Assalammualaikum semua....
Hari nie dah masuk pun ramadhan ke 18....Alhamdulillah ada lagi 12 hari kita nak menyambut hari raya..Sekarang nie makin sibuk kita nak buat persiapan hari raya, nak shopping, nak deco rumah dan nak buat apa yang perlu...Tapi ingat!!!! Dalam kita sibuk nak buat persiapan, keselamatan anak anak itu penting tau....So saya nak share sikit tips untuk anda yang nak shopping sambil bawak anak tu wajib guna tips nie sebab ia berlaku pasa saya sendiri...
Kalau nak tau, anak sulung SS nie memang sangat hyper aktif. Dia cepat ramah dengan orang persekitarannya terutama kanak kanak. So bila p shopping mall dan ada terjumpa budak budak, tak kisah bangsa apa dia boleh selamba ja nak main dengan budak budak tu. So last week masa tengah shooping baju suami kat AEON Queensbay Mall, dalam dok tengok sat ja...si zakwan tu boleh lari laju ja ikut budak budak nak main...masa time tu SS tengah baru nak pasang baby carrier nak dukung zill. Tak sempat nak hambat dia dah lari...laju....Terus SS panggil suami suruh dia p cari Zakwan.. cari punya cari jumpa dia kat tempat baju lebih kurang 100meter dari tempat kami ada.Memang cuak gila....
So lepas tu terus masukkan zakwan dalam stroller dan lock dia..Biaq pie dia nak jerit 1 mall tu asalkan anak aku selamat,...Yes memang dia akan jerit bagai...So apa yang SS buat...SS umpan dia dnegan phone dan bukak YOUTUBE...So dia akan layan video yang dia suka tengok, lepas tu bila dia dah bosan SS belikan pulak aiskerim MCDONALDS konon nak bagi dia diam..YES!!! memang dia diam...lepas tu dia buat hal balik, SS ikut ja apa permintaan dia...Bermain kat playground dalam AEON...lepas tu SS umpan jugak dengan makanan ringan Zakwan iaitu COCO CRUNCH...
Ingat tau budak budak lani sangat bahaya kalau kita tak ambil berat dan tak pandang serious. BIarpun benda kecik ja tapi kesannya kita sendiri yang akan menyesal tak sudah. SS memang sangat alert bab nie sebab tu setiap kali nak keluar SS akan siap semua barang barang bagi lengkap :
- pampers
- Baju salin
- Wet tissue
- kipas kecil
- grooming bag
- makanan ringan
- mainan
- bekas air
- sapu tangan
Biarpun nak p mana sekali pun....Tapi ingat jugak, Bagi anda yang punya anak kecil yang sangat hyper dan nak juga bagi dia berlari dalam shopping mall nie, SS sarankan uolls pakaikan anak uolls. Harga kat pasaran kalau tak silap tak lebih rm100. Kalau handbag original boleh nak beli, tapi beg kecik nie tak boleh nak beli...macam LARA ALANA pakai dan banyak ibu bapak yang kritik kata buat anak macam binatang bagai. Tapi pernah tak anda lihat anak anda lari macam lipas kudung kat shopping mall...bayangkan kalau dia lari depan anda..tak sempat anda kejar tetiba ada orang lain yang kejar dan bawak lari....masa tu apa anda nak buat???? So inilah pilihan terbaik.... :
Atau ampa boleh bawak stroller. Ini wajib sebab bila kita letak anak dalam tu, kita boleh pakaikan belt dan anak memang tak bole nak keluar..Biar kita renyah nak usung sana sini tapi ingatlah keselamatan anak anak kita. Nanti dah jadi baru nak menyesal...Biarlah anak kita nak jerit bagai nak rak asalkan dia selamat....
Dan paling penting.JANGAN BIARKAN ANAK ANDA SEORANG DIRI..BIARPUN DIA BERJALAN DIBELAKANG ANDA..PERHATIKAN SETIAP TINGKAH LAKUNYA....KERANA ANAK ITU ANUGERAH DARI ALLAH BUAT ANDA YANG BERGELAR
IBU DAN BAPA
Love,
Madamsurianie
No comments:
Post a Comment