belum tahu dan tak pernah tahu tentang apa sebenarnya fungsi AKPK nie.Jom kali nie aku nak explnd kat ampa bagi ampa semua jelas dan faham or mungkin agensi AKPK nie boleh bantu mengatasi masalah ampa.




APA ITU AKPK

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.


APA TUGAS AKPK
Secara ringkasnya, AKPK nie akan bantu mereka yang ada masalah kewangan untuk refinance balik segala bentuk pinjaman peribadi, pinjaman kereta, atau kad kredit serta urusan kewangan yang lain. Kalau dah rasa gaji tu dah cukup cukup makan dan kekadnag tu rasa hutang menjadi beban kehidupan uolls semua, batterlah try rujuk dengan pihak AKPK.



LOKASI AKPK / CARA HUBUNGI AKPK

AKPK terdapat di 12 negeri termasuk disemenanjung Malaysia dan juga Sabah Dan Sarawak. Ampa boleh log in ke web AKPK dan klik pada pautan HUBUNGI KAMI so uolls boleh dapat lokasi yang berdekatan dengan ampa. Senang ja... Untuk maklumat lanjut, ampa boleh terus hubungi talian 03-2616 7766 atau layari laman web www.akpk.org.my.



CARA NAK MOHON

Bagaimana cara nak mohon APKP nie?? 1stly sebelum ampa nak berjumpa dengan AKPK ampa kena set apointment dulu. log in ke AKPK OFFICIAL PAGE  Masa nak set tulah ampa kena isi borang secara online, segala mak nenek info berkaitan kewangan ampa dia akan tanya.Kalau boleh jangan sembunyi, isi ja senang. Lepas ampa dah isi baru dia akan bagi pilihan tarikh untuk sesi temujanji dan kemudian lepas dan pilih baru pihak AKPK akan berjumpa anda. Masa nak jumpa tu dia akan bgtau semua dokument yang ampa perlu sediakan. make sure ampa kena bawak tau bagi memudahkan urusan. Kalau tak silap antara dokument yang perlu:

  • salinan kad pengenalan
  • salinan penyata gaji terkini
  • dokumen pinjaman peribadi
Dan tibalah di lokasi AKPK seperti yang telah ditetapkan. Itu ja...Lepas tu baru depa akan buat pengiraan semula. Tapi ampa kena ingat bukan terus akan lulus tau, ambil masa 2-3 minggu juga daripada tarikh temujanji ampa tu untuk tau keputusan. Pihak AKPK akan hubungi kita dan maklumkan sama ada lulus atau tidak. Lepas tu kita akan diminta untuk membuat pembayaran pertama ikut pada loan yang kita mohon tu. Lepas dah bayar tu baru semua permohonan kita akan lulus dan urusan kewangan kita pun batter..


PENGALAMAN SENDIRI DENGAN AKPK

Mulanya memang tak pernah taupun pasai AKPK nie. Tapi bila aku mengadu kat family pasai kewangan aku teruk sangat sampaikan kekadang tu kena pinjam sana sini nak tampung kos yang sedia ada. One day kakak aku sendiri adviced aku ke AKPK untuk kurangkan kos pinjaman tu. Macam tak percayakan. Tapi alhamdulillah lepas aku ke AKPK dan buat permohonan dan YESS!!!!!! permohonan aku lulus untuk 3 pinjaman aku... save jugak dalam RM500.00 sebulan. Banyak juga tau. Mana taknya sekarang nie dah jadi single mother so kewangan adalah faktor utama yang aku kena pentingkan. Nak bayar duit mengasuh, beli kelengkapan rumah, bayar bil utiliti dan sebagainya

Memanglah ada yang cakap rugi bila kita apply ke AKPK.Tapi bagi aku sendiri ia sangat sangat membantu. Contoh permohonan yang aku mohon ialah pinjaman kereta. Bayangkan sebulan aku kena spend gaji aku or side income dalam rm800 untuk bayar tapi lepas mohon dengan AKPK bayaran bulanan tu dikurangkan sehingga RM490 sebulan. Jimat hampir RM310 tu....banyak lagi yang kita boleh byr dengan nilai rm310 tu....Setiap orang tak sama..So ampa kena mohon sendiri dan tengok hasilnya. Sekurang kurangnya perbelanjaan bulanan tu dapatlah dikurangkan..


SELAMATKAH AKPK NIE??

Memang selamat sangat sebab AKPK nie akan membantu kita menguruskan kewangan kita dengan lebih efektif dan ia juga mampu membantu kita terhindar dari tindakan undang undang disebabkan pemasalahan pembayaran hutang. Lagipun AKPK nie adalah perkhidmatan yang diberikan secara PERCUMA :)



Good Luck guys




No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels