Sunday, August 12, 2012

Cincin Untuk Lelaki


Membeli cincin sebagai tanda pemberian hadiah perkahwinan ialah salah satu benda yang memang Wajib ada dalam setiap perkahwinan. Tapi ikut juga pada kemampuan si pengantin. Ada yang bagi gelang,rantai,cincin dan sebagainya. 
Dalam since filem OMBAK RINDU pun depa kawin kat Siam...then tak ada hantaran hanya bertukar jam tangan gitu..hahahha....at list ada juga tanda hadiah kahwin....



Tapi sekarang nie nak kawin pun demand macam-macam...nak set tue la nie la...tapi mampukah pasangan kita nak membelinya??? Takpa buat jer mana yang mampu anda buat ok. Macam saya sendiri hanya bagi gelang tangan jer sebab cincin dah dapat 2 bentuk masa tunang n merisik...

Okaylah, sekarang nie aku nak menceritakan 1 bab yang boleh dikatakan menjadi tanda tanya dan kemusykilan diminda berkaitan tentang CINCIN LELAKI...Ha...tajuk nie memang sangat popular time bila nak kawin :

" sayang, nanti cincin u nak beli yang mana satu? suasa ka silver? pening la"

Pernah anda mengalami situasi macam tue?? Dan pernahkah anda mencari jawapannya? Macam aku sendiri..Memang sangat pening. sebab ada yang kata SUASA boleh pakai sebab rasullullah pakai sampai dia wafat...dan ada pulak kata SILVER tak boleh pakai...Emas memangla dah Haram...So macam mana ???Mana satu nak pilih. 
Penah juga bergaduh dengan En.Tunang sebab tak tau yang mana betoi sampailah terbaca belog seorang  blogger nie dan juga belog Ustaz Naim berkaitan tentang 
HUKUM MEMAKAI CINCIN BAGI LELAKI.


Petikan daripada Belog Ustaz Naim


Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin 

perak atau platinum.

itulah jawapannya...sekarang nie memang senang kepala otak nak mencari cincin perak ( silver) atau platinum.Klu Platinum memang mahal kot. Tapi silver dikategorikan dalam range harga yang mampu dimiliki..




ini contoh cincin slver...platinium pun lebih kurang sama jer


 HARAM : cincin emas @ emas putih dipakai oleh lelaki


Cincin Suasa yang menjada pilihan kebanyak lelaki 


Mudahan entry kali nie banyak membantu B2B untuk urusan membeli cincin kepada pasangan anda. Begitu juga kepada saya...Memang sangat senang. So just cari silver paling mudah....dan bajet pun okay jugak....tapi janganlah beli yang RM15 jer. Belila yang mahai sikit...Baru cun...
So good luck dan selamat membeli


Bride To Be,
~sue~



1 comment:

  1. assalam jangan lupe letak yg suasa pon haram pada laki ... wlaupon 1% emas kandungan tetap haram .. jangan ckp emas putih je

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels