Assalammualaikum semua...
Jom share tentang perkembangan anak SS sekarang nie...Dah 29 minggu....lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan dah...wah....klip klap klip klap dah nak bersalin....perasaan takut sentiasa ada. Tapi bila terbayang nanti mendukung anak sendiri dan pegang tangan kecil dia terus hilang rasa takut tue.....Amin....
Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.
Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlahpanduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie
Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...
-
Buat semua B2B di Penang yang sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan anda...Jom saya sedia membantu memberikan senarai ...
-
Membeli cincin sebagai tanda pemberian hadiah perkahwinan ialah salah satu benda yang memang Wajib ada dalam setiap perkahwinan. Tapi iku...
-
Assalammualikum!!! Entry kali ini agak berunsurkan Islamic sikit tau..Tapi SS tak berniat nak menyinggung hati & perasaan mana-mana p...
No comments:
Post a Comment