Wednesday, June 20, 2012

Soalan Bakal Pengantin


Salam semua,

Hari nie saya sangat berbesar hati nak berkongsi dengan u`olls semua tentang soalan-soalan temubual bersama TOK KADI bagi mereka yang akan ditemuramah masa nak kawin nanti.

Kalau tak salah saya, soalan ni telah siap disenaraikan dalam borang kawin nanti ( pejabat agama timur laut) bagi kawasan yang lainnya, saya tak berapa pasti sama ada sama atau tidak. So saya nak berkongsi dengan anda semua. Sambil kita pelajari sesuatu yang baru dan menambahkan ilmu..Insyaallah


ada 20 soalan uyang disenaraikan dalam borang yang nanti bakal pengantin dapat sama ada lelaki @ perempuan sama jer.





Antara soalan yang wajib kena lulus ialah :




Mengucap 2x kalimah shahadah








Istighfar




Selawat



Rukun Islam

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat





Rukun Iman

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar





Membaca Al-fatihah

Ini tak perlu nak jelaskan sebab semua dah tahu :)



Sebab-sebab berhadas besar
  • Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
  • Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
  • Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
  • Habis masa haid.
  • Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak



________________________________________________________________________________


Ini pulak soalan yang mungkin antara soalan yang akan ditanyakan oleh TOK KADI. So be ready jer..:


Larangan ketika berhadas besar

  1. Membaca , menyentuh Al-Quran
  2. Bersolat
  3. Mengerjakan Haji
  4. Duduk dalam Masjid
  5. Berpuasa
  6. Bersetubuh

Lafaz Niat Dan Cara Mandi Hadas

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.


نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.


Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.


Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
Cara mandi 
  1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  7. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Jenis dan bahagian Air

  1. Air yang suci lagi menyucikan,tidak makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.
  2. Air yang suci lagi menyucikan,makruh menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.
  3. Air yang suci tidak menyucikan, iaitu air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.
  4. Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam najis (huraian akan datang).


Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.
 
Air Mustakmal
Air mustakmal ialah air kurang dari kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.
Jika dihimpunkan air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.

Air yang Berubah:
Air yang berubah yang tidak menyucikan ialah yang berubah dengan sesuatu yang asing yang suci yang bercampur dengannya,seperti kayu gaharu atau cendana,akan sebagai berubah yang hilang nama semata-mata air sehingga berkehendakkan kepada qaid ketika menyebutnya seperti air cendana, air gaharu.
• Tidak mengapa berubah sedikit
• Dan tidak mengapa berubah kerana lama bertakung ,dan berubah dengan sebab tanah dan tumbuh-tumbuhan air.
• Tidak mengapa berubah kerana sesuatu yang berdamping atau berhampiran (mujawir).

Air yang terjemur pada panas matahari
Ialah air yang terjemur pada panas matahari pada negeri yang tersangat panas hawanya, didalam bekas yang lain dari emas dan perak.
Makruh menggunakan air yang terjemur itu pada badan,seperti bersuci ,dan makruh pada makan dan minum.
Tidak makruh pada pembasuh pakaian dan sebagainya,dan tidak makruh jika air itu sudah menjadi sejuk.

Air mutanajis
Air mutanajis ialah air yang jatuh najis ke dalamnya serta berubah rasa atau bau atau warna dan jika sampai kadar dua kolah sekalipun.Ataupun air yang tidak sampai dua kolah yang jatuh ke dalamnya najis dan tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun.
• Tidak jadi najis benda yang cair jatuh ke dalamnya bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti bangkai lalat,semut dan sebagainya.
• Maksud jatuh itu ialah jatuh dengan sendirinya.







Rukun wuduk dan perkara yang berkaitan dengannya




Rukun Wudhu’
1. Niat
2. Membasuh Muka
3. Membasuh kedua tangan hingga siku
4. Menyapu air ke kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib



Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhu’
1. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda 
    atau angin
2. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
3. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan
    antara keduanya bukan muhrim
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau 
    kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.







Solat & Rukun


Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

1. Berdiri Betul, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam 

    keadaan berbaring.
2. Niat, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. Takbiratul Ihram, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. Membaca Al-Fatihah, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. Rukuk dengan Thumakninah, membongkok 90 darjah.
6. Iktidal dengan Thumakninah, berdiri betul selapas rukuk.
7. Sujud dua kali dengan Thumakninah, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. Duduk bagi tahiyat.
10. Membaca tahiyat awal
11. Membaca selawat, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. Memberi Salam, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. Tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.







Bahagian Najis & Cara Bersuci




Terdapat tiga bahagian najis iaitu:
1. Najis mukhaffafah (najis ringan).
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).
3. Najis mughallazah (najis berat)

1.Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untukmensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencingkanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu danhilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.

2.Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis

3.Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian
.Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya
hendaklah dicampur dengan tanah








Rukun Nikah & perkara yang berkaitan denganya


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu ;
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab & Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi







 Tanggungjawab seorang isteri

  • Tunaikan hak ALLAH S.W.T
  • Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara'.
  • Melayan suami dengan ma'ruf (baik)
  • Menghias diri
  • Memelihara kehormatan diri dan harta suami

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI
  • Nafkah
  • Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruh dan meninggalkan perkara mungkar
  • Adil
  • Melayani isteri dengan makruh
  • Memberi perlindungan/keselamatan


HAK DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
  • Kasih sayang
  • Bekerjasama
  • Amanah
  • Istimta' dan hubungan kelamin
  • Menghormati pasangan dan persemendaan
  • Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
  • Perbincangan/Mesyuarat
  • Mendidik anak-anak
  • Urus rumahtangga
  • Hak pesaka mempesakai
  • Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa
  • Menjaga maruah suami isteri




Tanggungjawab terhadap Anak-anak


  • Mendidik akhlak-akhlak anak-anak
  • Melayan anak2 dgn penuh lembut dan ksh syg
  • Melatih anak2 mengerjakan solat
  • Menanam akidah tauhid




Aurat Lelaki & Perempuan




a) Aurat di khalayak awam
- Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
- Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

b) Aurat dengan ahli keluarga
- Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
- Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

c) Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
- Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
- Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

d) Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
- Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
- Aurat perempuan, antara pusat dan lutut






Waktu-waktu Haram Bersetubuh


  • Dilarang bersetubuh di siang hari Bulan Ramadhan
  • Dilarang bersetubuh Ketika istri datang bulan
  • Jangan bersetubuh Malam awal dan akhir bulan
  • Dilarang Bersetubuh melalui anus
  • Dilarang Bersetubuh membawa ayat suci, nama Allah, Nama Malaikat, Nama Nabi
  • Dilarang bersetubuh di Masjid, saat Haji dan saat siang hari Bulan Ramadhan 




Talaq




PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)
Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan
menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada
isteri


Jenis-jenis Talaq

LAFAZ SARIH (NYATA)
   Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya 
jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:

"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 
atau 3"

LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)

Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak
tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.

Contohnya:
"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu"


CERAI TAKLIK
Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara

Contohnya:
"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"
"Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamumaka jatuhlah talaq"
"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu"


TALAQ KHULU'
Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan
pihak isteri
Contohnya:
"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit




Hak-hak selepas penceraian
  • Nafkah eddah
  • Hutang Mas Kahwin
  • Tempat tinggal
  • Harta sepencarian
  • Hak jagaan anak
  • Nafkah Anak


Hopefully semua ini dapat membantu anda....insyaallah...tapi jangan sekadar nak lulus dengan TOK KADI jer..kena juga amalkan selalu...



Love,
~sue~






Sumber daripada :









3 comments:

  1. tok kadi tnya kat pengantin lelaki ka perempuan?

    ReplyDelete
  2. 2-2 sekali dik ooii...masa kita ambik borang nikah. dalam tue dah mention terus semua soalan nie. So just prepare jer

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels