Tuesday, March 4, 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang




Alhamdulillah akhirnya genap pada 1 Mac 2014 maka dengan itu rasmilah sudah Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menjadi ikon terbaru negara.

Jambatan itu telah dinama sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Seronok jugak bila Penang semakin maju..tudia....hope bila ada jambatan ke-dua nie taklah jembagai nak rak kat 1st jambatan dah.  Yang paling bangga ialah jambatan kedua nie merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu 24 kilometer..Pergghhh....bangga gila kot jadi orang penang!!!!

Cuma masa perasmian tue SS tak pie pun..Memang sesak bagai..just lepak dirumah jer...


Jambatan kedua ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Setelah selama lima tahun kita tunggu , akhirnya jambatan baru itu  dibuka pada 12.01 tengah malam  untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri keunikan struktur jambatan kedua dan plaza tol yang dikatakan terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.perghhh banyak kot...rasa cam kaya ja..hahhahah

Jambatan kedua nie adalah sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, 
 Jambatan kedua itu yang telah diilhamkan olehbekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan direalisasikan Tun Abdullah Badawi, dimana ia akan merapatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi antara Batu Maung di kawasan pulau dan Batu Kawan di tanah besar.
Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.



Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi. Sempoikan...kalau uolls naik kapal terbang mesti boleh nampak jambatan nie punya pandangan dari atas...macam cantik kan!!!! Gambar nie SS dapat daripada Mr.Google..
HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.




Yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai ialah acara tembakan bunga api disepanjang jambatan kedua tersebut.memang havoc gila...Serious memang rasa rugi jugaklah tak merasai sendiri perasmian nie tapi nak buat macam mana.Ada anak kecil so limited time sikit nak berjalan sakan. 

So lepas nie TOL FREE selama 1 bulan..tudia semua pakat dok naik jambatan ke-2...Bagi yang belum nak merasai keunikan naik jambatan kedua nie. Nanti ada masa uolls naiklah...
SS sendiri pun belum naik sebab tak ada urusan nak ke seberang sana. Kalau semata-mata nak naik dan habiskan minyak dan tersangkut dalam jem buat apa...ehhehe

Okaylah apapun alhamdulillah jambatan kedua dah selamat dirasmikan semoga tak ada kejadian yang tidak diingin berlaku....amin..



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels