Wednesday, November 19, 2014

Surat Jawapan Mah, Isteri Kepada Suami Curang

Bila buka facebook, banyak orang dok share tentang cerita SUAMI CURANG sebab ISTERI TAK CANTIK!!!...So SS pun tergerak hati nak baca..Memang rasa sangat sedih bila si suami bengong tu buat isteri macam nie... Tapi ada tindakan si MAH tu memang SS pun tabiklah...So jika suami boleh buat senang senang macam nie, so kita as isteri tak payah nak bertenggek dah...move out!!!

Kita masih ada jalan dan ada kudrat untuk teruskan hidup...Nak cari duit,,,banyak sumber yang ada boleh bantu...Tak perlu nak harapkan suami dah!!!! Apa yang Si MAh tu buat??? DIA join Shaklee..hahahaha....hebat kot!!!! ...So jadika kisah nie teladan buat anda isteri-isteri diluar sana...

Jika suami anda curang!!!! anda nak berdiam ker??? fikirkan masa depan anda dan anak-anak...bertindak dan jangan diam!!!! Anda punya HAk!!! 

jom kita baca sama-sama surat MAH untuk suaminya




Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.
yang benar,
Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

20 BENDA WAJIB ADA DALAM HANDBAG SEMASA BERAYA

Nampak macam cantikkan tapi apakah kepentingannya sesebuah HANDBAG bagi wanita??? Mungkin ampa asyik sibuk ja dia pakai h...

My Blog Labels

2nd pregnancy (7) agent shaklee (2) Aktiviti Jabatan (1) Alfalfa Complex (6) all about baby (1) Anniversary (2) Announcement (3) ANUGERAH APC (1) artis (2) Azam Tahun Baru (1) b complex (2) Baby (7) BabyZakwan (14) back2back (1) Barang Baby (7) Barangan Shaklee (1) basic h (2) Belog Orang (1) Berita (2) berpantang (3) borang kahwin (1) breastfeed (4) breastfeeding (1) Bride To Be (2) Busan Sanding (1) busana For Rent (1) Busana nikah (1) Businesssaya (1) butikbest (1) celoteh (1) Cerita Cinta (6) cerita opis (1) Cerita Sepanjang Tahun (2) Cerita Shaklee (3) cinchshake (2) cinchtea (1) Cinta (4) collegen Powder (1) Contest (4) Cream Ajaib (1) Creative Large Computer Desk Pad Mat by madamsurianie (1) cuci usus (1) Dairi Tahunan Saya (1) Deco (5) decorumahsaya (1) Demam Denggi (1) detox (1) Dish Wash (1) DIY by MadamSurianie (1) Doa Harian (2) donation (1) drama (1) DTX Complex (1) ESP Shaklee (6) facebook (3) Familyday (4) fashion (5) Fesyen (2) Filem Animasi (1) For Sale (1) gadget (2) garlic complex (2) getcleanshaklee (3) Goodies (1) gubahan Hantaran (1) hadiah (1) Hari ini Salam Sejarah (1) hari raya story (5) henna (1) herb-lax (3) Herbal Blend Cream Shaklee (1) Hitung Hari (1) HIV test (1) hobi (1) homeSPA (1) honeymoon (6) hot story (1) Hukum Dalam Islam (1) Ibu Mengandung (34) Jana Pendapatan (1) JomCantikByCiksue (1) kad kahwin (1) Karaoke (13) Kecantikan (4) kehamilan (7) kehidupan seorang isteri (14) KeluargaBaru (1) Kenduri Kendara (2) Kesihatan (6) Kisah Shaklee Saya (1) Kongsi Cerita (43) krisis pemulihan (1) Kucing saya (12) lecithin (2) Lepas Kawin (1) Lokasi Dewan (1) Luahan Perasaan (4) Majalah (1) Majlis Berendoi (2) Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam (6) Majlis Resepsi (9) makan - makan (9) Make up (3) Make up Nikah (2) Make up Resepsi (1) Malam Berinai (1) MasakmasakSurianie (1) Mealshake Shaklee (1) Meja Santapan Diraja (1) Mencari Sejuta Chenta (1) menu berpantang (1) MH17 (1) milkbooster (1) Mothercare (1) MuhammadZarifZakwan (13) muhammadzillqayyim (9) My Baby Video (1) my Besday (9) My New Baby (35) My photographer (5) My self (1) My Shop (3) My Sister Wedding Jumie n Khafi (3) My Wedding Day (11) My Wedding VIP (1) myweddinganniversary (1) nutriferon (1) Officemate (1) omegaguard (1) Ostematrix (1) Panggung Wayang Anda (1) pedicure (1) Pekerjaan Saya (3) Pelamin Istana Kayangan (1) Pelik Tetapi Benar (1) Pembuka bicara (2) Pengalaman Interview bersama Tok Kadi (1) Pengalaman Kawin (2) pengumuman (14) Perayaan (1) Percutian (4) Performance® Natural Orange (1) perkahwinan (1) Perppermint Ginger Plus (1) Pesanan (1) Petua Dari Sue (3) Photoshoot (8) Phytocol-ST (1) Pre-loved Item (1) prenatal shaklee (1) prewedding (1) produk Shaklee (2) questbook (2) Rahsia Personaliti Diri (5) Raikan SiKecil (1) Resipi Dapur (5) resipi esp (2) resipi saya (2) Review Majlis Pertunangan Surianie dan Rozainizam (1) Reviewbymadamsurianie (1) Saya Nak Kawin (3) Saya Suka Apa (1) SAYAPRIHATIN (1) Selamat Hari Ibu (1) selfiedengananak (2) Senarai Hantaran (2) Set Ibu Hamil 1st Trimester (1) set kulit shaklee (3) Set Penyusuan Ibu (2) set ramadhan (1) SET SHAKLEE (1) SETEMKU (1) shaklee (48) shaklee award (1) shaklee price list (1) shaklee Promosi Bulanan (5) Shaklee Video (1) Shawl By Defiore (1) Shopping (7) Soalan Bakal Pengantin (1) solidfood (1) sponsersaya (1) Story Of my Wedding (12) Story Of Raya (2) Tema Warna (1) tema wedding (2) Tentang Agama (1) teringin (1) testimonial (2) The House Of Red Gincu (18) TIFFANYINNERNECK (1) Tips (9) tips berniaga (1) Tips by MdamSurianie (4) Tips RumahTangga (5) tummy time by madam surianie (1) Vacation (1) Video Kahwin (3) Video Klip Pilihan (1) Vita-lea (1) Vita-lea For Kids (1) vitagen (1) vitamin c (3) vitamin e shaklee (1) Vitamin ibu hamil (4) vitamin si kecil (1) VIVIX (2) water Pitcher (1) Wedding (5) Wedding Artis (8) wedding checklist (9) wedding Henna (1) wedding idea (1) Wedding Preparation (29) wedding prop (2) weefie (1) zakwanturn1 (5) zarifzakwanadventure (1) zarifzakwanzillqayyim (1)