Monday, November 5, 2012

Waktu saya ada jadualnya...





Assalammualaikum semua,

Terima kasih sebab masih lagi ada yang sudi membaca belog saya walaupun sekarang nie jarang nak upload cerita-cerita seperti masa-masa yang lepas.Tapi sejak SS berkahwin nie, macam benda yang SS nak kongsi dengan semua pembaca belog SS. Sejak SS bergelar isteri nie, memang SS telah memberikan sepenuh tenga zahir ataupun batin untuk menguruskan 3 benda dalam 1 masa yang sama...
Nak uruskan kerja ( kerja tetap SS sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan) , menguruskan kerja-kerja rumah ( sebagai seorang isteri) dan yang paling penting ialah menguruskan butik pengantin SS ( sebagai pengurus besar )..Bayangkan 3 benda SS kena uruskan dalam 1 masa yang sama. Tapi adakah anda tahu mampu atau tidak SS uruskan seorang diri?? Dan pernah anda terfikir tentang benda nie??

TUGAS SEORANG PENJAWAT AWAM


  • SS berkerja sebagai penjawat awam since 2009
  • Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan.
  • Waktu Kerja : 8am - 5pm
  • Kerja : Setiap hari melayan pelanggan keluar masuk jabatan, panggilan dari pelanggan dan urusan lain.
Tapi masa waktu kerja, mana SS boleh buat benda yang lain....Mampus klu kena tangkap ngan boss..kantoi la...hehehhehe. So lepas balik SS kena uruskan pulak hal rumah tangga...


TUGAS SEBAGAI SEORANG ISTERI
  • Memasak
  • Mengemas
  • Basuh Baju
  • Sidai Baju
  • Lipat Baju
  • Dan kerja-kerja yanglain
Lepas balik kerja..SS kena rush balik rumah untuk siapkan juadah suami nak makan lepas dia balik rumah. Suami SS nie bukan suka sangat makan di luar. Dia lebih prefer makan di rumah..Rasa air tangan isteri. So penat atau tidak SS kena masak untuk suami dan kekadang tue lepas makan, SS terus tertidur sebab kepenatan....sebab tak ada ruang untuk SS nak berehat...

TUGAS SEBAGAI PENGURUS BESAR

Tugas yang mencabar adalah sebagai pengurus besar di butik The House Of Red Gincu yang ss usahakan sendiri. SS kena luangkan masa juga untuk baut deco, appointment dengan cust, uruskan pengantin punya tempahan dan pelbagai macam benda.Sampaikan waktu cuti SS memang SS utamakan customer SS dulu, sebab byrn dah dibuat takkan SS nak diam diri tak buat kerja.. So SS memang sangat penuh dengan jadual harian...kekadang lepas masak SS kena drive ke butik untuk appointment.Kadang-kala sampai rumah 12 tgh malam....penat sangat tapi ini pilihan SS..kena terima seadanya..

NAMUNNNN....

Masih ada pihak yang tidak dapat memahami situasi SS sedangkan SS dah beritahu sebelum ini, dan masih lagi ada yang sanggup nak lemparkan kata-kkata yang kurang menyenangkan..TAK BAIK TAU!!! memanglah SS buat 3 kerja dalam 1 masa. Tapi u`olls juga kena faham, SS buat kerja sebagai penguruskan butik bukan bermaksud SS kena duduk di kedai 24jam..365 hari tanpa henti...beroperasi selama 12am-12am setiap masa...SS kena ada masa untuk urusan keluarga, nak uruskan benda yang lain, nak uruskan hal-hal yang lain..Takkan SS kena berkepit atau kena stick dengan 1 orang sahaja!!! ...SS juga perlukan masa untuk beriadah...nak bersama suami, keluarga dan juga kengkawan...bukan SS berkerja sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal perkahwinan. Uolls juga kena faham...saya ada masa yang tertentu untuk semua pelanggan SS :

TEMUJANJI :
Untuk temujanji sila rujuk pada waktu dan hari yang telah ditetapkan :
Isnin - Jumaat : 6pm - 10pm
Sabtu - Ahad : 11am- 8pm

Online Operation hour :
Sms/call : Before 10pm everyday
Email : Everyday Before 12am

tapi kalau SS tak jawab call or sms, mungkin ada yang SS tak alert atau SS tengah sibuk uruskan benda yang lain. Tapi itu tak semestinya SS ignore u`olls..Ada juga kengkadang SS balas SMS or Email dari pelanggan lepas 3 hari..Sebab memang SS tak sempat nak belek Email.

Memang klu dalam Facebook ada yang nampak SS check in sana sini. Tapi anda tahu ke tujuan SS ke sana??Penah anda pk??...Pernah ada orang mengungkit SS yang dok pie sana-sini tapi bila call or sms tak jawab...!!!!

YES MEMANG BETUL...kekadang SS perlukan waktu PRIVACY SENDIRI...memang SS tak balas..tapi the next time SS pasti akan balas...tolongla faham juga...sedih bila ada orang dok cakap macam-macam pada SS. Jika anda berada di tempat SS, apa perasaan anda. Then bila jadi macam tue, bukan nak bertanya terus pada SS, ini nak bertanya pada orang yang tidak ada kena mengena dalam bisnes atau pun kehidupan SS. 

So hopefully lepas nie, jika ada benda yang pihak anda tidak suka tentang SS, datang terus, email, sms, atau call terus SS untuk bertanyakan. Dan SS boleh terangkan situasi.

Kenapa tak bolehkah SS nak p bershopping??nak bersenam??nak beriadah??nak tengok wayang??dan nak buat kerja-kerja yang lain??/

Fikirkan dan renungkanlah jika anda berada dalam kasut yang SS pakai sekarang...



With Luv,
~sue~

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels