Friday, March 22, 2019

My Garlic Crispy by Makcik Bawang Hebat


Hello guys,

Topik belog kali nie nak share dan nak memperkenalkan produk homemade aku sendiri. So lets go and read it :) enjoy and have fun okay





Macam manalah aku boleh tergerak hati nak buat jual bawang putih goreng nie. Dok tak dok tetiba ada produk sendiri. Homemade produk yang mampu bantu aku jana pendapatan harian. Ya allah memang aku tak sangka dan aku bersyukur sebab Allah selalu bagi aku kekuatan dan kesabaran yang luar biasa dan idea yang tak sangka aku sendiri mampu buat. Cerita dia lagu nie, ada 1 hari tu masa dok sembang sembang ngan budak opis, dia nie dah sarat nak bersalin tetiba terkeluak cerita pasai menu berpantang. Pehtu dia lah yang cerita dia goreng bawang putih 1 balang nak makan masa dalam pantang..sedap katanya dan dia lah kata kak sue trylah buat dan jual mana tau laku...


So daripada situlah aku pun mengoogle dan mencari idea dan mencari tips dan sebagainya. Lepas 1 ke 2 minggu cam tu tak silap..aku try buat dan hiris guna tangan...seirousss tebai dan pahit..aku jual dalam balang kecik rm5 ja...ada yang kata sedap tapi ada yang kata tak berapa urmm... Kira dah macam macam cara buat utk dapatkan hasil bawang putih yang sedap tu...nak dapat kehalusan bawang tu...cara nak goreng bagi sedap..sampaiLAH akhirnya jumpa dah formula dia...maka terhasillah produk sendiri iaitu




MY GARLIC CRISPY BY MAKCIK BAWANG HEBAT


Mana datangnya idea nama My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT nie???

Mulanya tercari cari juga nama produk yang cam unik dan menarik.Konon bila orang dengar pun can wow..punya cari dok cari macam macam idea yang dok mai..ada yang suruh letak nama draculascary lah..apalah..bawangputih bawang merah lah..dalam 1 minggu jugaklah nak cari nama sebelum terhasilnya nama dan sticker nie.. Last Last dok teringat pasai makcik makcik bawang yang hebat dok membawang tu yang boleh terkeluak teroi nama MYGARLIC By MAKCIKBAWANG HEBAT. Alhamdulillah makin hari makin ramai yang dah kenal dan cuba produk nie...




Apa keunikan My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT nie???

Kalau nak diikutkan dan based pada testimonial customer-customer yang cuba garlic nie. Rata rata kata sedap dan unik sebabnya kebanyakkan yang pernah depa beli memang rasa kelat dan tebai..Tapi dengan My GArlic By MAKCIKBAWANG HEBAT memang rasanya sangat krup krup uollsss....sangat nipis dan boleh makan macam keropok ja...sedap....tak rasa kelat pun..Memang sedap tambahan produk yang saya buat nie didatangi dengan 6 jenis perisa iaitu:



  1. ORI WEH ---- pastikan yang original..asli tanpa sebarang campuran
  2. BBQ --- Yang suka BBQ ini pilihan yang wajib uolls try dan ini selalu hot selling
  3. CURRY MANEH --- orang penang kalau tak dak kari memang tak sah.So yang nie adalah kombinasi daun kari bersama bahan bahan special...
  4. KEJU GEBU ----- untuk peminat cheeseee ini mungkin pilihan ampa...sebab saya pun suka cheese
  5. HALIA ELOQ ---- yang nie mix bersama hirisan halia dan lada hitam, sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah angin badan..sekali makan memang pergghhh kentut kuat.
  6. CABAI PEDAIH --- bagi yang memang suka pedaih memang saya rekemen untuk try perisa nie..terbakaq lidah....pergghhh berapi tuuuu



Insyaallah akan datang pelbagai lagi perisa yang bakal saya keluarkan seperti perisa : tomyam | ayam | superrings | ladahitam  dan sebagainya...Tapi kena tengok pada marketing macam mana nak buat...staff kena ramai baru laju production uollss..sebab sekarang nie saya sorang yang buat memang limited time dan stock sikit.



Insyaallah saya akan cuba pasarkan ke pasaran luar.Doakan produk saya nie menjadi pilihan hati ramai...giteww....So jangan lupa untuk support bisnes saya nie...dan paling penting jangan lupa untuk follow OFFICIAL PAGE


FACEBOOK : mygarliccrispy
INSTAGRAM : mygarliccrispy

atau ampa boleh follow hashtaq

#mygarliccrispybymakcikbawanghebat







No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels