Assalammualiakum
Alhamdulillah hari ini genap 30 hari saya dah melahirkan seorang lagi cahaya mata yang kedua.cepat sungguh masa berlalu dan sekarang dah pun 30hari. Semuanya alhamdulillah..Happy pun ada teruja pun ada. siapa tak happy kalau ada anak kan.Tapi pengalaman melahirkan anak kedua nie memang cukup tragis sekali. boleh katakan kali nie bersalin secara emergency. tanpa diduga dan tanpa dirancang. ikutkan nak ja bersalin pada 11.11.15 tapi apakan daya terawal 3 hari. So pada 8 .11.15 bersamaan 12.55pm maka lahirkan seorang putera yang kami namakan dia
MUHAMMAD ZILL QAYYIM BIN MOHD ROZAINIZAM
yang membawa maksud
" perlindungan yang berharga"
Amin...ya rabbal alamin....tersangat happy dengan anugerah ini...anugerah yang cukup berharga dan sebuah amanat yang perlu kami jaga dan belai dan berikan didikan yang sempurna untuknya. so hari nie barulah ada peluang untuk aku ceritakan sendiri pengalaman real punya dimana situasi aku melihat sendiri saat saat perut aku dibelah hidup hidup..haaaa macam ngerikan...pastinya bukan nak takutkan tapi nak kongsi cerita dengan anda semua yang ternanti nantikan cerita ini...
5 Nov 2015
----------------
Pada tarikh keramat 5.11.16 jam 3.30pm masa aku nak ke toilet seperti biasa aku memang dah bersiap sedia jika kotkot ada turun tanda ka apa sebab dalam minggu menjelang 37 minggu kontraction tu memang dah rasa kerap kerap dan sakit. So masa masuk toilet dan nak buat air kencing tu tetiba yess dah ada tanda..sama macam si abang tu. turun tanda macam ada selaput coklat pada pad. so time tu memang aku dah ready means any time boleh bersalin. cuma lambat atau cepat kita tak pasti. So time aku aku dah maklumkan pada suami aku ttg situasi itu. sakit tu tak berapa nak kuat.Masa tu aku pun dah mmg ambil cuti tak p kerja sebab memang dah tak larat yang amat. so lepas tu sakit makin kerap sampai keesokkan harinya..
6 Nov 2015
----------------
Hari jumaat seperti biasa aku ambil cuti alang alang dah cuti. so msg kat boss untuk teruskan ambil cuti sebab memang dah tak larat dan aku cakap dah turun tanda. Tapi hari nie memang lain sangat rasanya. Aku msg kat suami bgtau kala boleh bawak aku p ospital untuk cek sebab sakit dah kerap tapi air apapun tak ada yang turun..alhamdulillah...tapi sakit tu ya allah sakit memang macam nak beranak...boelh katakan kerap sakitnya...So lepas bersms dengan encik suami aku. dalam 11 lebih dia balik rumah dan terus kami ke MH untuk check up. So bab nie aku tak mau cerita sebab itu adalah prosedure biasa. yang mengejutkan doktor cakap dah bukak 1cm. Tapi dia benarkan aku balik sebab ward penuh. Aku dengan happynya balik dan bgtau suami kata dah bukak 1cm jom kita p jalan jalan.lawak tapi itu reality. Petang tu lepas ambil si zakwan kami ke tesco dan jalan jalan kat sana..dok terasa macam macam yang keluar tapi semua warna coklat coklat....sabar.....ja...
7 Nov 2015
---------------
Hari sabtu pulak lagi seronok...siap pagi tu seharian aku berjalan..kesana sini makan sampai malam. sakit pun sakit tapi tahan ja sebab konon nak bagi laluan bukak so mungkin ada rezeki boelh nak bersalin normal. Ya allah memang sakit....tapi aku tahan sampailah malam tu siap sempat lepak dengan budak sekolah lama sambil buat delivery Shaklee kot. sembang sambil tahan sakit. depa tanya hang bila nak beranak..dengan selamba aku cakap. Lani tunggu masa baru bukak 1cm...semua pakat terkejut dengak..sebab aku cam relax ja.. tapi dalam hati aku nie tudia sakit kot....so mlm tu balik rumah dan lena tapi jam 3pagi tudia sakit mai balik tapi aku tahan sebab tak mau p ospital..kecian kat si abang nak gerka dia...tak mau pulak kacau mengasuh..So aku tunggu sampai esok pagi..si suami la yang dok sapu belakang aku untuk legakan sakit...
8 Nov 2015
-------------
AHAD - Pagi tu bila bangun naluri aku cakap memang rasa tak sedap perut. Cakap kat suami lepas kita p breakfast kta p ospital untuk cek kot kot dah bukak banyak. So kami pun lepas makan terus ke ospital untuk check up. Masa masuk bilik tu ada 2 nurse dan seorang doktor. tudiaa doktor tu handsome habak hang!!! hhahaha sempat lagi nie..hahhhaha..rupanya dia yang nak menyelop dan tengok laluan aku dah bukak berapa cm...aku pun menebalkan muka dan tak heran dah apa pun..sebab sakit. lepas dah cek rupanya baru bukaka 2CM...dah 3 hari baru bukak 2CM!!!! lamanya..itupun aku minum minyak selusoh tau....bila kata ja dah 2CM terus depa nak admid aku. tapi sebelum tu depa buat scan dan check bby besar 3.91kg..
waaaaaaaaaaa..... besaq nya!!!!!!!! aku terus cakap kat doktor,,request untuk cser sebab aku tak berani nak teran takut tak mampu sebab bby besaq. memanglah berat tu tak betul. tapi tolak p tolak mai mesti dah besar.
Lepas doktor berleter kat aku sebab aku nak cser...aku cakap aku tak mau bicang apa pun dnegan suami sebab sakit tu semakin kuat. depa pun tak cakap apa terus call operation room untuk buat emergency cser. So time inilah aku dah start sebak.......adegan sebak bermula...
aku mula diberikan suntikan...pakai baju operation dan makan ubat tahan muntah sebelum aku ditolak ke bilik bedah. time tu si suami dan zakwan masih ada di bilik yang sama sebab suami aku kena sign segala borang apa tah. tengah siap siap si zakwan selak tirai katil aku dan panggil
' ibuuuuu"
time tu aku dah mula sebak sebab dalam hati aku..lepas nie aku dapat jumpa dia lagi atau tidak..aku tahan sebak...so lepas lebih kurang 45minit aku ditolak keluar dari bilik tersebut dan aku nampak suami aku dan zakwan mai rapat dengan aku yang dah terbaring berbaju putih. Aku terus nangis..zakwan langsung tak mau cium atau peluk aku. air mata aku jatuh..suami aku cakap
" napa awak menangis..jangan risau semua akan okay,,insyaallah awak akan selamat..kami tunggu awak dengan adik yer '
aku menangis dan sambil tu aku tak mampu nak bersuara apa..hanya tengok anak dan suami ja..depa iring aku sampai ke pintu bilik bedah....
jeng jeng jeng.......!!!!!!!
Masa berjalan dengan cepat sangat...lepas aku ditolak ke bilik bedah...terus doktor bius datang dan kenalkan diri,..aku jadi blur seketika sebab boleh katakan aku dalam kategori sedar sebab baru habis sarapan kira badan tu masih fresh dan apa yang depa buat semua aku dengar dan nampak.....aku ingat lagi masa bersalin zakwan kawan aku pesan kalau nak tengok depa potong perut aku..tengok bawa h lampu...yes sekarang nie sekali lagi aku buat...reallll nampak sebijik sebijik.
lepas dok bius dah biuskan aku..aku terus tak rasa apa apa..dalam 10 saat ja aku dah lumpuh dah terus aku tengok perut aku dah mula disapu dengan 1 cecair berwarna merah.mungkin itu ubat untuk kebas. bayangkan aku masuk bilik bedah jam 12.20pm... tengok tengok perut aku dah kena belah...aku pun masa tu rasa okay lagi...siap tengok jam dan relax ja..tetiba aku terasa macam bau terbakar..tengok tengok perut aku dah dibakar..ya allah...demi kerana seorang ahli syurga aku sanggup biarkan isi perutku dibakar.... time tu aku dah rasa sangat takut sebab aku nampak perut aku...nyilu dan risau....
aku terus rasa nak muntah dan aku cakap pada doktor bius..dia pun masukkan ubat pada saluran jarum yang ada pada tangan aku...ya allah..begitu perihnya dugaan ini...aku tengok jam dah 12.40pm dan perut aku masih belum siap tapi kali nie lebih ngeri sebab bila aku tengok bawah lampu tu ada sejenis besi yang sedap menarik dan mengcengkam perut aku supaya bayi babti senang dikeluarkan. time tu aku terus membaca apa saja ayat yang mampu aku ingat..ayat kursi..aku baca berulang kali sehinggalah aku terdengar seperti air melimpah dan ada terdengar bunyi paip yang menyedut air itu..rupanya itulah air ketumban....
dan sejurus selepas itu..aku langsung tak mengalihkan pandangan aku di bawah lampu..dan tepat jam 12.55pm aku rasa mereka keluarkan bayi dari perut aku dan aku nampak bagaimana mereka memotong tapi pusat dan aku dengar buat pertama kali anak aku menangis...
Ya allah.....
aku menangis...
aku menitiskan air mata tatkala aku melihat anak aku dikeluarkan daripada perut aku sendiri
perut yang aku kandungkan selama 9 bulan
37 minggu lamanya...
alhamdulillah
selepas tiu aku tak mampu berkata apa dan aku terus pejamkan mata kerana rasa badan terlalu lemah dan terasa pening...
alhamdulillah aku selamat....
Jam 1pm lebih aku pun dikeluarkan dari bilik bedah bersama dengan anak ku....
time tu aku memang dah lali...
tiada lagi kesempatan untuk aku melihat zakwan....
ward aku kanak kanak tak dibenarkan masuk...
takpa tunggu ibu balik ya....
Kini semuanya dah selamat.....aku kini dah beranak 2
memang rasa macam tak percaya tapi itulah realitinya..
sebak???
okaylah..nantikan pulak cerita part 2 pulak..sekarang time nak rest pulak...part 2 nak cerita tatkala 3 hari zakwan tak jumpa ibu dan situasi bila zakwan dapat jumpa ibu..
memang sangat sedih...
tungguu..time nie mesti ada yang nangis lagi
No comments:
Post a Comment