Tuesday, August 14, 2012

SETEMKU



Salam ramadhan buat semua. ALhamdulillah kini kita dah berada di 10 terakhir Ramadhan Al-Mubarrak. Dalam sibuk membuat persiapan hari raya. sempat juga saya selitkan sikit persiapan majlis perkahwinan saya ini...Wow pejam celik dah tinggal 30 hari jer nak bergelar raja sehari...Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.
Okaylah this time saya nak share 1 pengalaman bersama B2B untuk membuat setem gambar sendiri. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tidak pernah tahu bahawa wujudnya perkhidmatan ini di POS MALAYSIA.So hari nie saya nak bongkarkan rahsia bersama anda. 

Semoga berjaya......just ikut pada step yang saya tunjukkan sahaja 

STEP 1 : 
Layari webpage www.posonline.com.my



Step 2 :
Kepada pengguna BARU, anda perlu mendaftar. tapi klu yang dah ada akaun terus LOGIN jer :)


STEP 3 :
Lepas dah LOGIN, pilih "PERSONALIZE STAMP" dibahagian kotak di sebelah kiri.


STEP 4 :
Pilih INDIVIDUAL ( Setemku) dan klik ORDER untuk meneruskan pembelian anda




STEP 5 :
Selepas itu, anda akan diminta untuk membuat pilihan design setem yang telah dimuatkan dalam permohonan ini.
Selesai...terus klik ORDER


STEP 6:
Lepas anda dah pilih design, anda perlu muat turun gambar yang anda ingin letakkan di setem tersebut.
KLIK kotak I agree > klik CHOOSE FILE > upload


STEP 7 :
Selesai upload, anda perlu CROP gambar ikut pilihan anda.
refer picture



STEP 8 :
Selesai gambar diupload, sample setem anda akan dipaparkan. Jika anda setuju > NEXT



STEP 9 :
Masukkan kuantiti setem anda. Secara automatik jumlah akan dipaparkan.

STEP 10 :
Diskrin ini, ia akan memaparkan butiran anda dan juga butiran permohonan setem anda.

STEP 11:
Klik pada pilihan penghantaran setem anda :
1. By Poslaju
2. By Pos Biasa



STEP 12:
Jumlah akan dipaparkan > klik PROCEED TO CHECKOUT




STEP 13 :
Disini, makluman pembayaran anda akan dipaparkan. Just follow jer...Then anda kena buat pilihan cara pembayaran anda. 



STEP 14 :
Selepas pembayaran selesai, slip dan juga transaction number akan dipaparkan kepada anda sebagai tanda anda telah berjaya membuat pembayaran.




So lepas bayaran telah diterima oleh pihak poslaju. secara automatik mereka akan proses setem anda. dan ini hasilnya :



Memanh ada yang akan cakap buang-buang duit jer...tapi hakikatnya ini adalah kenangan perkahwinan ada yang mungkin akan anda abadikan bersama nanti. Seriously memang rasa sangat teruja buat benda nie....So kepada B2B yang nak buat macam nie...bolehlah mencuba...

Bride To Be,
~sue~

3 comments:

  1. Bukan PosLaju terima bayaran, tapi Unit Setem & Philately, Pos Malaysia berhad.

    Apa2 pun, terima kasih di atas kreativiti & inisiatif utk mempromosikan produk kami iaitu SetemKu secara online di www.posonline.com.my.

    Team Filateli amat suka dengan iklan SetemKu Online ini di blog Cik...TQVM!

    ReplyDelete
  2. Untuk keterangan lanjut, layari:

    1. www.pos.com.my | www.posonline.com.my | www.postme.com.my
    2. Facebook : Philately.PosMalaysia
    3. Twitter : @PhilatelyPosMY
    4. Email : setemku@pos.com.my | filateli@pos.com.my

    ReplyDelete
  3. Selain tempahan secara online di www.posonline.com.my, pelanggan juga boleh membuat tempahan (walk-in) di 12 General Pos Offices di setiap negeri serta Pejabat Pos KLIA. Biasanya tempahan sebegini, para pelanggan akan mendapat tempahan mereka on-the-spot.

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels