Pages

Tuesday, December 31, 2019

2019 Full Of Sadness And Happinest



Assalammualaikum & hye

Tahun 2019 membawa pelbagai erti dan cabaran dalam hidup aku actually. Tahun yang cukup bermakna dan mencabar actually. Banyak sangat suka duka yang aku tempoh..Ada yang happy ada yang sedih ada yang tak best dan ada yang tak pernah jangka nak berlaku dalam hidup aku. So lets start with January 2019


Januari 2019

The moment of Januari 2019 aku telah membuat keputusan untuk berpisah dengan bekas suami aku setelah pelbagai cara dilakukan untuk mempertahankan rumah tangga tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku... Yes aku bercerai dengan talak 1 pada hari sambutan kelahiran aku yang ke 32... Memang macam tak seronok tapi bagi aku, aku sangat sangat happy da bersyukur dengan apa yang berlaku. Bagi aku sendiri ia adalah 1 permulaan hidup  baru aku...... dan sejak itu aku memikul dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal menjaga dan membesarkan anak anak dengan sendirinya...  # proudtobecallassinglemother dan bestnya tahun 2019 aku dapat potong 3 kek terus wei .. This are the biggest besday present Ever.......


Geng Office yang selalu bagi aku semangat masa aku tengah down....tq guys


.
.
.
.
.
.
So bermulalah kehidupan aku bersama 2 ketoi budak yang banyak akai bie... Semunya jadi triple ...penat wei... Dalam tempoh fasa 8 bulan yang pertama memang aku sangat sangat stress..Orang cakap dugaan jadi ibu tunggal tu lain. Pandangan orang, cemuhan orang, reaksi orang dan juga kegatalan lelaki lelaki yang cuba ambil kesempatan.Fuhhhhh mental dan fizikal hang kena kuat.....
Sampailah 1 day tu aku rasa give benda nie dan aku sedar dengan apa yang aku buat. Memang sungguh..Hingga 1 day aku tersedar akan kesusahan dri aku nie buatkan orang disekeliling aku nie ada yang meluat dan cakap aku macam macam



SEPTEMBER 2019


Untill 1 day rsanya lepas berkali kali aku tergerak hati nak ubah hidup aku dan anak anak aku... Dan mungkin juga allah permudahkan urusan aku. Aku buat keputusan untuk tambah pendapatan untuk aku dan anak anak dengan memulakan bisnes aku yang baru iaitu KUNTOOM OFFICIAL..
Suprise Delivery Services yang aku buat.Dari awal dulu ramai kawan kawan aku cakap suruh aku buat sebab aku ada talent..aku creative dan insyaallah boleh buat duit. ..Mula aku pun takut jugak sebab yerlah kan banyak sangat yang buat takut tak mampu nak buat dan tak berjaya.  But akhirnya pada  September 2019 aku dengan rasminya memperkenalkan Kuntoom Official kepada orang ramai

Alhamdulillah sehingga disember 2019, kira dah hampir 4 bulan nie dah hampir 100 bouquet yang telah berjaya aku hasilkan..Wow memang tak sangka kan....sesuatu permulaan yang baru untuk tahun 2019 nie. kita doakan yang baik baik ja...semoga bisnes yang aku buat nie mampu setaraf nama The House Of Red Gincu suatu ketika dulu.....im gonna fight for that...Fot my kids and for my family

Follow Instagram Official
KUNTOOM_OFFICIAL



.
.
.
.

DISEMBER 2019


Tapi dalam kesibukan aku cari duit aku pulak digemparkan dengan 1 berita yang cukup berat untuk aku tanggung dan hadapi seorang diri bila pada 20 Disember 2019 hasil daripada keputusan X-Ray aku, doktor sahkan aku kena SlipDisc. Ya allah memang aku nangis jugak bila dengar berita tu. Mana tak nya dahlah aku sorang lepas tu nak besarkan anak anak aku seorang diri . Nak tanggung sakit tu lagi. Cam mana...actually dah detect lama dah cuma aku yang tak p buat x-ray dan lepas balik dari sesi photoshoot minggu sebelum tu..memang sakit dan terus aku buat keputusan untuk kesana....So nanti 16 Januari 2020 aku jumpa dengan pakar untuk check lebih details..harapan tak ada yang lebih serious....
.
.
..
Tapi memang betul tahun 2019 nie adalah tahun paling banyak aku menangis....tahun paling banyak aku stress..tahun paling banyak aku diuji..Sebab apa??? DIA tahu aku mampu lalui dan hadap semua nie sebab itu dia turunkan semua ujian ini untuk aku sebab dia nak ajar aku untuk jadi seorang yang lebih kuat dan lebih bersabar. 
.
.
dan paling utama tahun nie kita dah belajar banyak dan kena jadi more independent okay...
See you guys in 2020 dan aku harap tahun 2020 bagi sinar kehidupan yang lebih baik untuk aku dan anak anak

HAPPY NEW YEAR 2020 GUYSSSSS





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...