Monday, June 17, 2013

Perkembangan Janin : 34 Minggu


Assalammualaikum

Selamat datang SS ucapkan kepada Minggu ke-34 Kehamilan... Hari nie adalah minggu disaat-saat akhir SS akan mengharungi hari-hari terakhir sebagai seorang ibu mengandung. Insyaallah tinggal lagi 2 minggu SS akan berada diakhir trimester iaitu 9 bulan kehamilan.

Baru-baru nie sekali lagi SS dilanda Pre-contruction dan sekali lagi SS dimasukkan ke ward untuk menerima rawatan susulan disebabkan tanda-tanda awal nak bersalin dan terasa. Masa tue SS baru jer 33 Minggu dan paling menakutkan bila keadaan baby SS nie SONGSANG...Then doktor pulak cakap kalau baby tak pusing balik, Nanti kena Potong...waaaaa.....tidak....SS tak mahu...Bila dengar tue terus SS sebak dan menangis. Takut apa-apa jadi kat baby....Alhamdulillah lepas 2 hari di ward, sakit tue dah berkurang...Alhamdulillah sangat cuba kedudukan baby jer tak sure macam mana...Sama-sama kita doakan dan pujuk baby nie untuk pusing balik...

Amin.......



Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami. 



Sumber : Baby Center

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels