Wednesday, December 7, 2016

3 Fakta Tentang Ibu bersalin Czer


Entah kenapa secara tiba tiba SS teringin sangat nak google cerita tentang bersalin secara pembedahan atau orang panggil czer....So bila terbaca beberapa entry..SS nak kongsi 1 entry yang memang sangat terasa ketika SS sendiri merasai 2 kali perasaan bersalin secara operation. So hari nie SS nak kongsi jugalah entry nie..Mungkin ada yang tertanya tanya....

3 FAKTA PENTING UNTUK IBU YANG BERSALIN SECARA CZER


Fakta 1:
 Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang berani

Tahu kenapa saya katakan demikian, ini adalah kerana saat si ibu ditolak ke bilik pembedahan, ibu akan berseorangan jarang sekali kita lihat suami boleh temankan isteri mereka di ruang pembedahan.
Masa epidural diberikan kepada si ibu, mereka berseorangan dan hanya bertemankan doktor serta jururawat(mungkin masa ni yang kita dengar suara doktor atau jururawat je).
Si ibu hanya berbaring di meja pembedahan, dan di saat ini dengan rasa sayang yang sangat kuat kepada bayinya si ibu membiarkan sahaja apa yang terbaik untuk mereka. Walaupun hakikatnya yang terbaik ini akan meninggalkan luka pembedahan serta parut sepanjang hayatnya.
Jika anda belum melalui pengalaman melahirkan anak secara pembedahan. Cuba bayangkan anda di tempat mereka, baring diatas meja pembedahan tersebut, tunggu dan mungkin dalam ketakutan. Mesti anda akan setuju dengan kata-kata saya ini yang ibu melahirkan baby secara czer ini seorang yang sangat berani.

Fakta 2:
 Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang kuat 
Kalau tanya kepada ibu-ibu yang hamil tak banyak yang akan pilih untuk melahirkan anak secara pembedahan ni. Cesarean merupakan pilihan yang terbaik sekiranya terjadi komplikasi sama ada kepada si ibu atau kepada anak dalam kandungan mereka.
Ada juga ibu-ibu czer ini hanya mempunyai beberapa minggu untuk siapkan diri bila rancangan mereka untuk bersalin secara normal tiba-tiba berubah. Pilihan yang ada bersalin secara czer dan mereka tidak tahu berapa lama mereka harus tunggu selepas kelahiran sebelum mereka dapat mendukung anak mereka.
Biasalah, kita manusia kadang-kadang tak boleh terima perubahan secara tiba-tiba ni kan. Tapi cuba bayangkan bagaimana ibu-ibu yang melalui perubahan ini secara tiba-tiba.Dengan keberanian yang sukar digambarkan, ibu-ibu ini kuat ini memasuki ruang pembedahan dan lahirkan bayi mereka.
Dan kemudian pembedahan sebenar pun berlaku di bilik bedah. Perut dibedah kemudian dijahit semula untuk menutupnya. Pemulihan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan.
Secara emosi dan fizikal , wanita-wanita ini sememangnya orang yang kuat. kekuatan ini bukan sahaja pada hari pembedahan ; kekuatan ini akan terus bertahan hingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu, badan dan jiwa mereka akan pulih sepenuhnya, mungkin mereka akan mula membina impian untuk menimang cahayamata lagi.

Fakta 3: 
Ibu yang bersalin secara czer merupakan seorang yang cantik
Menjadi seorang ibu pasti akan meninggalkan parut pada kita . Sesetengah mereka mungkin secara emosi dan ada juga secara fizikal . Namun ibu yang bersalin secara czer ini biasanya akan dapat kedua-duanya. Namun parut mereka adalah tanda dari kekuatan dan keberanian yang mereka miliki apabila mereka melahirkan anak . Parut ini adalah pintu yang membawa anak mereka ke dunia ini.
Saya agak kagum dengan perbezaan parut ini dari segi tekstur, panjang dan tempat bedah. Setiap parut memilik cerita yang tersendiri. Saya terpesona dengan bagaimana parut ini berubah dari masa ke semasa , bagaimana parut ini akan pudar. Parut ini adalah tanda pengorbanan seorang ibu, ianya sesuatu yang indah dan cantik. Daripada mereka menyembunyikan parut ini dengan rasa malu, kita perlu galakkan mereka untuk rasa yakin dengan parut mereka kerana itu adalah tanda kekuatan dan keberanian yang tak terhingga untuk lahirkan bayi mereka.

Tak kiralah bersalin normal atau secara pembedahan pasti ada kisah yang tersendiri. Hargailah ibu anda ye, jumpa lagi di lain artikel.
Terima kasih buat : Sumber artikel sebab buat artikel yang best nie..simple tapi menarik..
Yang penting SS antara jutaan ibu ibu yang bersalin secara czer...

Inilah 2 permata yang SS lahirkan kedunia ini secara CZER,,,,pengalaman yang tidak dapat dilupakan.....

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan | 5 tahun sudah

14 September 2017 - Setiap tahun hari nie memang aku akan kenang dan akan ingat tarikh bersejarah dalam hidup aku sampai bila bila. Tak k...

My Blog Labels

2nd pregnancy (7) agent shaklee (2) Aktiviti Jabatan (2) Alfalfa Complex (6) all about baby (1) Anniversary (2) Announcement (3) ANUGERAH APC (1) artis (2) Azam Tahun Baru (1) b complex (2) Baby (7) BabyZakwan (14) back2back (1) Barang Baby (7) Barangan Shaklee (1) basic h (2) Belog Orang (1) Berita (2) berpantang (3) borang kahwin (1) breastfeed (4) breastfeeding (1) Bride To Be (2) Busan Sanding (1) busana For Rent (1) Busana nikah (1) Businesssaya (1) butikbest (1) celoteh (1) Cerita Cinta (6) cerita opis (1) Cerita Sepanjang Tahun (2) Cerita Shaklee (3) cinchshake (2) cinchtea (1) Cinta (4) collegen Powder (1) Contest (4) Cream Ajaib (1) Creative Large Computer Desk Pad Mat by madamsurianie (1) cuci usus (1) Dairi Tahunan Saya (1) Deco (5) decorumahsaya (2) Demam Denggi (1) detox (1) Dish Wash (1) DIY by MadamSurianie (2) Doa Harian (2) donation (1) drama (1) DTX Complex (1) ESP Shaklee (6) facebook (3) Familyday (4) fashion (5) Fesyen (2) Filem Animasi (1) For Sale (1) gadget (2) garlic complex (2) getcleanshaklee (3) Goodies (1) gubahan Hantaran (1) hadiah (1) Hari ini Salam Sejarah (1) hari raya story (5) henna (1) herb-lax (3) Herbal Blend Cream Shaklee (1) Hitung Hari (1) HIV test (1) hobi (1) homeSPA (1) honeymoon (6) hot story (1) Hukum Dalam Islam (1) Ibu Mengandung (34) Jana Pendapatan (1) JomCantikByCiksue (1) kad kahwin (1) Karaoke (13) Kecantikan (4) kehamilan (7) kehidupan seorang isteri (14) KeluargaBaru (1) Kenduri Kendara (2) Kesihatan (6) Kisah Shaklee Saya (1) Kongsi Cerita (43) krisis pemulihan (1) Kucing saya (12) lecithin (2) Lepas Kawin (1) Lokasi Dewan (1) Luahan Perasaan (4) Majalah (1) Majlis Berendoi (2) Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam (6) Majlis Resepsi (9) makan - makan (9) Make up (3) Make up Nikah (2) Make up Resepsi (1) Malam Berinai (1) MasakmasakSurianie (1) Mealshake Shaklee (1) Meja Santapan Diraja (1) Mencari Sejuta Chenta (1) menu berpantang (1) MH17 (1) milkbooster (1) Mothercare (1) MuhammadZarifZakwan (15) muhammadzillqayyim (9) My Baby Video (1) my Besday (9) My New Baby (35) My photographer (5) My self (1) My Shop (3) My Sister Wedding Jumie n Khafi (3) My Wedding Day (11) My Wedding VIP (1) myweddinganniversary (2) nutriferon (1) Officemate (1) omegaguard (1) Ostematrix (1) Panggung Wayang Anda (1) pedicure (1) Pekerjaan Saya (3) Pelamin Istana Kayangan (1) Pelik Tetapi Benar (1) Pembuka bicara (2) Pengalaman Interview bersama Tok Kadi (1) Pengalaman Kawin (2) pengumuman (14) Perayaan (1) Percutian (4) Performance® Natural Orange (1) perkahwinan (1) Perppermint Ginger Plus (1) Pesanan (1) Petua Dari Sue (3) Photoshoot (8) Phytocol-ST (1) Pre-loved Item (1) prenatal shaklee (1) prewedding (1) produk Shaklee (2) questbook (2) Rahsia Personaliti Diri (5) Raikan SiKecil (1) Resipi Dapur (5) resipi esp (2) resipi saya (2) Review Majlis Pertunangan Surianie dan Rozainizam (1) Reviewbymadamsurianie (1) Saya Nak Kawin (3) Saya Suka Apa (1) SAYAPRIHATIN (1) Selamat Hari Ibu (1) selfiedengananak (2) Senarai Hantaran (2) Set Ibu Hamil 1st Trimester (1) set kulit shaklee (3) Set Penyusuan Ibu (2) set ramadhan (1) SET SHAKLEE (1) SETEMKU (1) shaklee (48) shaklee award (1) shaklee price list (1) shaklee Promosi Bulanan (5) Shaklee Video (1) Shawl By Defiore (1) Shopping (7) Soalan Bakal Pengantin (1) solidfood (1) sponsersaya (1) Story Of my Wedding (12) Story Of Raya (4) Tema Warna (1) tema wedding (2) Tentang Agama (1) teringin (1) testimonial (2) The House Of Red Gincu (18) TIFFANYINNERNECK (1) Tips (9) tips berniaga (1) Tips by MdamSurianie (6) Tips RumahTangga (5) tummy time by madam surianie (1) Vacation (1) Video Kahwin (3) Video Klip Pilihan (1) Vita-lea (1) Vita-lea For Kids (1) vitagen (1) vitamin c (3) vitamin e shaklee (1) Vitamin ibu hamil (4) vitamin si kecil (1) VIVIX (2) water Pitcher (1) Wedding (5) Wedding Artis (8) wedding checklist (9) wedding Henna (1) wedding idea (1) Wedding Preparation (29) wedding prop (2) weefie (1) zakwanturn1 (5) zarifzakwanadventure (1) zarifzakwanzillqayyim (1)