Wednesday, May 14, 2014

Alkisah Trip Ke Bandung, Indonesia

Assalammualaikum semua...

Mesti dah ada yang merindui cerita-cerita yang SS nak kongsi dalam entry kali nie. This entry SS nak share info tentang ALKISAH TRIP KE BANDUNG INDONESIA..

Seperti yang uolls semua sedia maklum, pada 24-27 April 2014 yang lepas SS telah berjaya menunaikan impian dan hasrat SS untuk ke BANDUNG, Indonesia...Akhirnya dapat jugak SS ke sana hasil titik peluh SS buat bisnes Shaklee....Alhamdulillah...Memang 1 pengalaman yang tak dapat SS nak lupakanlah...
Kali nie SS pergi hanya dengan anak SS iaitu si comel Zakwan tu....suami tak dapat hadirkan diri bersama sebab dia tak dapat cuti...EnSuami nanti kita datang lain yer...

Travel day : 
Perjalanan kami dimulakan dari :

Airport Penang >> KLIA>>JAKARTA>>BANDUNG

Bab nak travel bagai SS tak mau cerita..sebab panjang sangat.Cuma Nak cerita memang so experience bila travel dengan baby...Yang bestnya bila nak naik flight, akan diutamakan...hehehe senang jer...Then si zakwan pun macam tau tau jer dia nak jenjalan jauh...Baik jer..tak meragam langsung...alhamdulillah syukur sangat...










DAY 1
Lokasi pertama kami ialah di Ladang Strewberry..Nak masuk hanyalah RM2 jer...So depa akan sediakan 1 bakul & 1 gunting untuk petik strewberry tersebut...so lepas dah penat penat jenjalan dan petik strewberry kami juga disediakan 1 gelas air PURE STREWBERRy okay..
Zakwan minum sampai jerit nak lagi..hehehe memang sedap...


Lepas dah pilih strewberry tue, just timbang dan bayar...memang murah kot..!!!!sangat murah!!!!



LOKASI Ke-2 : TANGKUBAN PERAHU

Actually mengikut cerita tourist kamip, Tangkuban Perahu nie ada cerita disebaliknya. Katanya kisahnya berlaku apabila kisah seorang anak ( sangkuriang) ingin mengahwini ibunya disebabkan anaknya itu hilang ingatan. Oleh itu si Ibu telah meletakkan syarat iaitu meminta anaknya SangKuriang untuk membina sebuah tasik dimana ibunya ingin menaiki sebuah perahu ditengah tengah tasik selama sehari sahaja. So bila berlaku 1 tragedi perahu tersebut tertangkup...sebab itulah dinamakan TANGKUBAN PERAHU






LOKASI 3 : MAKAN

Untuk makan tengah hari, kami singgah di sebuah kedai makan yang terletak berdekatan jugak dengan Tangkuban Perahu. Yang bestnya kedai nie, ia terapung diatas tasik. So masa uolls tengah makan, boleh nampak ikan ikan berkeliaran berenang dalam tasik tue. zakwan tengok pun excited konon macam nak lompat dalam tu..hehehhe
Nama kedai nie apa tak. tak ingat..Tapi makanan dia memang superb gila beb...Tak terkata...uolls wajib datang ke sini jika ingin ke Tangkuban Perahu.







LOKASI 4 : FLOATING MARKET LEMBANG

Lokasi ke-4 nie pun masih lagi 1 jalan daripada Tangkuban Perahu. Tempat nie namanya Floating Market ala ala macam di thailand jugaklah. Tapi yang lainnya kat sini , kedai mereka tak bergerak macam kat thailand, depa hanya stick kat 1 lokasi jer so senang customer nak order makanan. Memang best gila makanan kat sini. Tapi disebabkan perut dah padat so memang tak dapat nak makan apa pun cuma minum segelas air yang dapat free masa beli ticket entrance.










LOKASI 5 : ANAK KECIL

Okay bab nie nak cerita sikit bagi uolls terliuk..hehhe okaylah ini atas permintaan SS sendiri kat tourist nie nak pie ke buitk ANAK KECIL sebab bila tengok blogger Irine Nadia pie kesini memang havoc gila...Ermmm so SS pun terjah ke sini..Memang murah sangat okay....
Bayangkan baju romper kat sana baru rm11 ja...Jeans rm30++memang murah pun. So SS dapat beli 10 helai baju untuk zakwan..memang jadi gila sungguh mai sini kot..
tengoklah baju yang gantung nie!!!!!...Sorry gambo yang lain goyang goyang dan tak berapa clear..tapi klu uolls nak tengok butik nie boleh terus cari gi MR.GOOGLE ...ANAK KECIL ;)


LOKASI 6 : MAKAN MALAM

Lokasi kami yang terakhir ialah di salah sebuah restoran western food di tengah bandar Bandung, tak jauh daripada hotel kami. Yang nie memang superb cantik, Kalau kita kat Malaysia kita ada FULL HOUSE. Tapi di bandung pun ada sebuah restoran yang ala-ala english style..Nama dia memang SS lupa sebab masa sampai zakwan tidur so memang tak boleh nak buat shoot. Tapi bila sampai dalam restoran tu, zakwan dah bangun dan sempat ambil gambo depan pintu masuk.
so makan kat sini pun sedap jugak. bukanlah mahai gila...kira murah jugaklah...mampu kita nak makan.
Harga tu memang tak tau nak cakap macam mana. Sebab kat bandung nie dahlah makan sedap..peh tu murah..memang heaven gilezzz...Macam kat Penang la....




Okay ini untuk si comel zakwan. mushroom soup ;)...dia makan sampai separuh..nasib tak ada lada.. So dia boleh la nak mkn :)




Now nanti kita sambung untuk PART 2 pulak okay...
tungguu......

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels