Pages

Wednesday, May 29, 2013

Produk Tanamera Khas buat Ibu Mengandung & Berpantang


Assalammualaikum....

Last weekend dalam sibuk SS handle wedding salah seorang pengantin yang membuat tempahan bersama Redgincu,  Then pada masa yang sama juga, minggu tue ada Baby Fair yang berlansung pada 24- 26 Mei 2013 di D`Piazza Mall Bayan Baru. So SS tak akan lepaskan peluang nak merasai kemeriahan babyfair nie...best jugak..

Actually dalam babyfair nie memang tak banyak benda yang SS tak beli sebab SS dah beli awal lagi, beli sikit sikit. So mai kat babyfair nie memang fokus pada barangan tertentu sahaja...Kebanyakan barang yang dijual ialah Breast Pump, Pampers, Susu, Baju dan juga peralatan bayi yang lain...

So antara barang yang SS mencari ialah :


  1. Nursing Bra
  2. Cream baby
  3. Pampers baby
  4. Maternity Pad


Alhamdulillah dapat juga barangan yang SS beli dengan harga yang cukup berpatutan. Tapi tanpa diduga masa SS berjalan dalam babyfair tue SS terjumpa dengan 1 kedai yang menjual barangan set berpantang berjenama TANAMERA yang pernah kengkawan ceritakan pada SS sebelum nie. Nak beli set dia memang mahal RM360 full set. Memang tak mampulah dik non. Tapi SS telah mendapat penerangan oleh akak kaunter tue tentang produk nie. So SS hanya pilih 2 barangan daripada Tanamera iaitu :


  1. Brown Formulation Soap – 125g
  2. Cold Pressed Virgin Coconut Oil – 100ml 



Mulanya SS memang tak confident dengan produk nie, 1 harga dia memang agak mahal jugak, Then kulit SS pulak memang tak boleh terima barang berjenama dan mahal-mahal so nanti dia tak menjadi...hhhahaha So akak tue pown rekemenkan SS untuk ambil 2 barang nie, Penting katanya. Lagipun memang SS ada diberitahu tentang VCO nie. sebab dia banyak membantu masa nak bersalin nie, Nak beli online macam tak confident jer sebab takut nanti barangan dia tak bagus. So alang-alang kat depan mata, SS pown beli dan cuba.


Brown Formulation Soap – 125g

Harga : RM 15.00 seunit.

Sabun yang dirumus dari campuran herba dan bijirin untuk membuang sel-sel kulit yang lama dan merangsang peredaran darah pada kulit dan badan. Ia sangat sesuai kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah kehitaman pada celah ketiak, leher, paha, celahan pelvis dan bahagian-bahagian lain. 
Bila mandi , ratakan sabun pada selurun badan terutama sekali pada bahagian tersebut, insyaallah memang berkesan, kehitaman tue nampak berkurang sikit dari asal. SS nampak kesan setelah dalam masa 3 hari SS pakai. Actually bukan hilang sepenuhnya tapi at least dia dah kurangkan kehitaman pada bahagian-bahagian tertentu. Cantikkan. Pada yang bertudung tue tak kisah sangat sebab tertutup. Tapi yang Free Hair tue macam mana??? Insyaallah produk nie sangat berkesan...





Cold Pressed Virgin Coconut Oil – 100ml 
Harga : RM34.00

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan. 

Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.

Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.

Produk  Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan

Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu suduteh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).

Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum 

Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi


So kepada mereka yang nak mencuba dan nak membeli produk Tanamera nie. Memang SS syorkan sebab SS sendiri dah nampak kesannya dalam masa singkat. Kalau kat Penang memang tak popular sangat. So kena beli secara online mudha dan cepat. Buat masa sekarang sabun dan juga VCO merupakan produk harian SS setiap kali SS mandi dan selepas mandi. 


Cara Pembelian : Kepada mereka yang duduk diluar kawasan KL, memang sedih sebab tak banyak lokasi kedai yang menjual produk ini. So just bank in duit anda, delivery sampai...Lagi senang, Save time. Mahal sikit jer sebab nak caj postage. Kepada yang nak membeli produk nie, boleh terus ke LamanWeb :   PosnatalcareTanamera  , FacebookTanamera


Sumber : Sumber daripada : Tanamera Produk


Semoga entry kali nie membantu banyak mommies to be diluar sana yang nak mencuba produk ini. Tapi untuk yang belum bergelar ibu pown boleh sebab ia juga sebagai awek muda gitu...So apa tunggu lagi...Jom cantik macam SS..


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...