Monday, May 27, 2013

Perkembangan Janin : 31 Minggu


Assalammualaikum....

Salam Hari Isnin dan setiap hari Isnin merupakan hari terbaru perkembangan baby SS dalam perut nie..Sekarang nie Alhamdulillah SS dah pown masuk ke minggu ke-31. Pelbagai pengalaman dan juga ragam SS alami termasuklah sekarang nie merasai kesakitan pada bahagian pelvis SS. Ini semuanya akibat baby sedang membesar dan dia menolak bahagian pelvis SS. Pergerakan baby SS nie pown dah berkurang sebab ruang dier dah sempit..So rasa sikit sikit jer...Cuma sekarang nie tinggal lagi 5 minggu jer SS nak masuk ke alam 9 Bulan...Semoga semuanya dipermudahkan..Amin....Jom kita baca perkembangan anak SS nie...



Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Info : baby Center

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels