Thursday, August 29, 2013

20 Julai 2013...Lahirnya Baby Zakwan Ke Dunia

** Assalammualaikum**

Firstly sekali SS nak minta maaf sesangat sebab dah lama tak upload any setory dalam belog SS nie. Almaklumlah sekarang nie dah bergelar ibu..Tidur tak cukup...Time management pown tak betul lagi. so nak bahagi masa untuk berbelog nie pown tak berkesempatan. Lagipun tak ada idea... Sampaikan ada yang massage dalam Facebook SS tanya kenapa lama tak upload setory dalam belog....Hehheheh...fofular u`olls...
Okaylah seperti yang dijanjilkan hari nie SS nak cerita pengalaman SS disaat-saat akhir semasa nak melahirkan Baby Zakwan...


14 Julai 2013-Ahad...

Hari itu adalah hari yang cukup lain dari yang lain. Time tue SS memang dah rasa pelik semacam. sakit yang bukan seperti biasa. Sakit lain dari yang lain. setiap 5 minit dah sakit. Tapi tak kerap. Bila SS bertanya pada kengkawan SS memang depa cakap masa dah nak dekat so just standby jer.Sepanjang malam tue memang SS bergelut menahan kesakitan yang sangat teruk u`olls.....Hanya tuhan sahaja yang tahu sakit tue macam mana.Tapi bila dah dekat masa dia tue sakit dia akan menangkap kat bahagian pinggang. Rasa macam nak tercabut pinggang nie...Mulanya memang SS nak pie hospital dah. Tapi sebab dah 4 kali pie hospital kena tahan sedangkan tak ada tanda turun. So SS pown tahan jer tunggu sampai turun tanda..Lagipown esok ada appointment dengan Klinik Kerajaan. So minta depa check jer.

15 Julai 2013 -  Isnin
Pagi Isnin tue, SS seperti biasa bangun dan bersiap nak pie kerja. Tapi sebelum tue kena pie KKIA untuk check up dulu. Pagi tue memang dah rasa lain sangat. sakitnya memang tak tau nak cakap macam mana. Sampaikan SS tepon mak SS untuk minta resipi petua air milo + telur mentah..Mulanya memang SS rasa nyilu nak minum sebab minum telur mentah yang rasa sangat hanyir itu...ooohhh tidak..Tapi bila dicamputkan dengan milo memang tak rasa pown...Rasa milo jer...

**resipi : bancuh air milo macam biasa ( ikut sukatan sendiri) / kalau boleh  bagi panas panas sikit baru tak rasa hanyir telur tue. Then pecahkan 1 biji telur mentah ( kalau lebih elok, telur ayam kampung )...kacau hingga sebati dan terus minum ( jangan lupa baca selawat 3 kali dan surah nabi yunus dlam perut ikan paus)**

Lepas jer SS minum air tue, lepas 5 minit macam tue. terus SS rasa sakit tue makin sakit dan makin kuat. Nasib En.Suami ada. dia pegang SS dan kami terus ke klinik untuk check up macam biasa.

KETIKA DI KLINIK
 Bila sampai kat klinik seperti biasa SS letakkan buku merah SS dalam kotak temujanji. Cuma kalau emergency tue sepatutnya kena inform kat misi. Tapi Ss buat bodoh jer. Sampaikan suami Ss yang bgtau kat misi pasal keadaan SS. Then apalagi mereka pun berleter memanjang..Hahahah lawak sangat... So SS dibawa masuk ke bilik untuk diperiksa. dan dah ada contraction dalam 10 minit.so Depa refer SS jumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan VE...VE tue menatang aper?? VE tue ada cara doktor akan semak laluan bawah dah buka atau belum. Yang lawaknya doktor kat KKIA tue sendiri tak tau macam mana nak check. Yarabbi...Apa punya doktor tue?? SS gelak jer. So yang periksan laluan Ss ada ketua misi. So bila orang yang tak pandai nak check lainlah jadinya...

Depa main selup punya selup sampaikan SS sendiri dapat rasa yang depa selup pada bahagian lain. So kalau dah slah selup memang lainlah. Terus misi tue cakap dah bukak 3cm.sedangkan SS langsung tak ada turun tanda apa pown..alahai..lawak sungguh. depa punya kalut sampaikan SS tak dibenarkan balik. Depa panggilkan ambulans untuk bawa SS ke Hospital Bersalin takut takut terberanak dalam kereta. So SS pown follow la cara mereka. Then bila sampai di hospital bersalin. Doktor pakar check SS. dan beritahu memang tak bukak langsung. doktor tue pown terkejut sebab macam mana depa cakap kata laluan dah buka 3cm, so SS pown minta dapatkan MC dan balik rumah untuk rest.

SITUASI KETIKA DIRUMAH - 3pm
Lepas balik dari hospital, SS memang rasa sangat letih dan sampai dirumah jer SS terus tidur. Tetiba bila terjaga terus bangun dan tengok jam dah pukul 3petang. Apa lagi SS pown terus jer menegok di dapur apa yang boleh dimakan..(sorrylah bulan puasa nie si ibu mengandung nie tak puasa)....So lepas makan sambil melayan FB. SS terasa nak terkucil. dan bila SS buka panties SS, SS terkejut sebab ada darah.Terus SS hantarkan gambar darah tue pada 4 orang kawan dan termasuk akak SS untuk confirmkan itu darah atau apa. Semua cakap memang darah. So SS terus rasa nervous sebab masa nak melahirkan baby dah tiba. SS terus mandi dan siapkan diri. gerak suami dan dia pown bersiap. Tapi kami tak pie hospital lagi pown . Kemana destinasi kami??? Makan dulu..hehehhehe

So lepas dah makan tue baru SS bergerak ke Hospital pada jam 11malam. So bila dah sampai sana doktor pown check memang baru terbukak sikit jer 1cm. Apa lagi doktor pown tahan jer SS tak balik balik. Kena Admid ward dan SS ditempatkan di Ward Kelas 2. So malam itu bermulalah perkampungan selama hampir 1 minggu di sana...

Caption : Ini CTG baby masa baru nak masuk ward....Time nie tak sakit pown




16 Julai 2013 - Selasa
Hari pertama diward bersalin memang 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap masa ada doktor yang akan melawat setiap pesakit dalam ward tue dan SS pown tak terkecuali. Macam biasalah bial doktor pakar melawat sure dia akan buat VE ( check laluan bawah)...bila dicheck SS punya masih 1 cm jer..bukaan tak bertambah langsung. So SS pown mengeranglah kesakitan yang menjelma.Macam inilah yang SS rasa sepanjang berada diward.Memang sangat bosan. Tapi nak buat macam mana. kena tahan ward. So terima seadanya...hehehehhe...



17 Julai 2013 - Rabu
Hari selasa SS tak upload cerita sebab semua cerita yang sama tentang rasa sakit nak bersalin. Contraction is coming every single 20minit. Tapi bila check laluan masih 1cm. Sampaikan doktor pown pelik kenapa macam tue. So doktor pakar pown rasa pelik. So takut baby nanti ada masalah ker, doktor tue advise untuk buat induce ubat ( ubat untuk bantu buka laluan). So mulanya SS memang tak mau sebab kalau boleh nak beranak normal. Tapi selepas bertanya pada suami SS, mak SS dan juga mertua SS. Depa bagi nasihat
" jika terasa diri terseksa, jika terasa terlalu beban dan takut apa apa berlaku pada anak dalam perut, tawakal dan minta pertolongan Allah...takpa kalau kita operate asalkan semuanya selamat"
So pada petang rabu tue, SS bgtau pada doktor yang SS bersetuju untuk masukkan ubat. Dan disinilah bermulanya bertarungan nyawa seorang ibu tatkala ingin melahirkan anaknya...


18 Julai 2013 - Khamis ( Pertarungan nyawa bermula....)

Pada jam 1pm, doktor telah pown memasukkan ubat pada kemaluan SS ( induce)....dan SS tidak dibenarkan berjalan selama 1 jam. Just baring atas katil jer sebab nak bagi ubat tue resap dalam badan SS. So lepas 1 jam tue. Misi pula buat CTG ( semak jantung baby)...buat masa sekarang memang okay. tak sakit lagi. Tapi bila sahaja masa 6 jam berlalu baru kesakitan nak bersalin macam orang cakap ubat induce tue sakit. Memang sakit gila...Memang time tue SS rasa macam dah nak bersalin. punya sakit hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya contraction yang SS alami. Sampaikan contraction tue hit sampai 130...Misi pown terkejut sebab terlalu kuat. Tapi bila doktor check masih lagi 1cm,... inilah dugaan dan pengalaman SS yang tak dapat SS lupakan....
Ketika sakit tue memang dah tak fikir apa dah. SS menangis sekuat hati ( tapi tak ada suara pown) menitis air mata jer u`olls... mulut SS nie terkumat kamit dok membaca surah nabi Yunus dalam perut ikan paus tue. Tangan SS pulak tak lepas memegang tangan suami SS. hanya dia yang tahu betapa kuatnya gengaman tangan SS masa time tue. Memang tenaga pown hilang. Buat pernafasan nak bersalin pown tak jadi jugak. Penahan ubat induce tue punya kuat...
SS bertarung sakit tue hampir 1 jam lebih. dan selepas tue...kesakitan berkurang...

caption : Masa nie tengah sakit jugak..tapi still boleh tahan lagi....

caption : Inilah result CTG jantung baby SS....Macam bukit mendera tak???sakit ooooo


19 Julai 2013 - Jumaat ( hari penentu segalanya...)
Seperti yang dijanjikan. hari nie Jumaat adalah hari kedua SS akan dimasukkan lagi ubat induce.Actually ubat nie akan dimasukkan maksimum 4 biji ( 1 biji 1 hari)...Tapi selalunya jika laluan tak buka, kebanyakkan orang akan buat minimum 3 biji sahaja... Tapi lain yang berlaku pada SS. Memang SS sendiri pown tak percaya. lepas ubat dimasukkan dan selepas 6 jam berlalu. kesakitan tiba tapi kali nie kurang sikit sakitnya sebab sakit yang lebih kuat SS rasa ialah sakit ketika SS jatuh toilet. Aduhai hanya tuhan yang tahu keadaan SS jatuh masa di toilet tue. Alhamdulillah selamat semuanya okay. SS sempat tahan perut SS dari terhempap ke lantai. Cuma yang sakit tu kat bahagian punggul SS sebab jatuh terhempap.
( SS tak mau cerita panjanglah sebab tak penting sangat pown)

So sepanjang hari tue SS tidak langsung merasa kesakitan contraction ubat induce tetapi SS sakit disebabkan kejadian tersebut.Bila doktor cek laluan seperti biasa masih lagi tak berubah 1cm sahaja...ish pelik...SS terus berbincang dengan suami untuk stop ambik induce nie. Then terus buat pembedahan sebab lepas SS jatuh toilet tue. dan lepas 1 jam ada lendiran macam darah pada kain SS dan membuatkan SS jadi risau takut apa apa berlaku pada baby SS. Yelah dia kat dalam dan kita diluar mana nak nampak. lagipown doktor tak scan pown masa jatuh. Apalagi SS memang risau. bila cakap kat doktor depa respon balik tak ada apa apa. So SS bagitau pada doktor untuk stop induce dan terus buat operation. Mulanya doktor tak bagi sebab 2 biji sebab minimum pown 3 biji. SS cakap kat doktor. buat apa nak tanggung sakit jika ubat masuk tapi laluan tak dibuka langsung?? doktor terus diam. lagipown kalau masuk sampai 4 biji pown tapi tak buka still kena operate jugak.
Then lepas SS dan suami buat keputusan tue, doktor terus bagi borang untuk diisi dan doktor ada terangkan beberapa perkara jika buat pembedahan nanti. Dan SS terima dengan hati yang agak takut..hahhahahaha...So pada malam tue tepat jam 12pagi SS dah start berpuasa sebab nak operation memang tak boleh makan...yang sedihnya SS tak sempat nak minum TEH AISSSSS...waahhhhhhhh


20 Julai 2013 - Sabtu ( Hari bersejarah dalam hidup SS)

Tepat jam 9pagi, doktor pakar pown datang dan check SS, lepas semua dah ok. SS pown salin baju operation yang berwarna putih...Bila pakai baju tue rasa macam duduk kat ward orang gila..hahahaha....So SS pun tunggu suami SS datang. Yang peliknya suami SS tak dibenarkan masuk kat ward SS. So memang SS tak sempat nak minta maaf dan cakap apa apa kat suami SS.Time tue agak sedih jugak. So pada jam 10.30pagi SS terus ditolak masuk ke bilik bedak. Dan sebelum sempat pintu bilik bedah ditutup baru SS nampak kelibat suami SS datang nak bagi baju baby dan SS hanya sempat salam dan cium tangan suami SS jer. Kalaulah tuhan tarik nyawa SS semasa pembedahan tue, itulah kali terakhir SS mencium tangan suami...
sob..sob...sob...sedih seketika...

Ketika dibilik bedah:
suasana memang agak sibuk sikit. Tapi apa yang SS sempat buat ialah mengucap dan juga membaca surah apa yang SS ingat dalam kepala Ss. Masa tue dah tak sakit sangat. Then lepas SS diterangkan beberapa perkara oleh doktor yang bertugas, SS pown telah dicucukkan bius dibahagian tulang belakang SS. Ya tuhan sakit ooo.....dalam 6 injeksen...hahhahaha....tak sampai 5 minit SS dah rasa macam lumpuh separuh badan...So time tuelah depa masukkan paip saluran air kencing dan juga memasukkan wayar wayar yang terlibat...memang rasa ngeri jugak. Tapi yang bestnya SS nampak sendiri bila perut SS ditoreh untuk keluarkan baby SS. Wow..memang tak rasa pown sebab dah kena bius lagipown time tue SS dah lali sebab sedut oksigen yang doktor bagi. SS cuba bertahan sebab nak tengok sendiri macam mana anak SS dikeluarkan dari perut tapi tak kesampaian. Bila SS tersedar, baby SS dah siap dikeluarkan dan mereka sedang membersihkan baby SS.. Alhamdulillah SS selamat melahirkan baby pada jam 11.45pagi.
tapi masa doktor tengah jahitkan perut SS tue. memang ada rasa sikit rentapan perut SS dijahit...hehhe..tapi tak sakit pown...sebab kita rasa macam kebas kebas...lagipown dah kena bius. memang tak rasa apa pown.

Lepas SS ditolak keluar dari bilik bedah..SS tak dapat nak buka mata sebab terasa bius terlalu kuat. SS hanya mampu mendengar dan bercakap sahaja.Hanya 1 yang  SS dengar dan ingat sampai bila-bila :

" Terima kasih sayang"...ucapan daripada seorang suami kepada isterinya yang bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata...
Alhamdulillah.....selepas SS ditempatkan dibilik pemantauan, SS mengalami pendarahan yang sangat teruk sehinggakan SS terpaksa dimasukkan 2 pek darah. SS dapat rasa lagi macam mana doktor tekan perut SS untuk keluarkan darah.Dan SS rasa sendiri darah tue keluar dengan banyak sekali sehingga membuatkan SS tak bermaya langsung..Masa tue SS hanya berserah pada tuhan sahaja. bayi SS pown dah selamat dilahirkan cuma SS sahaja yang mengalami masalah..

Lepas tue keadaan menjadi seperti biasa. Ss tidak menganlami sebarang masalah yang teruk. Cuma rasa letih dan pening sahaja sebab kekurangan darah dalam badan. Cuma sekarang nie SS hanya mampu bersyukur dan ucapkan ribuan terima kasih pada insan yang telah menderma darah. Dan kini SS tidak tahu darah siapa yang sedang mengalir dalam badan SS. Alhamdulillah dengan darah ini , kini SS masih lagi bernafas..

Lepas SS dipantau oleh doktor dan lepas 4 hari berada di ward. SS dah boleh pulang ke rumah dan menjalani proses berpantang pulak...hehhehehehhe
Inilah sedikit sebanyak cerita dan pengalaman SS semasa nak melahirkan BabyZakwan nie..Betul orang cakap, setiap ibu mempunyai rasa dan pengalaman yang berlainan. So pada bakal-bakal ibu yang membaca entry SS nie. Janganlah rasa cuak....relax jer...insyaallah semuanya akan selamat....So sebelum SS nak tutup cerita nie...inilah antara moment moment yang sempat SS ambil semasa di ward...

Caption : Muka cuak dalam kereta semasa dalam perjalanan nak ke hospital

Caption : Photo gedik minta En. suami snap gambar katil untuk kenangan

Caption : Gambar paling horror yang SS pernah snap...Gila kau perut besar bapak nie...Kulit macam dayang senandung

Caption : Patient name list

Caption : Inilah ward bersalin Pulau Pinang. agak sedih sikit


Caption : Inilah anak sulung SS. Gambar nie diambil sejurus sahaja SS dan baby keluar dari bilik bedak...Fresh From Oven....putih gebu....

Caption : Keadaan SS selepas operation.Masa nie memang tak sedar apa pown. Pening dan muntah..hanya dapat dengar suara orang jer

Caption : 1st picture snap by hubby.....the best picture ever..tapi blur sikit

Caption : Setelah hampir 3 jam SS tak sedar sebab ubat bius terlalu kuat..Petang tue baru SS dapat memegang dan memeluk dan mencium anak SS sendiri....Alhamdulillah...suatu yang tak dapat nak diceritakan...

Caption : Terlalu istimewa

"tiada yang terindah melainkan pertama kali anda melihat sendiri anak yang anda kandungkan selama hampir 40 minggu didalam perut dan kini ia berada didalam dakapan anda untuk selamanya......"




2 comments:

  1. Satu pengalaman yang xdpt digambarkan... Ada Suspen... Ada Sedih... Ada Kegembiraan... Tahniah buat SS yang dh bergelar seorang IBU... :)

    ReplyDelete
  2. thanks awiena......nnt tunggu lagi ada banyak lagi entry nk diceritakkan

    ReplyDelete

Search This Blog

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan | 5 tahun sudah

14 September 2017 - Setiap tahun hari nie memang aku akan kenang dan akan ingat tarikh bersejarah dalam hidup aku sampai bila bila. Tak k...

My Blog Labels

2nd pregnancy (7) agent shaklee (2) Aktiviti Jabatan (2) Alfalfa Complex (6) all about baby (1) Anniversary (2) Announcement (3) ANUGERAH APC (1) artis (2) Azam Tahun Baru (1) b complex (2) Baby (7) BabyZakwan (14) back2back (1) Barang Baby (7) Barangan Shaklee (1) basic h (2) Belog Orang (1) Berita (2) berpantang (3) borang kahwin (1) breastfeed (4) breastfeeding (1) Bride To Be (2) Busan Sanding (1) busana For Rent (1) Busana nikah (1) Businesssaya (1) butikbest (1) celoteh (1) Cerita Cinta (6) cerita opis (1) Cerita Sepanjang Tahun (2) Cerita Shaklee (3) cinchshake (2) cinchtea (1) Cinta (4) collegen Powder (1) Contest (4) Cream Ajaib (1) Creative Large Computer Desk Pad Mat by madamsurianie (1) cuci usus (1) Dairi Tahunan Saya (1) Deco (5) decorumahsaya (2) Demam Denggi (1) detox (1) Dish Wash (1) DIY by MadamSurianie (2) Doa Harian (2) donation (1) drama (1) DTX Complex (1) ESP Shaklee (6) facebook (3) Familyday (4) fashion (5) Fesyen (2) Filem Animasi (1) For Sale (1) gadget (2) garlic complex (2) getcleanshaklee (3) Goodies (1) gubahan Hantaran (1) hadiah (1) Hari ini Salam Sejarah (1) hari raya story (5) henna (1) herb-lax (3) Herbal Blend Cream Shaklee (1) Hitung Hari (1) HIV test (1) hobi (1) homeSPA (1) honeymoon (6) hot story (1) Hukum Dalam Islam (1) Ibu Mengandung (34) Jana Pendapatan (1) JomCantikByCiksue (1) kad kahwin (1) Karaoke (13) Kecantikan (4) kehamilan (7) kehidupan seorang isteri (14) KeluargaBaru (1) Kenduri Kendara (2) Kesihatan (6) Kisah Shaklee Saya (1) Kongsi Cerita (43) krisis pemulihan (1) Kucing saya (12) lecithin (2) Lepas Kawin (1) Lokasi Dewan (1) Luahan Perasaan (4) Majalah (1) Majlis Berendoi (2) Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam (6) Majlis Resepsi (9) makan - makan (9) Make up (3) Make up Nikah (2) Make up Resepsi (1) Malam Berinai (1) MasakmasakSurianie (1) Mealshake Shaklee (1) Meja Santapan Diraja (1) Mencari Sejuta Chenta (1) menu berpantang (1) MH17 (1) milkbooster (1) Mothercare (1) MuhammadZarifZakwan (15) muhammadzillqayyim (9) My Baby Video (1) my Besday (9) My New Baby (35) My photographer (5) My self (1) My Shop (3) My Sister Wedding Jumie n Khafi (3) My Wedding Day (11) My Wedding VIP (1) myweddinganniversary (2) nutriferon (1) Officemate (1) omegaguard (1) Ostematrix (1) Panggung Wayang Anda (1) pedicure (1) Pekerjaan Saya (3) Pelamin Istana Kayangan (1) Pelik Tetapi Benar (1) Pembuka bicara (2) Pengalaman Interview bersama Tok Kadi (1) Pengalaman Kawin (2) pengumuman (14) Perayaan (1) Percutian (4) Performance® Natural Orange (1) perkahwinan (1) Perppermint Ginger Plus (1) Pesanan (1) Petua Dari Sue (3) Photoshoot (8) Phytocol-ST (1) Pre-loved Item (1) prenatal shaklee (1) prewedding (1) produk Shaklee (2) questbook (2) Rahsia Personaliti Diri (5) Raikan SiKecil (1) Resipi Dapur (5) resipi esp (2) resipi saya (2) Review Majlis Pertunangan Surianie dan Rozainizam (1) Reviewbymadamsurianie (1) Saya Nak Kawin (3) Saya Suka Apa (1) SAYAPRIHATIN (1) Selamat Hari Ibu (1) selfiedengananak (2) Senarai Hantaran (2) Set Ibu Hamil 1st Trimester (1) set kulit shaklee (3) Set Penyusuan Ibu (2) set ramadhan (1) SET SHAKLEE (1) SETEMKU (1) shaklee (48) shaklee award (1) shaklee price list (1) shaklee Promosi Bulanan (5) Shaklee Video (1) Shawl By Defiore (1) Shopping (7) Soalan Bakal Pengantin (1) solidfood (1) sponsersaya (1) Story Of my Wedding (12) Story Of Raya (4) Tema Warna (1) tema wedding (2) Tentang Agama (1) teringin (1) testimonial (2) The House Of Red Gincu (18) TIFFANYINNERNECK (1) Tips (9) tips berniaga (1) Tips by MdamSurianie (6) Tips RumahTangga (5) tummy time by madam surianie (1) Vacation (1) Video Kahwin (3) Video Klip Pilihan (1) Vita-lea (1) Vita-lea For Kids (1) vitagen (1) vitamin c (3) vitamin e shaklee (1) Vitamin ibu hamil (4) vitamin si kecil (1) VIVIX (2) water Pitcher (1) Wedding (5) Wedding Artis (8) wedding checklist (9) wedding Henna (1) wedding idea (1) Wedding Preparation (29) wedding prop (2) weefie (1) zakwanturn1 (5) zarifzakwanadventure (1) zarifzakwanzillqayyim (1)