Friday, November 25, 2016

Upin Ipin JEng JEng Jeng | Filem Animasi


Semalam 24 November 2016 adalah hari pertama filem terbaru arahan KRU PRODUCTION iaitu cerita animasi paling top kat Malaysia nie ditayangkan iaitu "UPIN & IPIN JENG JENG JENG". Start tengok teaser cerita nie kat tv SS memang dah cakap kat suami nak bawak anak anak tengok wayang...So seperti yang dijanjikan kami tengok wayang bersama-sama... Memang agak excited sebab 1st time bawak di Zill Qayyim masuk panggung...

OKaylah cerita nie mengisahkan kisah seorang budak perempuan yang dilakonkan oleh Pelakon Kanak Kanak iaitu Puteri Balqis yang memegang watak sebagai Aqish yang tinggal di sebuah Rumah anak yatim. Dia nie minat gila dengan Upin Ipin.Kira barang dia semua ada gambar upin ipin termasuklah pinggan yang dia makan pun guna pinggan upin ipin. Tiap hari dia bercakap dengan gambar upin ipin. Kawan kawan dia suka cakap dia nie berangan ja...Sehinggalah Upin Ipin nie mucul depan Aqish. Tetapi sayangnya orang lain tak nampak wujudnya Upin dan Ipin nie. 
1 hari datang seorang pemuda yang bernama Zaman yang ingin merampas tanah tersebut dan menghalau semua anak anak yatim untuk keluar daripada rumah tersebut. Kak Noreen iaitu anak kepada pemilik Rumah tersebut sangat buntu dan tak tahu apa yang ingin dilakukan sehinggalah munculnya Abang Awie dan Bo yang dilakonkan oleh Remy Ishak.....Dari situ bermulalah kisah cerita ini......





Kehebatan KRU Studio buat cerita animasi nie memang cukup hebat..serious...memang nampak sangan real, nampak macam betul betul Upin dan Ipin ada dengan dunia yang nyata...siap ada bayang bayang tau....Bukan senang nak buat..Memang solute pada KRU sebab hasilkan filem macam nie...




Kemunculan Awie dalam cerita nie dan Remy Ishak antara babak yang agak lucu..rasanya kalau tak ada depa 2 nie mungkin tak best kot...okaylah....nak up sikit TEASER cerita nie untuk ampa tengok...




Nampak macam menarik kan...Tetapi secara jujurnya filem nie tak berapa best sebab boleh dikatakan hanya 40% ja kemunculan Upin dan Ipin...yang selainnya terlalu banyak sangat drama pasal manusia. Masa dalam panggung tu bila time Upin & Ipin keluar tu semua budak duduk diam ja...tapi bila part upin ipin tak ada semua budak budak dah mula buat perangai..nak panjat sana sini...lari lari dalam panggung...cuma paling best cerita nie time Awie nak buat concert..time tu memang ada kemunculan Upin Ipin yang sebenar dan semua kanak kanak dalam konsert tu memang nampak upin ipin..time tu smeua budak dalam wayang pun diam .....So terpulang la pada anda semua nak bawa anak anak anda atau tidak... Cerita dia memang best..ada moral of story jugak...sedih memang sedih..agak agak dalam 3 kali kot SS menanges....sedih bila part Aqish menangis..Yelah budak tu kan memang kalau bab berlakon dia terrer..no wonder orang yang tengok boleh menangis...
So enjoy ur experience tengok filem nie...Best jugak....Just ucapkan tahniah kepada KRU buat filem macam nie. Hope next movie boleh masukkan sekali semua kawan kawan Upin Ipin ..mesti lagi best...insyaallah KRU pasti boleh buat lagi best.....Kami peminat UPin & Ipin :)





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels