Monday, March 18, 2019

Im Officially as SINGLE MOTHER | Madam Surianie Samsudin




Assalammualaikum Hye :)

Bukan mudah untuk saya nak kongsikan dengan semua orang akan apa yang sebenarnya berlaku sebelum nie. Saya cuba mencari kekuatan untuk habaq kat orang tentang apa yang sebenarnya berlaku. Bukan senang ampa tau tak..Nak terima kenyataan. Alhamdulillah dah 4 bulan pun dan baru Saya rasa lebih confident bila nak habaq kat orang...kumpul kekuatan orang cakap..

Bismillahhirrahmannirrahim......
Hari nie 9 April 2019 genap 4 bulan tarikh saya bercerai dengan bekas suami. Kini saya bergelar janda a.k.a ibu tunggal. Ya 1 gelaran yang orang cakap sangat mencabar weii...Tapi saya lebih selesa dengan panggilan IBU TUNGGAL.... Fuuhhh memang sangat mencabar. Kita tak minta semua nie tapi jika ini dah ketentuannya....saya redha dan terima atas apa yang berlaku dan saya sedar bahawa perkahwinan kami ini hanya mampu bertahan pada tempoh 6 tahun ...Bulan 1 angka yang mudah...
Saya dah tak mampu nak tipu diri sendiri untuk paksa diri saya untuk menyintai dan menyayangi lelaki yang telah buatkan saya TAWAR HATI..Saya perlu hargai diri sendiri dan jaga hati sendiri Bukan semata-mata nak jaga hati orang lain. Lepas tu diri kita nie rasa stuck tak tau nak buat apa.

Actually kami bercerai adalah pada tanggal 9 Januari 2019 iaitu tarikh besday saya. Mungkin ada yang follow status saya di FB dan wassap nampak yang saya ada buat count down besday....Sebabnya inilah wei...tarikh naik mahkamah untuk proses bercerai. Mungkin Allah dah tentukan semuanya tarikh tu adalah tarikh untuk kami mulakan kehidupan yang baru. yess setelah sekian lama saya fikirkan perkara nie. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan daripada proses memfail kes penceraian tu. Perjalanan sehingga tibanya tarikh 9 Januari 2019 tu memang indah belaka. memanglah rasa stress tu sentiasa ada. rasa sedih tapi semua tu saya jadikan sebagai sebuah kekuatan untuk saya terima yang ini adalah keputusan terakhir untu hubungan kami.



KENAPA PILIH UNTUK BERCERAI???
PENCERAIAN ADALAH PILIHAN TERAKHIR JIKA SESEBUAH HUBUNGAN TU DAH TAK JUMPA JALAN PENYELESAIANNYA!!

tak pikiaq pasai anak anak ka??? depa masih kecik??? hang tak kesian kat depa ka?? YESS SOALAN PUAKA NIE SEMUA DOK MAI MASUK DALAM KEPALA OTAK tiap kali saya habaq kami nak berpisah... gila wei sapa tak pikiaq pasai anak. Tapi bagi aku sendiri ini adalah pilihan terbaik untuk kami....bukan senang tau nak buat keputusan nie.Keputusan yang akan mengecewakan atau menggembirakan banyak pihak....Keputusan untuk aku mohon cerai nie bukanlah baru 2-3 bulan tapi bertahun lamanya..Setelah aku fikir masak masak demi masa depan aku dan anak anak...
Of cause aku takkan buka AIB bekas suami . Biaqlah punca penceraian nie hanya kami ( family members or rakan terdekat) ja yang tahu. Benda dah lepas takkan kita nak hebohkan. Demi kebahagian, dan kegembiraan aku dan anak-anak , aku buat keputusan yang mungkin mengejutkan ramai pihak terutama kenalan dan jugak ahli keluarga. Kenapa pilih cara macam nie?? Hanya Allah tahu apa yang saya rasa for the past 6 years.


KENAPA NAMPAK CAM HAPPY JA.?? TAK NAMPAK CAM ADA MASALAH???

Betoi, aku memang tak tunjukkan realitinya apa perasaan aku kat media sosial. Tapi for those yang betoi betoi kenal dan tahu kisah aku akan tahu betapa DOWN nya aku masa kami dalam proses tersebut. Hari hari menangis, hari hari gelisah dan fikir adakah ini keputusan muktamat yang aku buat nie. Tapi dalam media sosial , aku happy ja...selfie sana sini..aktifkan diri sebab aku tak mau sedih. Bila sedih kita akan hilang mood wei. nanti urusan apapun kita tak boleh nak buat. So aku kena kuatkan diri demi anak anak. Sebab tu nampak aku macam tak ada masalah. Aku counter balik semua perasaan tu. 1 tahun aku prepare diri saya untuk buat keputusan nie. Bukan 1 jangka masa yang singkat. Lama tu...aku prepare dari segi mental dan fizikal. DAn yess akhirnya aku berjaya....
GOOD JOB SURIANIE!!! U MADE IT!!!!!



MULAKAN KEHIDUPAN BARU

Ya betul, sekarang nie aku dalam proses untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa lelaki yang bernama "SUAMI". sebab menjadi seorang "Single Mother" nie memang banyak dugaan dan cabaran yang aku kena hadapi. Mental dan fizikal kena kuat sebab sekarang nie akulah Ibu dan akulah abah buat anak anak aku. Insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan aku. Mungkin diawal fasa menjadi seorang S/M nie sangat payah tapi aku mohon doa semua kawan kawan untuk jangan berhenti doakan aku dan anak-anak. We Do Need Your Support....


Yeahhh Im freeeee nowwwwwww

Dia sekarang dah faham keadaan ibu....Sekarang nie dia always ada dengan ibu....

Dia masih belum tahu apa yang berlaku...


So hopefully entry belog kali nie dah menjawab segala pertanyaan ampa semua kenapa lately nampak post saya kat Fb cam senduuu ja....So inilah punca utamanya.. Tapi nampak cam tak ada apa yang berlaku kan..sebab aku be more profesional lah...takkan kita nak meroyan sebab bercerai kan...buat semua kawan kawan...Terima kasih sebab selalu doakan dan selalu support saya...i love you guys so much

3 comments:

  1. Semoga madam sentiasa menjadi seorang wanita & ibu yg kuat.

    ReplyDelete
  2. Bertabahlah.. Lelaki ni egonya tinggi.. Jika dah xmampu bertahan,berpisahlah walaupun pahit namun akan ada sinar pelangi selepas hujan.. Inshaa Allah.. Akan baik² saja..

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels