Pages

Thursday, March 7, 2013

Tips Memandu Untuk Ibu Hamil




     Salam all Mummy To be out there...Hari nie SS nak share tips untuk ibu-ibu mengandung terutamanya macam SS nie. Khususnya bagi ibu-ibu yang bekerjaya macam SS.Tiap hari kena drive pie kerja. Tapi kekadang bila tak larat...minta En,suami hantarkan SS. Sebab tak larat nak drive...So Masa SS tengah mengelodek info dalam Facebook nie, terjumpa 1 PAGE yang SS follow iaitu Persatuan Ibu-Ibu Mengandung. SS pown terjumpa tips nie dan rasa happy nak share dengan semua orang....Selamat Memandu :)


♥TIPS MEMANDU KETIKA BERBADAN DUA♥

Bagi ibu hamil yang bekerjaya,anda pasti tidak boleh elak dari memandu ketempat kerja meskiupun hamil. Jadi,ramai yang tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil? Bahaya tak? Ada kesan kat kepada baby?

Kehamilan bukanlah suatu penyakit. Wanita mengandung pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul. 

Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik. Berikut adalah tip agar ibu dan calon buah hati dalam kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu.


1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu. Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke belakang supaya perut tidak terganggu dan tangan tidak sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Pilih tali pinggang keledar yang mudah laras, iaitu yang membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik) namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan. Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng, letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri.

8. Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak sepatutnya memandu lagi. Dapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan.

Last sekali ,enjoy your prengancy moms.9 bulan adalah masa yang singkat,anda pasti rindu saat bersama bayi ketika dalam perut. Paling penting, jaga kesihatan diri dan congratz bakal terima orang baru penyeri hidup.Alhamdulillah ^_^ ♥





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...