Tuesday, December 24, 2013

Tips Untuk Banyakkan Susu Badan



Hello semua...

Mesti ramai yang dah syok membaca belog SS sebab SS makin hari makin mengupload banyak cerita untuk uolls baca...Alhamdulillah semuanya okay,,sekarang nie SS dah boleh nak manage time untuk family, anak dan juga untuk membuat belog..Hehhehe...lega sangat. mana taknya.sekarang babyzakwan pown dah semakin membesar dan membesar..Macam macam karenah dier...Dah pandai nak kenal orang.Sure nangis kalau didukung oleh orang yang dia tak kenai.

Okaylah hari nie SS bukan nak cerita tentang babyzakwan yang berpaha ayam goreng tue..hehehe..tapi SS nak berkongsi cerita yang sangat sesuai ditujukan kepada bakal-bakal ibu dan juga ibu ibu yang sedang menyusukan anak mereka. ITS ALL ABOUT BREASTFEEDING STORY!!!

Untuk pengetahuan anda semua, SS merupakan ibu breastfeeding kepada babyzakwan. Alhamdulillah sekarang dah 5 bulam, dan SS hampir berjaya untuk mencapai 1st Trimester Penyusuan. Amin...dan SS sangat berbangga dengan usaha sendiri uollss..happy gilez...Tapi jika anda juga mengamalkan cara yang betul untuk lakukan proses mengepam. memang susu anda pon akan banyak. Its happy to be breastfeeding mum. So hari nie SS dengan banganya nak share dengan uolls semua cara cara untuk mendapatkan hasil susu yang banyak. Jom kita kongsi :


Sebenarnya ada beberapa faktor yang boleh membantu untuk penghasilan susu yang banyak dan ada juga faktor yang perlu dielakkan. Mungkin ada sesetengah ibu tidak tahu tentang hal nie dan memandang ringan bab penting nie. so hari nie SS nak share tips YES & DONT yang perlu semua ibu ibu menyusu amalkan untuk kebaikan anda dan bayi anda. Jom kita mulakan .


 TIPS utama dalam penghasilan susu:

  1. MINUM AIR YANG SECUKUPNYA ( air jus, susu , air masak). Anda akan menghasilkan dalam 20 hingga 40 oz susu sehari,agak banyakkan? Merasa dahaga adalah tanda utama anda perlukan tambahan cecair dalam badan anda. Cubalah disiplinkan diri anda dengan meminum lebih air.
  2. KERAP MENYUSUKAN ANAK :l Menyusukan anak secara kerap atau pumping secara kerap. Ingatlah bahawa pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada permintaan. Lebih kerap anda menyusu/pump susu, tubuh akan menghantar isyarat bahawa bayi memerlukan lebih susu..seterusnya akan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  3. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT. Amalkan makan makanan yang banyak proteinnya.
  4. REHAT YANG CUKUP.
  5. PENJAGAAN PUTING PAYUDARA- Sentiasa kena jaga putting payudara anda dengan bersih supaya saluran susu tak tersumbat.


Selain daripada mengamalkan tip-tip tadi, anda juga boleh mengamalkan cara pemakanan yang sihat dalam setiap menu yang anda makan . So cubalah makan makanan yang SS senaraikan ini sebab ia membantu dalam penghasilan susu yang banyak.

  1.  Sayur-sayuran Hijau .
  2. Buahan : buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan buahan yang mengandungi vitamin A dan C
  3. Ulam-ulam macam pucuk kaduk, jantung pisang
  4. Lobak Putih- Mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi. ianya membantu dalam penghasilan susu dan meningkatkan sistem imunisasi Ibu dan secara tidak langsung sistem imunisasi bayi atau anak juga dapat ditingkatkan.
  5. Jintan - Jintan Hitam (Habbatus Sauda.) / Jintan Manis 
  6.  Tauge Alfalfa- Tauge alfalfa ini memang mudah untuk diperolehi dan juga harganya sangat2 murah. Alfalfa merupakan agen "Milk Booster" tersangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusu. Bayi dan anak anda memang sentiasa kekenyangan jika mengambilnya bole beli dekat Jaya Jusco 
  7. Kurma- Kurma membekalkan kalori segera kepada badan Untuk ibu-ibu menyusu, kurma wajib ada dirumah masing-masing kerana Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan.
  8. Susu - Susu membekalkan protein, kalsiun, vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan.
  9. Coklat - Membantu dalam mencetuskan hormone kegembiraan
  10. Keju - Berkhasiatnya dari segi kalsium, protein, vitamin dan zat galian. ia mudah diserap oleh badan.
  11. Tempe - tinggi kandungan protein. disamping itu ia juga memekatkan air susu.
  12. Halba - Nama inggerisnya Funegreek. juga popular sebagai agen untuk meningkatkan penghasilan susu tapi mungkin tidak serasi untuk sesetengah ibu dan bayi kerana ia dari herba.

Makanan yang perlu dielakkan

  1. ais (x bgus tuk bby..jg x bagus tuk ibu)
  2. any kekacang (mnmbhkn angin dlm bdn..bby pun leh kembung perut)
  3. air kelapa muda (bisa urat)
  4. jambu batu (kembang urat)
  5. keladi (bisa urat, kurang susu)
  6. labu (kmbang urat, angin)
  7. laksa/mee/bihun (kembang urat)
  8. KACIP FATIMAH (buat susu jd BERTOKSIN)
  9. Kafein (merangsang pengeluaran susu badan namun ia juga merangsang bayi anda. ia akan bercampur dengan susu anda dan akan bertidak balas ke atas bayi anda. Bayi mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti, tidak lena tidur, mengamuk dan sebagainya.)


Insyaallah lepas kita mengamalkan pemakanan yang sihat, susu pon banyak, baby happy ibu yang menyusu lagi happy. Tapi tahukah anda ada juga faktor lain yang boleh membuatkan penghasilan susu yang kurang.antara sebab susu ibu berkurangan adalah:


a) tekanan/stress
- tekanan memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Stress tu perlu sebenarnya dalam kehidupan..baru la kita ni normal..tp kalau terlalu stress..memang tidak baik utk kesihatan. tambah-tambah pula untuk ibu yang menyusukan bayi. untuk menggalakkan pengeluaran susu secara optimum mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan perkara yang indah2 dan peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang...kalau bayi tiada depan mata..pandang gambar pun xpe…insyaallah semunya akan pulih.
TIPS dari SS : masa nak pam susu, SS suka pasang lagu yang berentak romantic sebab baru SS dapat feel nak pam susu. takpun SS akan bukak video babyzakwan or tengok gambar dier.


b) keletihan atau kurang tidur
- siapa yang cakap menjadi seorang ibu itu mudah. nak jadi ibu ni bukan senang tau..hanya wanita yang pernah menjadi ibu aje tahu betapa sukarnya menjadi ibu. Bayangkan kena bangun malam untuk menyusukan bayi / menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah…atau pernah terjadi dekat saya bayi meragam…sepanjang malam saya tak tidur…bila masuk subuh baru dia tidur..ohhh.sangat meletihkan..tp perkara ini tak boleh dijadikan alasan.seelok2nya bila bayi tidur, ibu pun digalakkan utk tidur supaya mendapat rehat yang secukupnya... sebab bila bayi jaga…kita kena beri perhatian pada mereka sepenuhnya…selain itu, system pencernaan juga akan terganggu jika ibu x cukup rehat.


 
c) kurang minum air – untuk orang biasa.. pengambilan air kena sekurang-kurangnya 2 liter (lebih kurang 8 gelas) tetapi ibu perlulah mengambil sekurang2nya 3 liter air sehari baru susu akan banyak. Percayalah!!!!!


d) Pengambilan pil perancang – pengambilan pil perancang akan turut menjejaskan pengeluaran susu ibu.sila dapatkan konsultasi dari Dr anda sebelum mengambil pil perancang jika anda menyusukan bayi anda.


Dalam pada itu juga, haruskah ibu-ibu mengambil supliment tambahan dan cukupkan nutrisi yang kita makan setiap hari cukup untuk disalurkan kepada bayi anda??? Jawapannya ialah WAJIB makan makanan tambahan sebab sekarang nie sebab dalam proses penghasilan sesuatu makanan , segala nutrisi dalam makanan tersebut dah hilang.Actually bukan ibu yang menyusu, malah orang biasa pun sebenarnya perlu ambik supliment tambahan bagi membekalkan nutrisi yang lengkap dalam tubuh badan kita.

Tapi yang pentingnya, uolls semua kena tahu, bukan bermaksud kalau kita makan supliment beribu-ribu ringgit dan makan makanan yang cukup khasiatnya tapi tak tahu cara mengendalikan proses pam susu, ia juga tak Nampak hasil...Apa yang penting, teknik mengepam adalah sangat PENTING...Macam SS sendiri, SS memang mengamaklan teknik mengepam dan juga mengurut. Tapi adakah dengan cara mengepam menggunakan mesin sangat bagus???.Sebenarnya tidak...Cara yang paling penting ialah mengepam menggunakan tangan yang dipanggil MEMET. Sebab bila kita pam pakai tangan memang segala urat sarat dan saluran susu akan berjalan lancer. Tak percaya, anda cuba dalam masa 3 or 1minggu dan anda sendiri akan Nampak hasilnya......

Pernah anda tengok gambar nie, inilah cara untuk memet menggunakan tangan anda, cara urutan yang perlu uolls cuba okay:




Dan pada masa yang sama SS juga mengamalkan pengambilan set susu daripada Shaklee iaitu :


Energizing Soy Protein (ESP) + Alfalfa Complex

Milkmaid Tea Organics (Nursing Tea)
 
 
 
Alhamdulillah sehingga sekarang, susu SS masih banyak dan tak putus lagi susu SS untuk Babyzakwan. Amin..amin dan amin...Bangga menjadi seorang breastfeeding mummy. Hope uolls semua dapat amalkan tips memperbanyakkan susu. Sebab bukan sebab penambahan susu itu bukan berasal dan berpunca daripada supliment yang kita makan. sebenarnya cara kita mengamalkan cara pengendalian payudara kita dan juga pemakanan. itu dan cukup baik untuk anda.
 
Hope entry kali nie banyak yang membantu anda.
Kepada yang ingin mencuba SET MILKBOOSTER SHAKLEE...boleh emailkan pertanyaan anda terus kepada SS di :
atau sms SS
019-5434377
 
 

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels