Wednesday, April 1, 2015

My 2nd Journey Of Pregnancy | Welcome to our family baby



Assalammualaikum semua...
alhamdulillah hari nie dah pun masuk 1 April 2015, mesti ramai yang sibuk terkena APRIL FOLL kan!!!ahhaha dulu masa aku kat sekolah memang selalu sangat terkena even dengan mak sendiri pun kena jugak..hahhahahaha...tapi this time entry yang aku nak sharing nie bulan tentang APRIl FOLL tapi ini betul-betul kejadian yang berlaku!!!1

Apapun aku just nak ucapkan ALHAMDULILLAH kerana diberi peluang sekali lagi untuk "Pregnant" buat kali yang ke-3...Yang kedua walaupun hanya sempat berada 3 bulan dalam rahim aku, aku tetap kategorikan sebagai anak ke-2. Iam so happy for this time. When 3 become 4 :)


LEWAT DATANG BULAN

Lepas zakwan dah berusia 1 tahun lebih, aku tanya dengan suami aku, awak nak tambah sorang lagi ker? kataya belum lagi bagi zakwa besar sikit, lagipun awak baru jer gugur kan!!! so its okay klu ada rezeki alhamdulillah..kalau tak ada rezeki pun tak kisah...kita tunggu jer...So lepas tunggu punya tunggu, tetiba suami aku pun tanya,

" eh, awak tak mai period lagi ka??"
" belum lagi, baru lewat 4 hari!!, last month lewat 5 hari, tunggu jer lah "

so aku pun tunggulah..sampai pada 1 hari....

"abang, saya tak mai period dah lewat 9 hari nie!!" - buat muka panik!!
"takpa tunggulah jangan cek, nanti la cek bagi lambat lagi !" - jawab suami aku selamba

---------------------------------------------AKU nie jenis ketegak-------------------------------------------------

Aku pun dengan perasaan yang gedik pun belilah pregnancy test untuk cek sebab kali nie dok rasa tanda-tanda pelik melanda diri.Selalunya orang akan buat test pagi pagi selepas bangun tidur, tapi aku beli masa lunch time dan terus test petang tu jugak kat opis..inilah namanya gedik..hahhaha....lepas 3 minit tu!!!! inilah hasilnya >>>>>>>>>>







IM PREGNANT!!!! FINALLY 

Lepas check tu, aku pun terfikir cam mana aku nak bagi suprise kat suami aku erk?? sebab kali nie dia pulak yang ca teruja sangat!!! erm..takpa kita buat simple jer...
lepas balik kerja tu , masa dok lepak depan TV, aku cakap..
" tadi saya beli nie, tengok cantik tak?" - sambil aku bgi 1 kotak kecik bagi husband aku tengok. 

" eh..yaka nie??? zakwan nak dapat adik dah...yeahhhh!!!!! " - senyum sampai ke telinga sambil peluk aku dan ucapkan terima kasih sayang...cewah feeling romantikkan!!!hehehee

So lepas tu aku pun minta pulak reward dari suami aku pulak..makan apa??? its fish n chips!!!
jom!!!!






Alhamdulillah rezeki kami kali nie, Selepas keguguran pada kandungan ke-2 aku ada jugak terasa frust menonggeng takut tak ada rezeki nak tambah anak lagi sebab banyak yang cakap lepas buat D&C ada yang susah nak lekat. Tapi alhamdulillah, berkat aku makan juga supliment shaklee nie, kita mencuba dan berusaha namun tuhan yang tentukan...
Hopefully kandungan kali nie akan bertahan lama, so mana makanan yang tak sesuai tu kena jauhkan dulu demi keselamatan si ibu & si comel dala perut ibu nie...

Doakan yang terbaik buat kami yer...
Insyaallah kali nie , aku nak kasi details sikit cerita tentang kehamilan adik zakwan nie. bukan aku ja yang teruja, si zakwan pun dah nampak tanda tanda nak jadi abang dah....Memang tak sangka dalam masa yang singkat jer usia zakwan dah 1 tahun 8 bulan dia nak jadi abang...nanti aku update cerita zakwan dengan bump bump comel nie :)

Terima kasih buat semua kengkawan yang mendoakan kami sekeluarga :)



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels