Assalammualaikum semua...
Terima kasih sebab ampa semua masih lagi bertenggek dengan belog aku nie nak baca pulak cerita PART 2 pengalaman aku bersalin kan. Ramai yang bagi feedback dan ramai yang sharing entry hari tu. So hari nie aku nak sambung pulak cerita PART 2 situasi selepas keluar dari bilik bedah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas sahaja semua dah selesai, perut aku dah jahit dan aku pun ditolak keluar dari bilik bedah, aku ditempatkan di kawasan sementara dimana kawasan nie misi akan pantau perkembangan aku selepas dibedah. Ada seorang misi ja yang temankan aku. MAsa nie aku dah sedar dah cuma terasa sangat pening. 1st thing yang aku minta dari misi ialah " plastik bag " sebab aku nak muntah dan tak tahan sangat...then aku minta minyak cap kapak....kepala tu memang berpusing teruk sangat akibat kesan bius aku ada pada badan aku. So lepas hampir 30minit, misi tanya, dah tengok baby ka??? aku hanya gelengkan kepala sebab aku memang tak mampu nak cakap apapun.
So lepas beberapa minit aku terdengar kereta sorong baby, aku pun kaleh rupanya misi tolak anak aku mai rapat dengan aku, aku tanya " misi baby boi ka gurl??"...misi pun angkat dan tunjuk pada aku.
oh aku dapat baby boi...lepas tu dmisi pun tolak baby ke bilik khas, katanya bilik tu tak sejuk so sesuai dengan bayi. Masa tu aku hanya mampu tersenyum melihat sekujur tubuh kecil berbalut dengan kain hijau..
Selepas beberapa minit selepas itu, aku ditolak keluar untuk ke ward biasa, masa aku suami aku memang tak ada sebab hantaq zakwan kat bawah, akak aku tolong ambil zakwan dan jaga sementara suami aku uruskan aku. Lama juga aku tunggu kat ward, dan akhirnya aku terdengar suara suami aku datang rapat dan pegang aku.....Alhamdulillah aku masih dapat bertemu insan yang aku sayang..lega rasanya....aku tak mampu bercakap sebab terasa badan cukup lemah, aku tarik tangan suami aku dan berbisik ditelinga suruh lakukan beberapa perkara.
- ambil beg baby
- sarungkan stoking
- cari minyak cap kapak
hehehehe
Lepas suami aku berikan baju pada misi dan baby pun dah siap dipakaikan baju, terus suamiku azankan dia..dekat dengan aku....walaupun mata terpejam namun laungan azan tu tetap dapat aku dengar...begitu besar ciptaannya....Start dari hari tu aku memang tak boleh jumpa zakwan..memang terasa rindu dengan dia. aku hanya bertanyakan khabar. kata suami aku tiap masa dia tanya :
balik ja rumah terus dia lari masuk bilik, toilet dan sekitar rumah mencari aku....suami aku cakap ibu kat ospital dengan adik...lepas itu bermulalah adegan nak cari ibu....kadang kala tu sebak jugak...lepas tu nak tidok pun cari ibu sebab selalunya memang dia akan tidok dengan aku sambil peluk perut yang besar tu. Tapi 3 malam dia tidur dengan abah dia...memang dia carilah.
Lepas 2 hari aku kat ward. suami aku pun bawak zakwan,,,katanya zakwan cari aku sampai nangis nangis...So aku pun cakap takpa bawak dia mai ward. rupanya ward budak budak tak boleh masuk. sebab apa aku pun tak pasti..pelik betoi. sampai ja kat pintu guard tu mulanya dia macam merajuk tak mau , mungkin sebab dia marah aku tinggaikan dia berhari-hari, dia paling tengok aku, sampaikan aku duduk sebelah dia baru dia mai dan peluk aku...Ya allah sebaknya aku rasa.......lepas tu dia nangis..nasib aku pun tak nangis aku tahan ja..rasa dia peluk tu pelukan orang yang rindu ja..tengok muka dia pun nampak lain..nampak sedih ja..entahlah tak maulah cerita bab nie sedih kot. yang pastinya aku sangat bersyukur sebab aku dapat jumpa suami dan anak aku...
okaylah kita bercerita pulak bab selepas bersalin nie....
okaylah lepas ja bersalin tu memanglah tak rasa sakit, tapi lepas balik ja kat rumah, plastik jahitan dah dibuka, time tu memang sakit..nak bangunm nak duduk, nak berjalan Ya Allah...memang sangat sakit....nak batuk nak bersih sakit, semuanya sakit nk cakap macam mana pun tak tahu macam mana. bila sakit tu aku hanya mampu menangis dan menahan kesakitan, bila nak pakia baju, suami menjadi pembantu aku, nak keringkan luka suami menjadi misi aku,,,kali nie memang 100% bergantung sepenuhnya pada suami aku...memang orang cakap kalau kali ke 2 cser memang sakitnya lebih teruk sebab tempat yang sama dipotong, tempat yang sama dirobek, tempat yang sama dibakar...bayangkan.
Dalam tempoh 2 minggu yang pertama perih tu memang sangat terasa, tapi selepas 2 minggu alhamdulillah aku dah mula boleh bangun sendiri, boleh mandikan baby sendiri cuma kena buat plan plan la...nak bangun pun semua dah boleh baut sendiri. Tapi tak kuat pun kena bantuan jugak.
Bersalin cser untuk kali ke2 memang cukup mencabar dari segi fizikal dan mental, nak jaga emosi, nak jaga anak yang sorang lagi dan menahan kesakitan luka dan sebagainya...kena kuat. so saya adviced klu rasa boleh bersalin normal tu, cubalah normal sebab sakit normal tu lepas bersalin dah tak sakit tapi bersalin cser nie lepas bersalin sakit tu terasa bukan 1 2 bulan tapi bertahun lamanya...
Bagi ibu ibu yang bersalin cser seperti aku nie, tahniah diucapkan sebab anda sanggup bergadai nyawa demi seorang ahli syurga, anda sanggup biarkan perutmu dibelah demi seorang ahli syurga..jasamu tiada balasan jasamu cukup besar...
Terima kasih buat semua yang sentiasa menantikan cerita dari saya..insyaallah lepas nie banyak lagi entry yang saya akan tulis dalam belog nie tentang berpantang, menu berpantang, jamu, vitamin, mandian, penjagaan anak dan sebagainya..
love,
Surianie Samsudin
No comments:
Post a Comment