Friday, October 17, 2014

Tunaikan Pembayaran Zakat




APA ITU ZAKAT??

ZAKAT FITRAH :
Zakat Fitrah adalah zakat  yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
  
ZAKAT HARTA :
Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Pertanian



Pernah tak korang terfikir nak bersedekah?? Nak salurkan sedekah tu dekat mana erk??? Cara nak buat macam mana???Sempat ker nak pergi bayar??...boleh ker bayar secara online??

Pernah tak uolls dengar cara nak bayar sedekah iaitu zakat boleh dibuat secara ONLINE?? sebenarnya sedekah itu ada macam - macam cara, salah 1 dier ialah ZAKAT...

Bagi semua pengguna akaun Maybank, Anda mempunya kelebihan untuk membuat pembayaran zakat menerusi ONLINE :) Wahhh mudahkan,...namun tak semua orang tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan ini. 


Sebelum itu jom kita baca sikit keterangan / hujah daripada e-fatwa :


1. Pengenalan Perkhidmatan Maybank2U
Secara ringkasnya perkhidmatan ini adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pemegang akaun maybank yang mempunyai kemudahan internet. Melalui perkhidmatan ini, para pelanggan hanya perlu melayari laman web Maybank2U untuk melaksanakan pembayaran zakat.
 
Sebaik saja bayaran system perkhidmatan Maybank2U akan mendebitkan akaun para pelanggan.
2. Pembayaran zakat melalui system Maybank2U dirasakan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran sudah semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.
3. Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kerana itifaq ulama "menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati.
4. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.
Walaupun begitu pihak Maybank tetap akan memaparkan aqad tersebut di hadapan skrin komputer dan pembayar bolehlah membaca aqad tersebut dan ia juga diterima sebagai aqad yang sah kerana ada kaedah yang menyebut yang bermaksud tulisan itu dianggap sebagai percakapan di dalam aqad.
5. Perkhidmatan pembayaran zakat menggunakan cara ini diasaskan kepada beberapa qawaiid al-fiqhiah antaranya:
i. Bermaksud : Amal yang mempunyai impak positif yang luas lebih baik daripada amal yang impaknya terbatas.
ii. Bermaksud : Kebijaksanaan pemimpin terhadap rakyat dikaitan dengan kemaslahatan.
Sekiranya diperhatikan kepada kaedah-kaedah Fiqh tersebut di atas menunjukkan betapa pihak pentadbir zakat wajib mencari cara termudah pembayar untuk menunaikan kewajipan berzakat dan cara ini dirasakan dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah zakat yang mana dengan cara ini juga lebih memudahkan pembayar zakat untuk membayar zakat.



Bagaiman korang nak buat bayaran??

Jom follow steps ini :



Semoga apa yang anda lakukan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Alhamdulillah baru kini SS sendiri tahu betapa mudahnya zaman sekarang, Hanya terpulang pada individu tersebut sahaja nak menilainya sama ada ingin berzakat atau tidak. Semoga tips dan entry kali nie banyak bantu korang dalam menguruskan zakat korang :)

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels