Wednesday, March 27, 2019

Jom Keraskan Sisa Minyak dengan Cooking Oil Harder



Hello guys :)

Pernah tak ampa mengalami masalah nak buang sisa minyak selepas memasak?? Dok fikiaq cam man anak buang baki minyak yang tak pakai dah?? nak buang dalam singki tu dok pikiaq satg tersumbat jenuh nak cari plumber...Pehtu yang duduk kat flat lagilah jenuh nak pikiaq cma mana nak buat. Betul kan. Actually masalah nie aku sendiri alami sejak dok membawang nie kan. kekadang hampir 1 bekas minyak aku tuang ja dalam plastik bungkus berlapis lapis dan buang..Tapi kekadang tu bila dah tersilap packing tercucuk plastik tu habis meleleh minyak. Tak ka jenuh kan. Or tuang dalam mangkuk tandas dan flush!!! weiii takkan merosakkan saluran ???

Tapi sekarang tak lagi. Mungkin ada yang tak pernah tau tentang wujudnya COOKING OIL HARDER nie!!! Ia bertujuan untuk mengeraskan saki baki minyak tu dan memudahkan proses pembuangan minyak yang tak pakai tu... so mungkin info nie berguna..jom tengok okay:


COOKING OIL HARDER nie ampa boleh dapatkan di DAISO. Tapi rasanya tak semua cawangan Daiso ada jual. Macam kat Daiso Gurney,Penang memang tak ada. Tapi kalau di Queensbay ada jual dengan harga hanya RM5.90 1 kotak. Dalam ada 5 mini pek yang ampa boleh gunakan sebanyak 5 kali. ni antara jenis Cooking Oil Harder. Ada macam macam jenis sebenarnya tapi jangan risau semuanya fungsi yang sama....






BAGAIMANA NAK GUNAKAN COOKING OIL HARDER??

  1. Bagi minyak yang dah sejuk, sila pastikan minyak itu dipanaskan dalam 180`C
  2. Bila minyak dah panas , masukkan 1 Mini Pek Cooking Oil Harder ke dalam minyak tersebut dan kacau sehingga serbuk itu larut.
  3. Setelah larut biarkan minyak tersebut sejuk dan ia akan mengeras dengan sendirinya



inilah mini serbuk Cooking Oil Harder

Di depan kotak pun ada mention cara nak gunakan. Tapi in bahasa Jepun...

Jangam rasa pelik macam aku rasa kenapa dia tak keras pun??? rupanya kena tunggu minyak tu sejuk dulu



Setelah dibiarkan semalaman, inilah hasilnya, minyak dah keras dan memudahkan kita nak cuci periuk/kuali selepas memasak. Nak membuang sisa minyak pun senang ja... 






TAPI INGAT!!!!
.
.
.
.
.

Minyak yang dah dikeraskan TAK BOLEH DIGUNAKAN TAU



Selamat Mencuba semua

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels