Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Hello mommies out there..hehhehe...speaking pulak kan...hari nie SS nak share 1 info yang SS google dalam otak Mr.Google berkaitan cerita kehamilan jugakler. Iaitu sintom Kontraksi Braxton Hick. Actully SS dah lama nak kongsikan info nie tapi tak jumpa.So hari nie SS nak kongsi dengan M2B kat luar sana yang mungkin mencari info tentang BH nie. Sama macam SS jugak..Sejak masuk 7 bulan nie SS kerap mengalami BH nie. Tapi yang paling best sejak 3 hari lepas SS kerap didatangi BH . Sampaikan SS tidur jam 4pagi setiap hari.
Mengerang kesakitan, menahan kesakitan yang memang kita tak mampu nak bercerita, nak bagitahu orang tentang betapa sakitnya BH nie. Hanya tuhan sahaja yang memahami kesakitan ini. Mulanya SS memang tak tahu punca dan sebabnya kenapa BH nie boleh berlaku..sampaikan SS menangis menahan sakit...Apa yang boleh SS buat...Sapu minyak pada pinggan dan minta suami SS usap-usap badan SS bagi lega...tapi after 4pagi baru surut dan SS boleh lena...Memang 1 pengalaman yang memang SS tak akan lupakan...
Jom kita baca info tentang BH nie. Mungkin ada yang kena dan ada yang jarang kena. Tapi rasa tue mungkin juga lai-lain..
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Sumber Info : AlamHamil
No comments:
Post a Comment