Monday, August 20, 2012

Raya Penuh Makna


Assalammualaikum w.b.t

Khas buat semua pembaca belog saya ini, Masih lagi sempat untuk SS nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & BAtin buat semua pembaca, kengkawan, rakyat malaysia dan khususnya kepada mereka yang meraikan hari yang indah ini.

Syukur, tahun nie alhamdulillah tuhan panjangka umur SS untuk menyambut hari raya dengan penuh makna dan keinsafan. Isyaallah jika tuhan masih berikan peluang pada SS untuk menumpang didunia ini, insyaallah tahun depan SS dapat beraya sebagai isteri pulak.:)..aminnn

Sepanjang ramadhan tahun nie, Tuhan dah berikan pelbagai dugaan dan cabaran pada SS dan En.Tunang. Berkat doa dan harapan, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang kala kami hampir putus harapan untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang. Allah s.w.t telah berikan kekuatan pada kami khususnya pada SS untuk terima dengan hati yang tenang dan redha dengan segala ketentuan yang telah dikurniakan pada SS.

Alhamdulillah semua ok...

Kepada semua kengkawan, sahabat,pembaca, dan juga sesiapa yang ada membaca entry ini, SS sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, memohon segala kesilapan dan kesalahan yang SS lakukan terhadap anda semua. Mungkin ada yang sengaja dan ada yang tidak disengajakan..Ada yang termaki hamun, tercaci dan tercela, sakit hati atau keras hati terhadap segala perbuatan SS, ingin SS mohon ampun dan halalkan segala makan dan minum SS selama nie. Moga tahun nie memberikan seribu makna buat kita semua..

AMIN

Gambar : dipagi raya...sorry muka agak chom sebab baru habis beraya bersama En.Tunang..

Bride To Be,
~sue~

1 comment:

  1. assalamualaikum ,akak saya rita saya selalu baca blog akak.boleh saya tanya x ,lagu blog akak yang sebelum ni tajuk lagu dia apa? dan siapa penyanyi lagu tu .

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels