Thursday, April 25, 2019

6 Langkah Nak Elak Badan Berbau | Tips nak cantik





Hello Guys,

Hari nie kan aku tersangat tak sabaq nak guna jari jemari aku nie nak kongsi dengan ampa tentang tips nak jaga badan bagi sentiasa wangi dan tak berbau. Bukan apa wei, kita lani dah ada kat zaman nak masuk 2020. Tapi masih lagi ada insan insan yang tak reti nak jaga grooming.. Aku tak paham kenapa susah sangat depa nak spend duit gaji sikit beli barangan wajib. Macam baru baru nie aku ada duduk berdekatan dengan seseorang nie.. Tudia bau dia Ya Allah punya berdesing tu memang rasa nak muntah wei... Kita nak berurusan pun jadi tak selesa nak rasa bagi cepat ja.. Tapi adakah depa sendiri bau badan tu kita tak sure. So hari nie hope entry kali nie ada yang sudi nak share. 

6 Langkah Nak Elak Badan Berbau



DEODARANT

Deodarant nie antara perkara paling WAJIB diamalkan oleh semua tak kira lelaki mahupun perempuan. Kalau tak pakai mungkin ialah punca badan berbau. Tapi sebelum nak pakai ampa kena kenal dulu badan ampa sama ada sesuai nak pakai jenis. Sebabnya Deodarant nie ada 5 jenis iaitu :
  1. DEODARAN AERODSOL - Boleh katakan ini jenis Spray yang ada keluarkan macam semburan warna putih.
  2. DEODARAN ROLL ON - Sering kita jumpa dipasaran, ampa yang ada bau badna yang kuat boleh try guna yang nie sebab cecair tu ia ada juga bertujuan nak tutupkan bau badan. Tapi ada jugak yang tak berapa sesuai.
  3. DEODARAN INVISIBLE - Jenis yang tak tinggalkan kotoran pada baju, sambil mengelakkan bau badan.
  4. DEODARAN SOLID - yang nie jenis macam stick dan kadang kala kita pakai ia akan ada bau sikit dan boleh buatkan baju anda bertukar warna kekuningan dibahagian ketiak..auueewwww malu weii
  5. TISU BASAH DEODARAN - Yang nie mungkin jarang kita dengar dan pakai, deodaran jenis nie selalunya digunakan masa travel ja, sekali pakai dan buang... So uolls tak payah nak usung botol botol deodaran kan...senang




 SHOWEL GEL
YESSSSSSS ini antara benda paling wajib sebab nak membersihkan badan kita yang busuk seharian berpeluh. nak pilih jenis apa terpulang pada ampa tapi selalunya shower gel nie ada macam macam jenis  dan paling bagus ampa boleh pilih untuk lembutkan kulit..So lepas mandi tu kulit ampa lembut dan tak kering...Aku memang suka pakai brand Johnson Baby yang milk n rice..sebab bau baby sangat dan kulit pun halus....Macam Lifebouy aku tak boleh pakai sebab nanti badan berbau balik..so kekadang betul orang cakap.Kita kena test n error baru tau mana yang sesuai..


SPAN @ BERUS BADAN
Rasanya tak ramai yang memilih untuk menggunakan Span / Berus badan untuk mencuci daki kat badan. Ikutkan ada juga yang cakap tak elok pakai sebab nanti badan rosak, bercalar lah bagai. But for me sendiri, kena pakai sebab span nie lah yang akan bantu nak cuci kotoran yang ada pada badan kita. Kalau kita pakai tangan ja cam mana kotoran tu nak hilang dengan betoi..Tapak tangan dah licin, badan dah licin mana nak hilang..Sebab tu adanya berus badan nie...Kalau sebelum nie ampa tak guna, start sekarang gunakan ia sebaik mungkin okay...Baru ampa akan rasa kelainan lepas guna




BODY SCRUB

 Yang nie paling penting yang ampa kena rajin buat. SCRUB badan ampa. Tak kisah sama ada hampa nak bazir duit buat kat spa atau buat sendri kat rumah. Selalunya klu buat kat SPA rasa lebih seronoklah kan...kita bleh relax dan depa akan scrub 1 badan semua. But kalau dirumah kita boleh scrub a few parts ja..Yang pasti buatlah scrub at least seminggu 2 kali ja.. Sebab apa ?? Scrub nie dia bantu untuk buang segala sel sel kulit mati pada badan, bila sel sel tu dah buang baru rasa kulit kita lebih lembut dan gebu. Tak percaya ampa buat sendiri dan rasai... sekarang nie dah ada macam macam jenis Body Scrub yang ada.. Ampa pilih ja ikut jenis dan bajet ampa....




BODY SPRAY
Ini kira optional, nak guna atau tak. Klu nak pakai pun bagus sebab dia bantu mengekalkan bau badan anda.So klu busuk atau berpeluh dia bantu untuk kontra kan balik bau tu. Nak pilih brand apa..terpulang dan selalunya body spray nie digunakan selepas mandi...:) 

\


DETOX
Dan paling last ialah DETOX badan ampa....Detox nie sangat sangat wajib okay...sebab ia bantu untuk singkirkan Toksin dalam badan. KAdang kala berpeluh pun memang detox tapi tak semua akan disingkirkan. So dengan cara pengambilan makanan untuk fungsi detox atau  hampa ada amalkan pengambilan supliment ia juga membantu untuk singkirkan toksin.Bila badan dan kurang toksin badan pun tak bau...Untuk shaklee uoolls boleh pilih SET DETOX BAJET ATAU JENIS CINCH TEA....mudahkan




dan yang terakhir jangan lupa BERCUKUR




Entry nie taklah menarik pun tapi sekarang nak berkongsi info yang mungkin tak semua orang tahu...bukan sahaja untuk wanita yer tapi untuk lelaki pun kena jugak jaga tau. Penampilan itu penting baru orang rasa selesa nak bersama kita. Walaupun muka tak handsome / cantik tapi bau badan tak ada...Tapi kalau muka elok tapi bau badan tu keng..ermmm ko hadap lah sendiri macam mana nanti kena bahan..Malu beb...
So jangan lupa amalkan...Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels