Friday, March 1, 2013

Bayi apa dalam PERUT ?? Jom kita Kaji...


Assalammualaikum semua....

Alhamdulillah hari Jumaat yang cukup indah.Tarikh pown cantik 1.3.13. Memang confirm ramai yang pilih tarikh nie nak kawin..Konon nanti dalam sijil Nikah @ kad nikah tue tarikh dia cantik jer....Takpa tak kisah pown..apapun SS nak wish Selamat pengantin Baru dan selamat menjalani kehidupan berumah tangga..

Okaylah ramai juga sekarang nie yang mengikuti cerita di belog SS nie...Happy mood :)...Tunjuk kat suami pown dia seronok sebab ramai yang baca..Kini dah cecah sampai 2 ribu lebih..ALhamdulillah..Kalau buat bisnes best nie...hehehhehe

This time punya entry SS nak cerita dan kongsi bersama dengan semua pembaca tentang jantina baby dalam pewut Ss yang comel nie...Ramai yang dok mengagak tentang jantina dia, melalui perwatakan SS, cara SS, dan ciri-ciri fizikal SS. Tapi apakah benar ramalan mereka???Katanya dalam 4 bulan dah nampak tapi kita tak boleh nak sure adakah semuanya benar atau tidak sehinggalah si kecil nie dilahirkan...Tapi benarkan tanda-tanda yang kita search dalam internet tue benar atau tidak???

Mungkin Ya atau TIDAK..Tapi kita hanya boleh meramalkan sahaja, Sebab kadang-kala tak betoi pown.Jom kita try belek apakah tanda-tanda yang SS terima dan alami...:)




ADAKAH BAYI LELAKI??


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung ( ada pown sikit jer masa awal tue....tapi bila masuk 3 bulan hamil memang setiap pagi lewat pie kerja)
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit ( belum buat ujian lagi )
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh ( rasanya macam semua ja berat..hahhaha)
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna ( ada yang cakap bulat kedepan, ada yang cakap melebar...tak sure)
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( gelap jugaklah)
  • Bentuk perut condong ke arah bawah ( macam ada jugak..tapi tak pasti sebab baby kerap ada blah bawah)
  • Sukakan makanan yang masam dan masin ( depends pada waktu dan jenis makanan)
  • Suka makan daging dan keju ( ikut mood )
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk ( sejak masuk kandungan 4 bulan ++ kaki memang sejuk sampai mai opis pown pakai stokin)
  • Tangan selalu kekeringan ( dari sebelum kawin lagi memang kering...)
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur ( yes )
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan ( tak pernah tanya...)
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil ( kebanyakan yes..sebab SS suka bersolek dan nampak cantik-cantik )
  • Hidung tampak lebih mekar ( mantain macam biasa jer )
  • Selalu sakit kepala ( sekarang nie suka sakit blah kanan...macam maigrain...)




ADAKAH BAYI PEREMPUAN??


  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan ( tak jugak)
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur ( cam mana nie??? tk faham )
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul ( ini sentiasa ada...sampai sekarang )
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan ( tak pandai nak bandingkan :) )
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya (ada sikit...lebat dan juga tak gugur...suka rambut SS time preggy nie )
  • Bentuk perut condong ke arah atas ( tak sure )
  • Perut tampak agak lonjong ( tah tahu nak tengok )
  • Mengidam makanan manis ( setiap menu SS memang manis )
  • Sukakan buah-buahan ( terutama sekali buah anggur...Mesti ada stock dalam peti ais )
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam ( ohh sangat suka yogart yang masam tue..kalau pie shopping barang rumah sure beli stock )
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil ( sangat...terutama sekali bila hubby bagi semak rumah or tak tolong...hehhehe hubby pown tension juga )
  • Mudah moody berbanding sebelumnya ( moody dan juga sensative )
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil ( sekarang dok naik jerawat )
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( roti memang jarang makan..kulit apatah lagi )
  • Payudara kelihatan mengembang ( ini sangat ovious sampai semua orang tegur sebab besar )


Tapi sepanjang kehamilan SS nie, apa yang SS alami ialah :

AWAL KEHAMILAN
  • Pada awal kehamilan , SS suka makan @ ratah AYAMAS..sampai 1 minggi 3 kali wajib kena makan. 1 ekor tue SS boleh bedal sorang...
  • SS tak boleh minum air masak. Bila minum rasa nak muntah.
  • Mula kehamilan SS malas nak bersolek...serabai jugaklah.. 
  • Asyik nak muntah dan pening...
  • Sakit pinggang sampai tiap malam kena lekat salonpas or hubby tolong sapukan minyak..
  • Sangat pemalas sampaikan terpaksa cancel all appointment dengan customer.
  • Suka masak
  • Suka Makan Ayam & Daging
  • Suka minum air TEH
  • Bersemangat


TRIMESTER KEDUA
  • NO MORE AYAMAS tapi digantikan dengan TOMYAM seafood extra cendawan..Superbbb
  • Suka makan sotong & udang...itu memang sentiasa...
  • Agak rajin sikit...
  • Kurang bertenaga dan sering tak larat
  • TAK ADA ALAHAN LANSUNG....alhamdulillah
  • Kaki cepat letih dan sangat sakit
  • Tapak kaki sejuk tambahan blah malam dan pagi...
  • Suka makan buah anggur
  • Sangat cerewet dan sensative
  • Kerap bertengkar dengan hubby...konon ada jer benda yang dia buat tak betoi...kekadang kesian kat dia...hehehehe
  • Pewut SS ada yang cakap melebar daripada memuncung ke depan.
  • SS lebih berseri dari sebelum nie..
  • Jarang masuk dapur sikit..sebab bila berdiri lama sakit kaki...

Setakat nie, ini jer yang SS nak kongsi dengan u``olls semua tentang perkembangan SS dan kandungan SS nie. memang semuanya 50-50  dan tak sure sama ada boboi ker gugurl...Hari tue scan dia tunjuk bontot..tapi tak nampak pulak..So nanti kita tunggu jer next scan..hehehehe..Kalau ikutkan SS nak dan teringin nak dapat gugurl tapi hubby nak boboi...But apa yang keluar pown tak kisah asalkan dia sihat...




No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels