Friday, July 6, 2018

KIDSLAND PENANG | ZARIF DAN ZILL EXPLORE SESUATU YANG BARU



Bila cuti sekolah.....
Parentslah yang paling kalut bila anak anak dah pandai tanya bila nak p bercuti. So Kali nie 1st time SS ambil cuti sempena Musim Cuti Sekolah. Nak ke mana plan cuti kali nie. JEng jeng..SS dah plan untuk bawak anak anak SS ke KIDSLAND Penang. Dah lama nak bawa tapi bajet tak mencukupi. So nasib last year SS beli kupon KIDSLAND nie. murah sikit....

Kat mana sebenarnya lokasi nie???
KIdSLAND PENANG ini berlokasi di Tingkat 4 Prangin Mall. Kalau orang orang penang dok p prangin mall tu tak perasan benda nie apa..Nielah nak cerita kat ampa....Nampak cam best dari luar, tapi bila dah masuk memang sangat best tau... Dalam kidsland nie ada macam macam aktiviti yang cukup menarik dan setiap aktiviti tu ada caj yang tersendiri. Ampa boleh tengok jadual kat bawah nie. 

 FULL PAKEJ = RM75/seorang. 
PARENT = RM5/seorang

Had Umur = 3 tahun dan keatas 
Untuk bawah 3 tahun boleh main di BABYLAND sahaja

Bagi ampa yang pertama kali masuk kidsland nie. Ampa akan dibekalkan dengan 1 kad keahlian. So dalam kad nie mengandungi nilai credit ( RM) yang kita bayar di kaunter pendaftaran. So setiap kali nak main, akan ada staff yang akan scan kad tersebut. So make sure kena simpan kad nie baik baik supaya tak hilang.



Memandangkan SS ada sorang anak yang masih berusia 3 tahun dan mungkin tak pandai lagi nak explore mainan macam abang dia. So SS biarkan adik qayyim main kat BabyLand. Tempat nie save dan sesuai untuk anak anak nak explore part nak panjat panjat bagai...Letak ja adik qayyim dalam bebola tu. memang dia diam dan tak mau keluar. Yang bestnya babyland nie unlimited time. So klu ada parent dah tak tau nak bawak p mana??? mai ja sini bayar rm10.mainlah sepuas hati.




So now kita explore benda yang ada kat sini. The first aktiviti yang abang zarif main ialah  Science Center. Dalam kelas sains nie, SS nampak anak anak kita akan diajar tentang microscope dan juga elektrostatik dan elektrik. Apa kebaikan dan keburukan. Nampak menarik dan bestnya setiap student yang masuk ke Science Center nie akan dipakaikan Labcoat. amacam??



Tempat yang paling abang zarif excited nak join ialah BOMBA...memang ramai kot tunggu turn nak main nie. So akak pun apa lagi tunggu hampir 3 kali pusingan kot baru boleh bagi abang zarif main BOMBA NIE....


Lepas tu macam macam lagi yang kami main kat sini..sampai letih. Bayangkan seharian spend kat sini. memang tak rugilah. 























Bagi parents yang memang planing nak bawa anak ke tempat macam nie, saya sarankan make sure akan ampa berusia 5 tahun keatas sebab kebanyakkan game kat sini 5 tahun dan keatas . So lebih puas hati. Sebab cth macam adik qayyim pun tak semua game dia boleh main.Maka SS  hanya bagi dia main kat BIG PLAYGROUND ja yang jenis mainan panjat panjat tu.

Semoga Review nie sedikit sebanyak dapat membantu parents kat luar sana untuk buat keputusan nak bawa anak anak atau tidak. Siap boleh kira bajet tau.


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels