Thursday, June 6, 2013

Tanda - Tanda Nak Bersalin Dah

Sudahkah anda bersedia nak bersalin???

Itulah persoalan yang setiap hari bermain dalam kepala otak SS. Dah bersedia ker SS nak melahirkan anak??? Dah tahu ker tanda-tanda awal nak bersalin?? kekadang tue bila Ss rasa tak sedap perut, rasa memulas,perut rasa kejang terus SS akan fikir  " Eh aku nak bersalin dah ker?"...

Tapi bila  check tak ada tanda-tanda pown. So mungkin tue Brixton Hiks jer...Tapi tiap kali rasa sakit macam tue memang terasa sangat menakutkan sebab memang sakit tue tak terkata. Tapi apapun SS kena sentiasa beready untuk menhadapi situasi ini..

Sekarang SS dah pown 8 bulan ( 32 minggu ) nk masuk 33 minggu jer...Buat masa sekarang jika baby lahir dia dikategorikan sebagai baby Pra-matang...tapi jika dia lahir pada usia 36 minggu insyaallah dia berada dalam situasi bayi yang normal. Tapi SS selalu cakap dengan baby kalau dia nak keluar suruh keluar lepas usia 36 minggu means awal bulan 7 nanti.....hehehehhe..Hopefully insyaallah..mudahan baby dengar cakap ibu dier......

Okaylah SS share dengan u`olls semua tentang info nak bersalin nie. Tapi kekadang tue terpulang dan bergantung pada setiap individu jugak. Tapi tak kisah asalkan kita tahu sendiri benda nie. Yang paling penting u`olls kena inform kan kepada suami anda tentang tanda-tanda nie. Dia kena alert juga. Terutama sekali pada mereka yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata macam SS...


AIR KETUMBAN PECAH
Situasi ini memang kerap juga berlaku kepada bakal-bakal ibu . Tanda baby dah bersedia nak keluar dari perut. Actually dulu SS ada juga tertanya-tanya air ketumban nie macam mana....Sebenarnya air nie macam air kosong jer. Tak ada bau dan tak melekit.Just macam air mineral. Cuma kuantiti tue banyak ler...Macam air paip keluar...Bila air ketumban nie dah keluar so u`olls kena be ready ke hospital untuk checkkan bukaan bawah anda.

TURUN DARAH
Ada juga yang beritahu antara pecah air ketumban dengan turun darah, turun darah lagi sakit. Tapi tak surelah...Kalau turun darah tue bukan turun darah macam dalam drama kita dok tengok. Just ada lelehan bewarna coklat dan juga bercampur dengan darah.Itu pown salah satu tandanya. Tapi ini mungkin belum tiba masa atau dah dekat...Batter pie klinik terus jer...

KONTRAKSI DALAM TEMPOH KERAP
Bila terasa kontraksi yang lebih kerap iaitu selama selang 5 minit..itu memang dah nak dekat bersalin. kalau rasa dalam 30 minit selang pown boleh juga berlaku.....Tapi jika anda tak berapa pasti batter terus ke hospital untuk check.

KEDUDUKAN PERUT
Mungkin ini antara tanda terawal anda akan tahu bahawa waktu bersalin anda hampir tiba. Sebab bila perut anda dah nampak jatuh kebawah maksudnya baby dah berada dikemuncak nak keluar. pso bila dia dah ada kat tempat nak keluar tue baru akan ada tanda-tanda lain....Selalunya kedudukan bayi dibawah nie bila nak masuk 9 bulan. Bila baby dah turun kebawah anda akan mengalami beberapa simtom iaitu :

  • Sakit pada celah kangkang
  • Kerap buang air kecil
  • Sakit pada bahagian bawah abdomen sebab bayi anda sedang menekan.
  • Perut akan rasa kejang, memulas dan keras.

SAKIT PADA BAHAGIAN BELAKANG
Ini memang tidak dinafikan lagi sejak awal kehamilan memang sakit pinggang nie dah jadi kawan baik setiap ibu mengandung. Tapi bila dah nak bersalin tue sakit pinggang lebih kerap dan kesakitan tue memang susah nak digambarkan. Tapi anda sendiri akan alaminya. So kalau nak redakan sikit rasa sakit tue mintalah suami anda sapukan minyak sekurang-kurangnya boleh kurangkan sedikit rasa sakit. :)


So bila rasa anda tanda-tanda ini, batter terus ke hopital yang berdekatan terus. Jangan pulak tunggu sambil lewa nanti terberanak dalam kereta pulak. Siapa susah..hehhe..Apapun wish me luck untuk menempoh proses kelahiran nanti. Sekarang pown SS dah alami beberapa kesakitan yang SS ceritakan dalam entry nie. Cuma tak ada turun tanda jer. Kalau boleh tue bila rasa dah tiba masa banyakkan berjalan dan banyakkan berdoa supaya dipermudahkan segalanya..Insyaallah...

Pesanan buat suami :
  1. Jangan tinggalkan isteri anda tatkala dia sarat mengandung ( dah 8 bulan keatas)
  2. Jangan bagi isteri anda buat kerja berat.
  3. Bagi ruang untuk isteri anda berehat dengan tenang.
  4. Jaga pemakan isteri anda.
  5. Berikan semangat dan dorongan kepada isteri anda.
  6. Ambil tahu tentang keperluan isteri nak bersalin, tahu dimana isteri letakkan barang nak ke hospital.
  7. Sentiasa doakan isteri dan baby selamat dilahirkan.

Insyaallah semuanya akan selamat.....Kepada mereka yang sama macam SS tunggu hari jer..banyakkan berdoa mudahan semuanya dipermudahkan..Insyaallah....


1 comment:

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels