Wednesday, January 8, 2014

2014..permulaan kehidupan yang baru



Assalammualaikum semua readers,

Terima kasih sebab masih ada yang sudi menjadikan belog SS nie menjadi belog kegemaran uolls semua. Terima kasih juga kepada new readers yang follow belog SS yang comel nie...yer ker comel..hehehhe gelak sendiri sambil jeling lidah macam babyzakwan suka buat...

Sebelum SS nak teruskan pembukaan cerita baru..SS nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua. Rasanya masih belum terlambat SS nak ucapkan.Hope this year berikan anda azam yang baru. Azam tahun lepas yang tak sempat nak tunaikan carry foward jer tahun nie..hehhhe tak salah pun..heheheheh....Bagi SS sendiri tahun nie adalah tahun yang paling best sebab SS dah 27 Tahun dan babyzakwan dah 6 bulan...membesar dengan sihatnya...cepatkan masa berlalu..dan SS pulak menjadi seorang ibu yang berjaya...amin dan SS sangat bersyukur pada Allah.s.w.t sebab kurniakan SS kesihatan yang sempurna...

Pembukaan tahun nie SS tak mau lagi nak bercerita tentang azam tahun 2014..Itu semua dah ramai sangat orang cerita..Nak plan nak buat apa...Nak target apa...Tapi SS sendiri, tahun 2014 merupakan tahun permulaan hidup baru bagi SS sebagai seorang ibu, seorang isteri,seorang kakitangan kerajaan, pemilik butik perkahwinan, agent shaklee dan juga menjual pakaian kanak-kanak dan penulis belog. Ishhh bagi SS, SS memikul  1 tanggungjawab yang cukup berat. Nak uruskan masa, nak kendalikan semua benda dalam 1 masa. Nak cakap rest tue memang tak ada ler..Semuanya SS habiskan dengan kerja kerja yang sebegini...


TANGGUNGJAWAB SEORANG IBU


Bila tengok ja muka si kecik bambam babyzakwan nie..terus rasa hilang penat...Betul cakap orang...bila kita pie kerja balik dan tengok muka anak sendiri semua perasaan marah dan penat akan hilang serta merta....Dan itu SS dah alami sendiri..Memang betoi apa yang depa cakap!!!. Hanya naluri seorang ibu akan merasainya...
Nak menjaganya...nak bagi dia makan, nak susukan dia, nak berikan keselesaan kepada dia...semuanya SS akan cuba dan berikan yang terbaik. Bila dia sakit, SS sangat risau...siapa tak risaukan...Alhamdulillah setakat nie paling teruk pun bila dia demam panas. SS sanggup buat apapun asalkan dia cepat baik. Biarlah orang nak cakap apa sekalipun asalkan SS happy  lihat babyzakwan sihat...
Tambahan pulak SS fully breastfeed. Memang 1 cabaran yang cukup kuat. Sebab bila bfeed nie memang tambah lagi 1 kerja dalam rutin harian SS. Bayangkan SS buat sendiri. Suami pun tolong mana dia tau. 

Itulah peranan seorang ibu..Memang sangat mencabarkan...Tapi enjoy actually...siapa yang pernah alami akan rasa pengalaman yang cukup indah nie. percayalah..im lucky to have one.....
SS berharap bila dah masuk tahun 2014 nie, SS dapat memikul 1 tanggungjawab yang mencabar dan besar ini. Semoga SS sentiasa mendapat kekuatan dan kesihatan yang sempurna dari-Nya..
Amin...

TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI


Tanggungjawab seorang isteri memang tak boleh kita nak lari..Itu memang wajib...So lepas kawin nie memang extra job kena buat. uruskan rumahtangga sendiri. dengar macam senang kan!!!!fuuhhh mengeluh..kekadang tue rasa macam nak lari jap pie SPA..then sambung buat kerja jer..tak pun ambik MC..hahahha tapi nak buat macam mana. itulah hakikat tanggungjawab seorang isteri. Tapi SS memang solute dengan diri sendiri, bayangkan SS manage to satle semua dengan seorang diri...uruskan babyzakwan...uruskan rumah....ishhh..memang superblah....tak sangka kot SS boleh sekuat itu....inilah superwomen...cewahhh!!!!!
So this 2014....SS sangat berharap yang SS akan menjadi seorang isteri yang lebih bertanggungjawab, yang lebih penyabar..dan paling penting yang lebih kuat  dari sebelum ini...doakan SS yer !!!!


TANGGUNGJAWAB SEORANG TAUKE BUTIK


Seperti yang ouolls semua tahu, SS memiliki butik pengantin..hhehehh So ini juga SS galas tanggungjawab yang sangat besar, sebab SS kena handle dekorasi majlis orang nak kawin, So uolls pun tahu kan cam mana...So bab nie SS tak mahu nak cerita panjang. SS hanya berharap dan berdoa tahun 2014 nie , perniagaan SS nie dimurahkan rezeki dan sentiasa menjalankan perniagaan yang halal dan dapat menggembirakan pelanggan SS. Those yang berminat boleh layari webpage butik SS The House Of Red Gincu


Doakan agar setiap pekerjaan yang SS buat sentiasa diberkati dan dirahmati..amin....
Insyaallah tahun nie SS nak meriahkan lagi belog SS dengan macam macam topik yang sangat berguna kepada anda semua :)
Amin


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels