Thursday, March 28, 2019

Ibu tunggal adalah seorang yang hebat



Assalammualiakum semua ,

 Topik kali nie agak berat sikitlah. Biasalah bila sendiri dah alami baru saya berani nak share dan kongsikan apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi kepada mereka yang bergelar IBU TUNGGAL ....Gelaran ibu tunggal seringkali dianggap sebagai sesuatu yang negatif dalam masyarakat kita. Sedangkan, jika kita cuba menyelami keadaan mereka, ia adalah begitu sukar dan perit.TAK SEMUA MASYARAKAT AKAN FAHAM AKAN KEHIDUPAN SEORANG IBU TUNGGAL. Keadaannya sama sekali berbeza dengan mereka yang berpeluang membesarkan anak dengan bantuan pasangan. Bila dah jadi ibu tunggal nie , semua benda akan jadi double..So memang kena kuat mental dan fizikal. Cuba kita selami mereka dan anda akan rasainya..

Ini antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka.

7 CABARAN HEBAT MEMBESARKAN ANAK SEBAGAI IBU TUNGGAL




1. KEWANGAN YANG TERHAD

Antara cabaran yang paling merunsingkan ibu-ibu tunggal adalah had kewangan yang dahulunya ditanggung berdua. Bukan mahu menagih simpati, namun kini kesusahan benar-benar terasa apabila segalanya perlu diuruskan seorang diri. Walaupun masih ada keluarga, siapalah kita yang ingin mengharapkan bantuan dan pertolongan. Apatah lagi dengan masa yang terhad, sudah tentu seorang ibu tunggal terpaksa bersengkang mata dan menahan diri daripada segala alasan demi menanggung segala perbelanjaan harian. Kadang kala terpaksa buat 2 3 kerja dengan niat nak jana pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian. 



2. KURANG MASA UNTUK DIRI SENDIRI

Menjadi seorang ibu saja sudah memberi banyak halangan bagi seseorang wanita untuk mempunyai masa bagi diri sendiri. Dengan menggalas gelaran seorang ibu tunggal, terlalu banyak tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan sehingga mereka tidak berkesempatan untuk bersosial dengan rakan-rakan, apatah lagi dengan seseorang yang istimewa.  Kebanyakan masa, rasa bersalah pasti akan membuat ibu-ibu ini rasa terhimpit antara kemahuan dan keperluan. Sebab itu kadang kala ibu tunggal nie mudah tergolong dalam golongan mudah mengalami kemurungan sebab dalam kepala otak dia nak fikirkan pelbagai perkara. 



3. TANGGAPAN MASYARAKAT
Entah kenapa, tanggapan masyarakat umumnya lebih baik terhadap duda berbanding janda. Janda sering dilabel dengan gelaran negatif seperti sebagai ‘perampas’ atau ‘perosak rumah tangga’. Namun hakikatnya, semua ini adalah stigma semata-mata. Jadi, janganlah kita mudah membuat tanggapan terhadap seseorang tanpa usul periksa. Tapi ampa selami dan cuba berada didalam kasur yang depa pakai tu. Baru ampa akan tau dan rasa cam mana yang depa rasa. 


4. MENGHADAPI PERTANYAAN & PERSOALAN ANAK YANG SEMAKIN BESAR

Apabila anak semakin besar, semakin banyak soalan yang akan ditanya, semakin banyak jugalah ragam mereka. Mereka pasti akan bertanyakan tentang masa lalu atau perkara yang berkaitan perpisahan ibu ayah. Sedikit sebanyak, ia akan sentiasa mengembalikan rasa kesal dan bersalah terhadap anak. Bila berjumpa dengan orang baru, anak pasti akan berasa kekok apabila ditanya tentang bapa mereka. Kalau boleh, ingin sekali kita menjadi pelindung mereka. Tetapi, inilah dunia sebenar yang bakal mereka hadapi sendiri suatu hari nanti. Abang zarif dah besar, Yesss dia akan bertanya kenapa abah tak duduk sekali, kenapa abah duduk jauh, abang ada abah sorang ja, ada ibu sorang ja...So inilah time yang kadangkala kita as ibu memang susah nak manage dan main peranan nak explnd kat depa apa yang sebenarnya berlaku. Tapi insyaallah in time mereka sendiri akan faham. Even zarif sekarang pun tau yang ibu dan abah dia bergaduh dan tak duduk sekali. Dia mula memahami keadaan ini. 


RASA SUNYI

Sungguhpun kebanyakan masa diisi dengan kesibukan, ada ketika kesunyian akan hadir dan memenuhi ruang fikiran. Rasa rindu untuk berbual dengan orang dewasa. Rasa rindu untuk meluahkan perasaan. Rasa rindu untuk sebuah pelukan. Semua ini adalah sokongan emosi yang diperlukan oleh seseorang yang normal.  Apabila anak semakin dewasa, akan tiba masanya mereka akan punya agenda sendiri. Mereka akan kurang bersama kita dan sekali lagi ruang kosong akan terisi dengan kesepian yang sukar dikongsikan. Memang tak dinafikan, wanita memang memerlukan pasangan. Seperti mana HAWA memerlukan ADAM.. Tipulah kalau seorang ibu tunggal tu boleh go on dengan live dia seorang diri. Deep inside yes dia akan melalui 1 fasa ingin memiliki dan disayangi cuma kena tahan dan kuat..Sebab pandangan orang tak sama. Depa akan imagine yang Ibu tunggal nie perempuan murahan, Senang senang hati nak bertukar pasangan. Tapi hakikatnya kesunyian itu akan terpadam bila diisi dengan pasangan yang betul2 memahami mereka.

TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SUKAR

Begitu banyak keputusan yang perlu dibuat walaupun kita tak tahu betul salahnya. Kita sendiri sangsi dengan pertimbangan diri sendiri. Kita sendiri tak pasti sama ada kita kuat untuk menghadapi semua ini. Itulah pergelutan yang selalu berlaku apabila menjadi seorang ibu tunggal. KAdang kala ada yang perlu kita bertanya pada rakan, keluarga untuk dapatkan pandangan. Tapi kadang kala keputusan itu kita kena buat sendiri. So bayangkanlah jika keputusan tu salah.... macam mana??? sebab itu ibu tunggal nie sangat berat peranan dia....dan tak mudah untuk dilalui...


SELALU RASA ‘TAK CUKUP BAIK’

Akhir sekali, walau seberapa banyak usaha yang kita telah kerahkan dalam membesarkan anak, sebagai seorang ibu tunggal, ianya terasa seperti tak pernah cukup. Rasa cenderung menyalahkan diri jika sesuatu yang dirancang tidak berjalan lancar. Sekalipun sentiasa memujuk diri agar tidak membandingkan diri dengan orang lain, dah tentu tak senang duduk apabila melihat anak sendiri kekurangan kasih sayang dan belaian seorang ayah.

SESUKAR MANA PUN, ANAK ADALAH SUMBER KEKUATAN
Tidak kiralah sama ada kita terpaksa berjauhan dengan pasangan akibat penceraian atau, duduk berasingan atas sebab-sebab yang tertentu, atau mempunyai pasangan yang kerap outstation – seseorang yang dipertanggungjawabkan membesarkan anak tanpa pasangan di sisi pasti akan merasakan cabaran demi cabaran dalam hidup, terutamanya dalam hal membesarkan anak. Namun sesukar manapun, anak-anak inilah yang bakal menjadi kekuatan kepada para ibu mahupun bapa tunggal di luar sana. Respek buat mereka! dan sekarang nie saya sendiri melalui FASA pertama menjadi seorang IBU TUNGGAL. Memang tak dinafikan ada masanya kita happy dan ada kalanya kita akan rasa terlalu letih dan give up.. Tapi yang penting bila tengok muka anak anak..Kita akan dapat 1 kekuatan yang lain dari lain. Kekuatan untuk kita kuat berdiri demi anak anak.


Love,
Ibu









No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels