Pages

Tuesday, December 19, 2017

ZARIF DAN ZILL DINASOUR ADVENTURE | BIRTHDAY PARTY


Hye uolls...

Ya allah rasa terlalu lama tak update belog nie. klau tengok balik last post pasal 5th years anniversary...gila toi...takpalah bila free baru boleh nak upload belog nie. Saya nie bukanlah blogger tegar pun just buat blog nie nak berkongsi tentang kehidupan saya , cerita anak anak...rasa hilang rasa stress yang ada bila kita dapat bercerita dalam blog nie. Okaylah entry kali nie saya nak Sharing pulak pasai last event yang saya buat untuk anak anak semperna nak celebrate besday Zarif dan Zill. So lepas decide dan decide baru kami bersepakat untuk buat majlis secara kecil kecilan. Maka dengan itu saya pun merancang dengan lebih teliti agar majlis kali nie berjalan dengan meriahnya.

Alhamdulillah berkat usaha ibu buat shaklee, hasil dari bonus Shaklee, saya dapat buat majlis ini untuk anak anak. Suami pun top up sikit apa yang perlu. Tapi kalau dihitung jumlah kos majlis nie, memang rasa bersyukur sangat sebab 100% guna duit dari bisnes shaklee. Mulanya suami tak bagi, tapi suami pesan, klu nak buat push sale shaklee... So dari situ saya buat shaklee dan alhamdulillah dapat buat....



Untuk tema kali nie saya pilih UPIN IPIN DIALAM DINO memandangkan si abang suka gila dengan dinasour dan si adik minat dengan upin ipin, dan dah ada siri yang baru tu, saya pun ambil idea dari sana. So saya tukar jadi ZARIF & ZILL DINASOUR ADVENTURE


Seperti biasa bila mai part nak mencari props tu semua.punyalah pening sebab kat Malaysia nie bukan popular sangat tema dinasour nie. so nak cari props memang sangat susah terutama sekali belon dinasour. nasib akhirnya jumpa jugak dan kena booking baru jumpa.

Boleh katakan semua nya saya buat sendiri, iaitu susun atur, pilihan tema semua saya buat cuma ada beberapa yang order dengan kawan. orang cakap bila kita buat sendiri rasa lebih puaih hati kan. Tapi kali nie saya order banner dan jugak props dengan kak Weeta. Kak weeta nie memang dia dok buat segala mak nenek printting semua nie..,pehtu ada jugak buat deco deco. ampa boleh p contact dia klu berminat....Tapi secara jujurnya kak weeta nie memang mudah nak berurusan dan dia tau apa pelanggan dia nak. saya nie pun agak cerewet tapi tahap boleh diguna pakai..hahhahah...Ramai yang kata banner yang saya order tu cantik sebab ada muka anak anak saya...dan bestnya banner tu lepaih nie bleh gantung dalam bilik depa...So taklah membazir sangat...boleh pakai balik. betoi tak???



untuk dinasour yang lekat atas meja nie order dengan  BALLON WONDERLAND bawah paragon. 1 belon nie harganya RM15.90. sekali dengan gas helium. Belon jenis nie bukan terbang tau. Dia hanya akan berada dibawah ka..belon nie depa panggil DINO PET..seolah olah kita usung anak dinaosur bila berjalan. ampa boleh tengok belon yang abang zarif pegang tu. 













                     








Terima kasih buat sedara mara, kawan kawan yang sudi luangkan masa meriahkan besday zarif dan zill. Majlis kali nie buat simple simple ja.cuma nakkan keselesaan, saya sewa dewan bawah flat dan buat kat sana.Senang sikit...Insyaallah klu dimurahkan rezeki saya buat lagi majlis macam nie. Bukan sebab banyak duit ka, nak menunjuk ka tapi semua nie untuk anak anak. Bagi depa seronok.

Sekian...




Monday, September 18, 2017

Boss Paling Best | Majlis Perpisahan



Menjadi sebahagian daripada team membuat persiapan majlis perpisahan Bos Kesayangan di Jabatan Kimia Pulau Pinang adalah 1 cabaran yang sangat besar kerana anda terpaksa menyediakan khidmat untuk membuat sebarang kebarangkalian perkara yang mungkin anda tak jangka kena buat. So seperti biasa nama aku nie memang tak pernah tak dipanggil...Bukan sebab bangga diri tapi orang tahu tentang bakat yang kita ada..dah dah tak mau nak cerita lebih lebih...meh sini nak cerita sikit pasai persiapan majlis perpisahan bos kesayangan kami iaitu TN HAJI MOHAMMED ZAINI BIN ABD RAHMAN , PENGARAH JABATAN KIMIA CAWANGAN PULAU PINANG


Majlis Makan Tengahari, BumbleeDee CAfe USM

Mulanya kami tak plan pun nak pilih tempat nie untuk buat majlis makan makan kami 1 opis. So lepas mengira bajet dan juga masa kami semua sepakat  untuk pilih BumbleDee Cafe sebagai lokasi kami. So kami semua sepakat untuk buat Buffet Style dengan bayaran RM40/ perhead dan menu yang kami dapat memang puas hati :

  • kambing grill with blackpaper source
  • spegetti Olive Oil
  • Nasi Goreng Cina
  • Chicken Wing
  • Sausage
  • Chicken Cube
  • Coslaw
  • Mushroom Soup + Garlic Bread
  • Buahan
  • Brownies 
  • Puding Roti
  • 3 Jenis air ( bandung / Ice Lemon Tea / Teh Tarik )  









Memang sedap dan sangat puas hati. Tempat pun tak crowded dan ada ruang untuk kami buat sikit deco untuk majlis kami. So kalau ampa yang ada plan nak buat majlis apa2 boleh try refer dengan cafe nie..Memang sangat cantik tau...inilah hasil deco yang kami buat. Walaupun nampak serabut tapi sekali tengok nampak cantik jugak.. semua nie kami pakai DIY tau cuma wording belon + fresh flower patel ja kami beli...












Lepas dah makan makan kami like always akan menggedik bersama depan camare untuk rakamkan aksi comel kami semua sebagai kenangan. 

























Apapun secara personally aku pun terasa sangat 1 perpisahan bersama pengarah kali nie. Mana tak nya bila beliau menjadi Pengarah di JKMPP banyak perubahan yang berlaku. Nampak sangat impak yang beliau lakukan...Beliau bijak dan tahu akan kelemahan dan kelebihan serta minat seseorang kakitangan bawahan beliau. Paling aku terasa impaknya bila masa 3 tahun beliau menjaga jabatan kami, alhamdulillah aku dipilih menjadi salah seorang penerima APC 2016 , aku diberi peluang membuat kelas Media Sosial dan banyak lagi penglibatan yang aku dapat tonjolkan sepanjang beliau menjadi pengarah. Kehilangan beliau memang 1 kehilangan yang cukup besar. Walaupun beliau berpindah di HQ , Petaling Jaya selaku Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) , namun ketiadaan beliau menjadi Tiang utama kami memang sangat sedih. Apapun aku ucapkan beliau akan sentiasa success dan sentiasa menjadi bos yang paling best dan paling happening...




Thursday, August 17, 2017

Dobi Mesin Pilihan Hati | Laundry Hub



Perkhidmatan cuci baju bermesin sekarang nie memang menjadi kegemaran ramai orang termasuklah diri aku sendiri. Kalau kita p mana mana mesti akan jumpa 1 atau lebih kedai dobi di sesebuah kawasan. Cuma elok atau tak elok services itu kita tak pasti. Nak dipendekkan cerita,aku adalah salah seorang pengguna tegar perkhidmatan dobi mesin nie bermula sejak 2 bulan yang sudah bila aku dapat detect mesin basuh kat rumah dah tak boleh berfungsi..Nak panggial orang repair tu tak tau bila.Yalah nak kena call pehtu tunggu depa repair... So aku cakap kat suami takpalah buat masa sekarang nie kita try guna dobi mesin. Antara kedai dobi mesin yang paling aku suka dan puas hati ialah LAUNDRY HUB. Lokasi yang aku selalu p ialah di DATO KERAMAT.Sebelah dengan kedai tomyam NURJAYA....


AMPA PERASAN TAK KEDAI OREN NIE ????


KENAPA AKU PILIH LOKASI KEDAI NIE???BUKAN KEDAI YANG LAIN

1.  Lokasi dia dekat dengan rumah
2. Kawasan dalam laundry tu luas dan selamat untuk anak anak bermain
3. Kawasan tak sunyi dan sentiasa ada orang
4. Dekat dengan kedai makan, so sambil basuh pun boleh makan
5. Tidak terlalu dekat dengan Jalan Raya..Jarak dalam 30 meter ja.
6. Nak masuk kedai dobi kena buka kasut ( lantai bersih)



BERAPA HARGA YANG DICAJKAN??

Berbanding dengan kedai lain, Laundry Hub nie antara kedai yang menawarkan harga yang lebih murah. Harga tu tak perlu uolls risau. Tengok ja kat gambar nie...


Selalunya aku pakai yang mesin 14kg RM6.00 untuk 1 cucian. klu 10kg RM4.00 dan pakai mesin dryer 1 mesin RM4.00..Kiranya kalau ampa pakai 1 set kengkap sampai baju tu kering bersamaan RM10. Tapi ada kedai lain yang caj sampai rm12 utk 1 set cucian...ermmm mahal kan...


INI MESIN CUCI BAJU 
Mesin cuci baju juga ada sediakan pilihan jenis air sama ada AIR SEJUK | AIR SUAM | AIR PANAS
Ampa kena baca arahan yang diterangkan sebelum guna okay.


INI MESIN PENGERING BAJU
Untuk mesin pengering pun ampa boleh pilih nak yang mana 1. 


Ampa tak perlu nak risau sebab setiap kali proses pencucian, Secara automatik setiap mesin itu akan dibekalkan : PEMBERSIH KIMAN | PELEMBUT FABRIK | CECAIR PENCUCI BAJU SECARA PERCUMA . Kalau ampa nak bawak sediri pun boleh. Dia juga ada sediakan ruang untuk ampa masukkan pencuci sendiri. No worries :))



Basa sekarang aku memang pilih LAUNDRY HUB sebab baju yang dicuci memang bersih dan mesin pengering dia pulak antara mesin yang memang keringkan baju dengan baik. Bila siap hanya lipat ja. Tak payah risau..Balik rumah simpan ja baju ( kalau baju uolls lipat kat dobi)



Tuesday, August 15, 2017

4 Tahun Usianya | Muhammad Zarif Zakwan Turn 4


20 Julai 2017..setiap tahun aku akan cuba sebaik mungkin untuk meraikan hari yang cukup bermakna dalam hidup aku iaitu meraikan hari ulangtahu kelahiran anak sulung aku. Tahun nie genap umur dia 4 tahun. Ya Allah!!! cepatnya masa berlalukan...Pejam celik dah 4 tahun tapi masih lagi terkenang saat saat masa nak lahirkan dia. Subhanallah indahnya ciptaan Allah...Kini dah membesar dengan sihat...Amin...

Untuk tahun nie lain sikit sebab dah ada adik..aku memang tak sempat dan tak plan untuk buat besday zarif. Rasa terkilan jugak sebab dari 1st year besday memang buat untuk dia sampailah umur dia 3 tahun. So 4 tahun rasa macam berat ja hati nak buat sebab masalah kewangan. Tapi aku tetap niat kat hati harus aku raikan hari tersebut...



Rutin harian setiap hari wajib ambil gambar dalam kereta. HAri nie lebihkan sikit ambil gmabar dia...memang susah tau nak snap sebab dia sendiri akan cakap.Malulahhhh..1st picture on 20 Julai 2017...seperti kebiasaan pagi tu zarif taklah mengamuk macam hari hari yang lain..mungkin dia tau hari nie besday dia dan dia sangat cool ja pagi tu.. And guest what??? aku ajak zarif makan pagi....dan apa yang dia wajib buat ialah membawa mainan dinasour dia...Ermm tengok tu...t-rex tu hadiah yang dia dapat masa last year punya besday..Disebabkan dah 1 tahun aku simpan. Hari nie bagi kat dia konon hadiah untuk dia...hehehhe..bijak sungguh akai aku nie...hahhahah...dia punya seronok tu memang tak tau nak cakap... 


Lepas ambil dia dari taska, dan seperti yang dijanjikan aku bawa dia p kedai mainan kat depan IPK penang road. Ada 1 kedai nie kecik ja...Tapi mainan dia harga mampu milik..ermm murahlah dari kedai kedai yang lain...berhari hari dia cakap nak beli robot ja..So masuk kedai tu memang sungguh dia cari robot transformer sebab??? dia belum jumpa lagi dinasour... until the end aku pakat dengan unty kedai tu untuk keluarkan semua mainan dinasour....Malangnya stok tak banyak hanya tinggal a few ja yang ada...Apa lagi automatik dia letak robot kat tepi dan pilih dinasour dia...


3 KOLEKSI DINASOUR BARU DIA

Punya seronok,,,Yang baiknya dia pilih 1 dinasour untuk adik dia sendiri sebab adik pun suka dengan mainan Dinasour.. alahai senang hati ibu...beli mainan yang sama ja....Tak payah nak kalut pk minat anak lain lain..Hehhehehe... So malam tu aku telah membuat sedikit preparation untuk membuat acara memotong kek. Kek pun tak sempat apapun nak order. LAst sekali aku singgah kat kedai MAXIM dan beli kek Ultraman.. LAwaknya dia letak 2 ekor dinasour sebelah kek dia..


Apabila nak suruh dia posing gambar..inilah hasilnya..punya susah ...lawak anak aku nie....


Maka lepas tu kami pun buatlah sesi potong kek....Nampak sangat muka dia punya happy Ya Allah...Terima kasih Allah kerana berikan sebuah kebahagian ini untuk keluarga aku.. Walaupun ada kekurangan aku dapat jugak raikan Birthday anak aku.... Nanti bulan 11 baru nak planing untuk buat sekali dengan adik. Sebab adik tak pernah celebrate lagi..



Anak yang cukup berharga..Ya Allah!!! Kau lindungilah anugerahku ini...Jadikan dia seorang insan yang berguna dan sentiasa dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat...Abang Zarif, ibu sayang abang zarif, walaupun ibu suka marah dan gaduh dengan awak, bukan bermaksud ibu tak sayang.Ibu terlalu sayang tau.

Happy BEsday Abang ZArif :)

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...