Pages

Wednesday, June 29, 2016

Deco Rumah Saya | Step mengecat dinding rumah macam wallpaper

Assalammualaikum semua,

Tersangat excited nak sharing entry pasal deco deco rumah impian kali nie. Taktau pasai apa kali nie rasa teruja nak make over rumah sendiri.biarpun rumah sewa ja belum rumah sendiri..nanti kalau rumah sendiri tak taulah cam mana. So kali nie SS memang dah plan lama nak buat walldeco kat ruang tamu..tapi tak tau nak buat macam mana.Kali nie dah dapat idea iaitu dengan mengecat dinding dengan membuat seni kreativiti pakai tape. tengok dalam page pinterest memang sangat menarik dan membuatkan SS rasa teruja...


So lepas SS upload dalam Facebook last week ramai yang tanya macam mana SS buat cantik macam tu..So hari nie SS sharing dengan anda semua step by step cara nak buat . Hasilnya memang nampak macam wall paper tau....Tapi ini first time SS buat, alhamdulillah menjadi. Tahun nie boleh buat sesi photoshoot kat situ jer....

Barangan yang SS perlukan ialah :
  1. Cat 
  2. Berus
  3. Tape 
  4. Plaster Simen


STEP 1 : Membuat corak 

Untuk Step 1, pertama sekali SS bersihkan wall dengan penyapu ja buang habuk habuk yang ada bagi mengelakkan masalah. ikutkan kena kikis dulu cat yang sedia ada. tapi disebabkan SS hanya nak buat corak , SS tak kikis cat yang lama. Lepas tu SS buat corak seperti yang SS inginkan. kalau anda nak buat bentuk batu bata ker, garisan petak ka, apa saja itu terpulang mengikut idea dan kreativiti sendiri.



STEP 2 : TAMPAL SIMEN PLASTER

 Selepas dah siap buat corak gunakan tape mengikut suka hati, kini giliran suami SS pulak untuk membuat plaster simen. betulkan lubang lubang yang ada. ingatkan susah.senang ja...lepas dah betulkan lubang lubnag yang menonjol tu...tunggu sampai simen plaster tu kering dalam 15 ke 20minit. Lepas tu dah boleh start cat.




Step 3 : PEMILIHAN CAT

Untuk penggunaan cat, SS memang bukan pro sangat tapi apa yang SS buat, SS pie kat kedai cat dan bagitau nak caj dinding. Yang penting kena tau ketinggikan ruang dinding yang uolls nak caj. Macam SS nie pakai 1 litter caj sahaja. SS pilih caj yang mudah cuci kalau anak anak yang suka buat art kat dinding rumah. So uncle tu recomend nippon dengan harga rm44.50. Warna code yang SS pilih ialah GRAPE FREEZE...SS nak warna gelap sikit. tak mau yang cerah cerah sangat....nak bagi nampak macam exclusive sikit la kononnya...hehehheh..Yang bagusnya cat nippon jenis Satin Glo nie, kita tak perlu mix dengan tiner atau apa apa. just cat terus, cuma klu rasa pekat masukkan air dan mix up. lepas tu kalau kena pada tangan pun senang ja nak tanggalkan tak perlu cuci pakai bahan kimia...senang kan...



Step 4 : JOM CAT!!

Selepas semua dah selesai, barulah adan boleh mula mengecat. Kali nie SS tak gunakan cat yang roller tu, tapi SS gunakan alat mengecat yang baru iaitu POINT & PAINT...Nanti SS tunjukkan gambar dier dan review sikit. okay back to cat balik, untuk dapatkan kesan atau warna yang lebih cantik kena buat 2 layer baru cantik. Yang 1st layer SS dap dap kan saja...Lepas tu untuk 2nd layer baru SS ratakan semua cat...



Lepas dah siap jadi macam nie. Bagusnya cat nippon nie, ia cepat kering.So kita tak perlu risau kalau ada anak kecil nak bermain dekat dengan dinding tersebut. Sebab dalam kurang dari 1 jam selepas caj dah kering.




Step 5 : CABUT TAPE

Suami tanya bila kita nak cabut tape??? SS jawab lepas solat isyak nanti kita cabut. So bila nak cabut, kena pelan pelan tau bukan main tojah jer nak sabut. Lepas tu touch up sikit mana yang rasa perlu di alter.....



Lepas dah cabut, inilah hasilnya...taraaaaa...cantik kan...nampak sebijik macam kita lekat wallpaper kat rumah. Bayangkan kalau letak wall paper nie berapa kos dia. Tapi kalau kita buat sendiri harga dia tak sampai rm60 jer..murahkan. Then yang paling best bila kita dapat gain experience mengecat rumah sendiri...




Semoga entry simple nie boleh membantu uolls semua untuk mengecar sendiri rumah ikut idea masing masing, SS pun rasa teruja dan sekarang nie dalam proses nak deco rumah secara peringkat peringkat. tak guna bajet yang besar pun, tapi pakai modal yang kecil jer...So good luck uolls..
Kalau ada yang nak sharing entry nie, SS sangat alu alukan. 




Insyaallah nanti dah fully siap deco rumah SS, nanti SS sharing dengan anda semua okay. masih lgi dalam proses nak deco..nampak tak 4 kotak mainan anak, yang tu pun tengah plan nak buat macam mana. bagi memudahkan anak nak main dan bila simpan nampak kemas...So stay tune yer...nanti SS sharing lagi...
Yang bestnya lepas siap ja walldeco nie..setiap gambar yang SS nak snap guna ja backgroud yang nie...cantik......


Good Luck To uolls semua dan selamat mendeco....

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...