Pages

Wednesday, February 20, 2013

Resipi Dapur : SUP AYAM


Assalammualaikum semua....

 Hari nie SS nak kongsi cerita dengan semua recipi membuat SUP AYAM dan juga Spegetti Carbonara...Alhamdulillah sepanjang tempoh SS mengandung nie, SS tak ada langsung alahan pada bauan di dapur macam ada sesetengah orang tak tahan bau nasi la dan sebagainya...Tapi SS lagi suka memasak. Cuma pernah ada 1 bulan tue SS memang jarang masuk dapur. Tapi SS gagahkan diri untuk masuk ke dapur dan memasak..Bukan untuk orang lain. Untuk suami jugak...

Okaylah, this time SS nak kongsi dengan semua cara nak membuat SUP AYAM. Kalau sebelum nie dah 3 kali SS buat sup sure suami SS tak suka. sebab dia cakap cair dan kenapa sup nie warna putih???hahaha..memang sangat lawak..Sebab masak dan ada orang komen. Tapi jangan pulak u`olls tersentap bila suami komen masakan anda. Bukan dia nak perli, dia komen pown sebab nak bagi si isteri pandai masak...So sampailah 1 hari tue, SS sangat teringin nak makan SUP ayam dengan Spegetti. So dengan niat yang kukuh, SS telah ke pasaraya GIANT untuk membeli barangan nak memasak. Serious sangat teruja....

Beli membeli dan balik kerja terus serbu dapur untuk masak....Tapi sebelum tue, SS sempat lagi bertanya pada kawan diopis yang memang masak sedap..hehehhe so dapatlah tipsnyer...

MENU SUP AYAM

BAHAN-BAHAN

  1. 4 ketul ayam ( ikut bilangan orang nak makan) - dibasuh bersih
  2. 2 sudu Rempah Sup 
  3. 1 bungkus sup bunyut
  4. 1 biji kentang
  5. 1 biji lobak merah
  6. 10 biji bebola ayam
  7. garam (secukup rasa)
  8. 1  biji bawang ( dihiris ) 
  9. 1  bekas air ( pakai ukuran jug plastik yang buat air tue)
  10. Daun Sup & Bawang ( dihiris halus )
Cara nak memasaknyer :
  1. Rebuskan ayam tadi sehingga lembut dalam 20 minit.
  2. Perlahankan api, dan selepas itu, toskan ayam tersebut ( asingkan ayam dari air rebusan tersebut)
  3. Air rebusan ayam itu yang akan dijadikan sup ayam...Sebab rasa ayam tue asli.
  4. Sementara itu, masukkan sup bunyut, kentang, lobak merah, bawang , garam dan juga rempah sup ke dalam air rebusan tadi. Ini bertujuan untuk melembutkan sayuran tersebut. 
  5. Biarkan sehingga semua bahan-bahan tersebut selama beberapa minit, kemudian masukkan semula ayam tadi dan juga bebola ayam.
  6. Akhir sekali masa nak hidangkan sup tersebut , taburkan daun sup dan daun bawang bagi menaikkan aroma sup tersebut.
 




 


Selamat Mencuba kepada mereka yang nak try resipi dari SS nie..hehehhe simple jer... Nak makan dengan nasi pown boleh atau pon makan saja..sedap serious....Nanti SS akan share pulak pengalaman SS membuat spegetti olive oil & carbonara...sedappppp




No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...