Pages

Thursday, August 13, 2015

Lelaki Ka Perempuan


Assalammualaikum

Selamat datang 25 minggu kehamilan.....
macam tak percayakan saya sekarang dah berada dipenghujung kehamilan...ehhehhe..ada lagi 15 minggu ja bersamaan 3 bulan ja nak dapat baby baru....tersa cepat ja kali nie.mana taknya persiapan apa pun tak buat lagi...sebab semua barang dah ada cuma nak kena beli a few things jer lagi...Tapi kali nie pregnant sangat sangat berbeza dari sebelum nie. Nampak badan solid ja tapi bila tengok tudiaa dah boyot 5 bulan..hahahaha.....Ramai yang cakap kata saya pregnant baby gurl sedangkan saya pun tak scan lagi... Ciri-cirinya kata nampak perut kembang dan saya tak suka make up..itu saya akui...Tapi apakah ciri-ciri lain yang sama??? meh kita tengok :)

Feeling baby shower kat opis masa sambutan Hari raya....snap pakai ihone ja pun...over excited




Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.


  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - sekarang nie lebih 140
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”. - mengembang
  • Perut anda “rendah”. - ini tak pandai nak cek
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. - biasa jer
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. - mabuk yang teruk sampai lani
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. - tak pasti
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. - tak pasti
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.  ada jugak
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.-  kadangkala
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. -  tak pernah buat
  • Kulit anda menjadi kering. - tidak
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.- tak pernah kira
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.- betul
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.- tidak
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala. - tak ada pun
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.-  tidak
  • Anda tidur mengiring ke kiri. - tidak
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah. - betul
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu. - tidak
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda. - tidak
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit. - betul
  • Perut anda bulat. - bulat dan kembang
  • Perut anda “tinggi”. - betul
  • Muka anda tidak berseri-seri. - betul
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan. - betul
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan. - tak pasti
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang. - tak pasti
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. - betul
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri. - tak pernah buat
  • Kulit anda lembut. - betul
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. - betul
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas. - betul 
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.- tak pasti
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih. - betul
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil. - tak kira
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil. - kering 
  • Anda tidur mengiring ke kanan.- betul 
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur. - tak pasti
  • Air kencing anda berwarna kuning samar. - betul
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.



Yang mana betul??? semua nie actually tekaan jer..so nanti baru kita akan tahu..tunggu saya scan okay..hehhehehe

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...