WELCOME 32 Weeks....
Alhamdulillah dah pown masuk 32 minggu genap pada hari ini....Sekarang nie makin hari makin tak larat dah. Nak berjalan pown dah macam penguin comey dah nie.....Tiap malam pulak tidok pukui 1pagi..Lepas tue confirm jam 4 pagi pulak bangun then tidur balik...Bila bangun ja rasa kelaparan...Ish ish kecian pulak En.Suami nak kena bangun dan bancuhkan nestum ataupun ambikkan susu dan roti or kurma utk mengunyah baru dapat tidur dengan nyenyak....
Sekarang nie tinggal lagi 4 minggu jer nak masuk 36 minggu pregnant. Minggu yang orang selalu cakap minggu menunggu masa...Insyaallah mudahan semuanya selamat. doakan SS dan baby sihat yer....
Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.
Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turunsemasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.
Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

No comments:
Post a Comment