Wednesday, March 27, 2013

Kaki Bengkak Vs Tetap Comel



**Assalammualaikum**

Hari nie merupakan hari yang paling best SS nak kongsi dengan pembaca belog SS nie..Entry yang bertajuk
KAKIKU BENGKAK VS TETAP COMEL

Tajuk tak boleh blah langsung...hahahhaha.....tapi itulah hakikat tajuk yang SS nak cerita dan nak berkongsi bersama dengan Mommies To Be diluar sana. Sekarang nie SS tengok makin ramai yang membaca belog SS. Walaupuan tak banyak yang follow. Terima kasih SS nak ucapkan pada u`olls semua. So berbalik kita pada cerita tentang kaki bengkak nie SS pown baru dapat info setelah mentelaah dalam internet nie.. SO dalam juga sedikit info dan juga cara nak mengurangkan bengkak dikaki. 

Bengkak di kaki SS nie terasa sejak SS 21 minggu. Time tue memang nampak bengkak tapi tak sakit pown. Then bila masuk 22 minggu nie memnag nampak sah dan terang terang kaki dah mula bengkak. jeng jeng jeng...Tapi tak sakit macam orang dok cakap. Cuma time bila SS banyak berjalan or buat kerja memang terasa sakitnya. Akak SS ada cakap yang SS ikut macam mak dan kakak sulung SS. bengkak kaki dan juga ada macam warna hitam kat leher...ehehhehe..Tapi lepas bersalin nanti dah okay....insyaallah... 

Namun ada juga yang risau bila tengok kaki bengkak. Jangan isau Mommies sebab ini adalah perkara biasa kehamilan. SS ada mencari dalam internet dan akhirnya ketemui di dalam Baby center...Info tentang masalah ini,, So SS sudi nak berkongsi dengan anda semua...

Info dari petika BabyCenter :
Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.



Ini gambar sebelum bengkak..hehehhe gambar masa hari sanding SS ler.....comelkan kaki ini :)

So bila dah hamil 6 bulan ninjia dah bertukar rupa nampaknya.....lihatlah sendiri betapa comelnya kaki SS sekarang nie...





dan hanya kasut ini yang sesuai dan selesa untuk SS pakai pie mana sekali pown....beli kat tesco jer RM12.50 tapi SS beli extra lapik tapak Scholl baru sedap pakai... :)



Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan: 

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalanberenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda 
melahirkan


Hopefully SS dapat bertahan dengan kaki yang bengkak ini. Tinggal lagi 3 bulan jer then insyaallah semuanya akan bertukar seperti biasa. insyaallah...SS kena lebih kuat untuk menjalani kehidupan seharian :)
Sumber : Baby Center



5 comments:

  1. bengkaknyaaaa! mmg org preggy kaki membesar ek? tapi comel la kaki SS.. :)

    slm kenal from Dila, penang B2B :)

    ReplyDelete
  2. hye sis :) semalam ika yg tegur sis kt KKIA 2..perasan x?ingat nak sembang dgn sis tapi 2,2 bz.heheheeh....
    ayaaa...smlm kaki sis bengkak ka?

    ReplyDelete
  3. MIss Dilla : selalunya dia depends pda orang juga. Tapi kebanyakkan yes selepas 6 bulan ke atas akan bengkak. Tapi bengkak tue terpulang pada individu. Macam SS sendiri, SS ikut macam akak sulung SS dan mak SS kaki bengkak :) tapi setakat nie takla sakit pown...

    EIKA : ooo u`olls ker yang tegur..serious sue tak perasan dan tak kenal..bukan sombong tapi dok pk siapalah yang tegur aku nie..hehhehe SS pie check up 2 minggu sekali sebab berat badan naik....insyaallah ada masa kita jumpa yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..sure la sis xkenal sebab mana kita pernah jumpa sis :P Ika yang leh kenai pon sebab nama sis la then tgk muka betul la ni.2 yg ika tgur.insyaAllah...ada rezeki kita jumpa g.Ika baru g so sebln sekali ja sis p check up :)

      Delete
  4. eika : kalau kandungan baru memang check up sebulan sekali. Tapi lepas dah beberapa bulan dan anda ada masalah memang doktor akan advise kita pie check up...ermmm buat penat ja...hahahhahaha

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels