Wednesday, July 9, 2014

Jadual Pemakanan Untuk Ibu Pantang


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa. Rasa cepat sungguh masa berlalu..Mungkin tahun nie ada yang dapat puasa penuh dan ada juga separuh jer..takpa dimaafkan tapi hanya untuk mereka yang bersebab ler kenapa tak puasa penuh..hehehhe




Bagi ibu ibu yang berpantang pun uolls mungkin tak dapat berpuasa kan..Tapi jangan rasa sedih tau. nanti uolls kena ganti macam SS jugak. Bila masuk bulan ramadhan nie semestinya ibu ibu yang dalam pantang nie akan rasa stress sebab tak tahu nak makan apa kan... Takpa hari nie SS berbesar hati nak share beberapa menu yang ibu-ibu berpantang nie BOLEH MAKAN dan TAK BOLEH MAKAN


AYAM & DAGING

BOLEH  : 

  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

TAK BOLEH :
  • Ayam biasa (takut gatal)



IKAN
PentingIkan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka. / Ikan yu membanyakkan susu ibu

BOLEH :
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis

TAK BOLEH
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang




ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu.Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

BOLEH 
  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku



SAYUR-SAYURAN 
Penting:  Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

BOLEH 
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih

TAK BOLEH
  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN
PentingMakanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

BOLEH

  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

TAK BOLEH
  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai


LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan 

BOLEH
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping

TAK BOLEH
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR
PentingIbu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga. Air madu memanaskan badan.

BOLEH
  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu

TAK BOLEH
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Sekadar berkongsi info buat ibu ibu moden yang berpantang secara sendiri. Insyaallah mungkin serba sedikit dapat membantu pembaca belog SS dapat berpantang sebaik mungkin. Info nie memang uolls perlu print dan berikan pada suami sebab kekadang suami bukan tahu sangat bab bab makan benda tajam dan berangin nie.. Okaylah selamat berpantang buat semua ibu-ibu.. 

Ingin mendapatkan supliment tambahan selepas berpantang TERBAIK...KLIK sini...beli secara online :)



Love, 
Madam Surianie

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels